BTC USD 57,792.1 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa lagi tak kena?

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: “Kita akan buat (tambah baik mutu perkhidmatan) tetapi sebelum itu mahu tahu apa servis kami yang tidak elok serta perlu dibaiki...apa yang pengguna dan kerajaan rasa tidak puas hati,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran supaya syarikat dan pengusaha bas ekspres dan bas henti-henti meningkatkan mutu perkhidmatan mereka apabila kadar tambang baru diumumkan kerajaan.

Menurutnya, syarikat dan pengusaha bas tidak menolak permintaan supaya mutu perkhidmatan ditingkatkan, namun mahu mengetahui secara menyeluruh semua rasa tidak puas hati LPKP dan pengguna mengenai servis ditawarkan selama ini.

“Selama ini pun kita tawarkan perkhidmatan berdasarkan apa yang kita dapat, orang kata buat ikut kemampuan serta keupayaan sendiri sebab itu mahu tahu apa sebenarnya yang mereka katakan mutu perkhidmatan perlu ditingkatkan.

“Tidak bermakna selama ini perkhidmatan disediakan secara ala kadar, sebaliknya jika kualiti hendak ditingkatkan ia perlu dijelaskan secara terperinci,” katanya ketika dihubungi semalam.


Ashfar berkata, jika kerajaan merujuk perkhidmatan dari segi penambahan bas, ia sukar dilakukan memandangkan bukan semua syarikat dan pengusaha bas memperoleh keuntungan sepanjang tahun, sebaliknya lebih ramai menanggung rugi.

Katanya, pemberian surcaj 30 peratus juga tidak mampu menampung kos untuk membeli bas baru kerana syarikat kewangan dan bank enggan memberi bantuan kewangan selepas rekod akaun syarikat merudum.

“Kalau perkhidmatan merujuk pada beli bas baru memang sukar dan ambil masa lama tapi jika bercakap mengenai jadual perjalanan dan sebagainya kami sedia menerima nasihat serta panduan jika ia mampu memuaskan hati semua pihak.

“Oleh sebab itu, saya berpendapat tunggu sehingga LPKP beritahu apa yang tidak kena, jika perlu nasihat kami dan beritahu apa caranya yang boleh menambah baik mutu perkhidmatan syarikat pengangkutan negara ini,” katanya.

Rabu lalu akhbar melaporkan syarikat dan pengusaha bas ekspres dan bas henti-henti diingatkan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka apabila kadar tambang baru diumumkan kerajaan kelak.

Markiman berkata mereka tidak boleh memberikan perkhidmatan pada tahap ala kadar bagi mengelakkan pengguna berdepan masalah seperti dialami ketika ini.


Dah lama sangat aku tak naik bas tapi aku rasa mesti ada kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki.
 
Sponsored Post

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
bkn byk sgt bende nk diperbaiki...
sikit aje...
kasi tepat pada masa...
tu jer pon dh ok...
:):):):):):):):):)
 

trigger_86

Active Member
Joined
Nov 23, 2007
Messages
1,428
Reaction score
6
Points
25
yg penting tambang mahal..... surcaj 30% tuh sampai bile??
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,023
Reaction score
222
Points
133
yg penting tambang mahal..... surcaj 30% tuh sampai bile??

Surcaj 30% tu sebab masa raya dorang kena sewa bas dari org lain, buat bas tambahan, minyak mahal etc. Sekarang Noh Omar yg terlebih pandai tu bagi extend sampai akhir tahun!!!! Padahal dorang dah tak sewa bas orang, guna bas sendiri & minyak dah turun harga.

Yang kesempitan sekarang bukan towkey2 bas tapi pengguna2. Sekarang towkey2 bas punya happy sebab Noh Omar suruh pengguna2 bagi subsidi pada dorang. Banyak pulak tu. Padahal pengguna2 ni yang patut di bantu meringankan beban. Yg naik bas ni mungkin 95% bukan yang berada. Yang berada dah naik keta, tak berbaloi ngan harga tiket bas. Aku pun geram gak.

Tapi topik atas ni isu bas henti2!!!
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
tambang nk naek.

service cegitu jerk.

camane lar. :)|:)|
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
bkn byk sgt bende nk diperbaiki...
sikit aje...
kasi tepat pada masa...
tu jer pon dh ok...
:):):):):):):):):)

tepat masa mana boleh buat...jalan bukan sama...kalau jam teruk macam mana nak on time...hantaq sms musim raya pun kadang2 tak sampai cepat juga

bas kena cantik, bersih, selesa dan selamat

driver jangan merokok masa memandu

letak ler lagu yang best2 sikit..nie kalau driver india di hentam pasang lagu india

~X(~X(~X(

pasang untuk pemumpang nikmati bukan untuk driver

:mad:
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Surcaj 30% tu sebab masa raya dorang kena sewa bas dari org lain, buat bas tambahan, minyak mahal etc. Sekarang Noh Omar yg terlebih pandai tu bagi extend sampai akhir tahun!!!! Padahal dorang dah tak sewa bas orang, guna bas sendiri & minyak dah turun harga.

Yang kesempitan sekarang bukan towkey2 bas tapi pengguna2. Sekarang towkey2 bas punya happy sebab Noh Omar suruh pengguna2 bagi subsidi pada dorang. Banyak pulak tu. Padahal pengguna2 ni yang patut di bantu meringankan beban. Yg naik bas ni mungkin 95% bukan yang berada. Yang berada dah naik keta, tak berbaloi ngan harga tiket bas. Aku pun geram gak.

Tapi topik atas ni isu bas henti2!!!

seeloknya kerajaan kasi subsidi pasang NGV pada pengusaha bas
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
Surcaj 30% tu sebab masa raya dorang kena sewa bas dari org lain, buat bas tambahan, minyak mahal etc. Sekarang Noh Omar yg terlebih pandai tu bagi extend sampai akhir tahun!!!! Padahal dorang dah tak sewa bas orang, guna bas sendiri & minyak dah turun harga.

Yang kesempitan sekarang bukan towkey2 bas tapi pengguna2. Sekarang towkey2 bas punya happy sebab Noh Omar suruh pengguna2 bagi subsidi pada dorang. Banyak pulak tu. Padahal pengguna2 ni yang patut di bantu meringankan beban. Yg naik bas ni mungkin 95% bukan yang berada. Yang berada dah naik keta, tak berbaloi ngan harga tiket bas. Aku pun geram gak.

Tapi topik atas ni isu bas henti2!!!

bas henti2 pn x terkecuali dr surcaj 30%..:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register