Apa Maksud Larangan Ini...

CG Sponsors




[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
570
Points
166
Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban.


Mengapakah papantanda ini diletakkan di pintu masuk wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban ini?

Sebenarnya, papantada ini dengan jelas, kedatangan mereka yang menceburi bidang insuran dan kematian, sangat tidak dialu-alukan ke dalam.

Ada banyak sebab:

Ia mengganggu operasi di dalam wad. kedatangan agen insuran misalnya, bukan sedikit, tetapi banyak memberi kesan kepada ahli kelurga terutama yang sedang nazak.

Dengan pelbagai tawaran dan pakej, keluarga merasa tertekan kerana berurusan di dalam wad memberikan ruang kekeliruan, keserabutan malah ganggu tugas kepada jururawat dan doktor bertugas.
Agen insuran pasti akan berusaha memujuk keluarga pesakit mengambil premium tinggi yang sekaligus memberi pulangan komisyen lumayan kepada agen tersebut.

Kedatangan agen peti mayat, lagi amat menyiksakan, lebih-lebih lagi jika urusan dilakukan di depan dan bersama-sama pesakit nazak tersebut.

Jikalah pesakit itu sendiri mendengar dan memahami apa yang dibincangkan, lagilah haru jadinya kerana kerja tawar menawar keranda untuk mereka, berlaku di depan mereka sendiri.

Agen peti mayat adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, di mana pakej yang mereka tawarkan ada pelbagai-bagai dari semurah-murah beberapa ribu ringgit hinggalah puluhan ribu ringgit.

Perniagaan Keranda, atau biasa dipanggil 'tong', merupakan perniagaan lumayan yang semata-mata bergantung kepada kematian.

Lagi tua mereka yang meninggal dunia, lagi tinggi harga yang keluarga perlu keluarkan.

Dan lagi berada pesakit, lagi tinggi harga keranda.

Pakej ditawarkan termasuk pelbagai jenis keranda, ukuran, jenis kayu, pakej pembakaran mayat, pakej 'sembahyang', pakej majlis, pakej 'tokca', pakej kenderaan pengusung, pakej perarakan malah pakej barangan yang perlu ada semasa upacara pembakaran/pengkebumian.

Lebih memburukkan keadaan, jika urusan di lakukan di dalam wad, bukan seorang, malah kadang sehingga sepuluh agen berlainan akan datang dan berlakulah proses tawar menawar di dalam wad.
Sementara pesakit bertarung dengan maut, keluarga pula sedang bertarung dengan agen peti mayat untuk mendapatkan pakej yang termampu mereka biayai.

Agen peti mayat lebih suka datang ke hospital kerajaan kerana peluang untuk mendapat pelanggan adalah cerah.
Kedatangan mereka hospital swasta, jika berjaya mendapat pelanggan, adalah ibarat durian runtuh kerana pesakit di hospital swasta merupakan mereka yang berduit dan sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk belanja pengkebumian pesakit atau ahli keluarga mereka yang bakal meninggal dunia...

Jadi, bagaimana mereka dapat terus berniaga?

Antaranya, meninggalkan kad nama kepada keluarga pesakit, atau memasang [email protected] memantau mana-mana pesakit yang nazak atau baru meninggal dunia yang kemudian terus memaklumkan nama si mati, alamat dan keluarga si mati kepada ejen peti mayat.

Bagaimanapun, perniagaan agen peti mayat sekarang terlalu banyak persaingan, dan kebanyakan pesakit atau si mati, sebenarnya telah membuat 'booking' sebelum kematian, keranda mana, syarikat mana dan di mana untuk mereka dibakar atau dikebumikan.

Jawapan yang mereka dapat biasanya..."i'm sorry, he's oledi booking at Nibana..."

Jadi, di mana mereka beroperasi jika di dalam wad, mereka dilarang?

Jangan terkejut jika suatu hari ketika anda berada di lokasi kemalangan terutama kemalangan maut, anda disapa seseorang:...

"Abang, itu mati Melayu ka, Cina ka, India ka..."

Bukan, ia bukan isu perkauman, tetapi untuk memastikan mangsa tu siapa.

Jika mangsa adalah Cina (kebiasaanya), maka ejen peti mayat yang menyapa anda tadi akan bergegas mendapatkan nama, alamat dan waris mangsa untuk berlaku proses tawar-menawar keranda dan perkhidmatan mereka...
 
Sponsored Post

najumi

Active Member
Joined
Dec 5, 2009
Messages
2,055
Reaction score
55
Points
30
adakah anda salah seorang drpd Ejen tersebut..??:-?:-?

apa2 pon thanks for the informasi..:)cgrock
 

fizex81

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
440
Reaction score
71
Points
25
thanks, yelah fisrt time baca pasal artikel ni
 

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
teman pun baru tahu...
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
baru la aku tau ape itu agen peti mayat
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
agen peti mayat ni berurusanla kat tempat lain.....
 

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
same macam kalau eksiden.....sekejap je datang towing punya orang.....macam2...bahkan ade dari towing nie yang planning untuk simbahkan jalan dengan minyak or ape2 pun untuk meraih keuntungan....

p/s: member aku penah cerite...mase tu kat bengkel...die nampak bigboss bengkel tu tengah berdoa.....n mamat tu pun tanya.....taiko...apa bikin???

'aiya,saya doa ini ari banyak eksiden wooo...baru saya boleh cari makan'...

ini macam pun ada ka?renung2 kan....
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
kalau gi hospital pantai cheras....betul2 dpn hospital tu ada satu kedai keranda besar.....ekekeke....mmg menakutkan jer....
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Orang mati,meka ni dapat duit!!
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..bkn tu jek...ada jugak agen2 utk peguam...yang nak saman ke ape ke..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register