BTC USD 62,117.5 Gold USD 1,768.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa salahnya kami di sini dan saya sendiri tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Taktik pelajar terbongkar

KLANG - Taktik menyorokkan baju sekolah dan berpakaian seperti orang dewasa dengan alasan tiada aktiviti � di sekolah antara jawapan yang sering diberikan pelajar apabila ditemui bermain permainan berkomputer di pusat siber di daerah ini.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam di pusat siber tertentu yang kini menawarkan pelbagai pakej menarik kepada pengunjungnya.

Seorang remaja yang ditemui, Farhan Ismail, 16, berkata, ada sesetengah pemilik pusat siber yang beroperasi di sini menawarkan perkhidmatan menggunakan pakej mengikut jam dan bayaran yang dikenakan juga didakwa begitu murah untuk mereka.

Menurutnya, pakej yang diberikan itu menarik perhatian golongan sepertinya untuk bermain permainan komputer yang disediakan dan kehadiran secara berkumpulan juga mendatangkan keseronokan untuk bermain.

“Harga yang ditawarkan sesuai dengan wang saku yang saya ada dan kami semua berkongsi untuk bermain permainan di sini.

“Permainan yang ditawarkan juga antara yang terkini dan kami begitu seronok terutama apabila dapat bermain beramai-ramai,” katanya.

Manakala, Daniel Hakim Zamri, 16, berkata, dia datang ke situ kerana di sekolahnya tiada aktiviti setelah musim peperiksaan berakhir.

Menurutnya, sebagai pelajar Tingkatan Empat, dia dan rakan-rakan lain masih berada di tahun ‘bulan madu’ serta menganggap aktiviti di situ juga tidak mendatangkan apa-apa kepada mereka.

“Apa salahnya kami di sini dan saya sendiri tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.

“Sekadar bermain permainan komputer rasanya tidak memberikan kesan apa pun,” katanya.
 
Sponsored Post

taka

Banned
Joined
Sep 13, 2010
Messages
641
Reaction score
0
Points
10

klu bkn DOTA ni.. musti counter strike heee ^_^ :)paid
 
kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
tahun 'bulan madu'...lama dah aku tak dengar ayat ni....
 
biosumber

Active Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
2,162
Reaction score
38
Points
30
Apa salahnya kami di sini dan saya sendiri tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.

boleh diterima alasan ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register