BTC USD 50,667.0 Gold USD 1,780.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Apa Jadi Kalau Komputer Tak Pernah Shut Down Dalam Jangka Masa Panjang?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,295
Points
236
Anda pengguna yang mana satu? Jenis shut down banyak kali dalam satu hari, ataupun jenis memilih hibernate atau sleep sahaja? Komputer sekarang ini sudah cukup canggih dan direka untuk memanfaatkan pengguna jika menggunakan mod sleep atau hibernate. Jadi, guna sahaja mod yang disediakan ini tanpa perlu shut down komputer anda banyak kali dalam satu hari. Namun begitu, sleep dan hibernate masih lagi membiarkan komputer beroperasi dan bukannya tutup sepenuhnya. Jika anda kerap menggunakan mod sleep/hibernate ini berminggu-minggu, bukankah itu bermakna komputer anda telah beroperasi berminggu-minggu juga tanpa rehat?


Windows-Power-Management-Shutdown-Hibernate-Sleep-Hybrid-Sleep-Mode.jpg

Apabila tidak menggunakan komputer, sistem operasi akan memberikan beberapa pilihan kepada pengguna untuk mengawal bagaima komputer beroperasi. Disebabkan itulah pilihan seperti shut down, sleep, dan hibernate diberikan yang sudah menjadi sebahagian dari ciri sistem operasi sekian lamanya. Akan tetapi, mana satu pilihan yang perlu anda pilih? Apa guna butang shut down jika sudah anda sleep dan hibernate? Serta soalan yang paling utama, apa akan jadi pada komputer jika ia tidak dimatikan dalam tempoh masa yang panjang. Adakah ia bakal merosakkan komputer anda?


Apa Jadi Kalau Komputer Tak Pernah Shut Down?

Komputer moden pada masa kini sebenarnya telah direka untuk beroperasi untuk masa yang lama tanpa perlu shut down sepenuhnya. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu anda ketahui di sebaliknya.


Isu Perisian

Apabila anda memilih untuk shut down, komputer akan menutup semua perisian/aplikasi, membersihkan RAM, dan memadam data sementara yang berada dalam storan utama. Berbeza jika anda memilih untuk sleep atau hibernate, data yang disimpan akan kekal disimpan dan program/perisian yang dibuka akan tetap dibuka.

Featured-Img-Fix-High-Memory-Usage-Windows10.jpg

Jika komputer anda ada RAM yang besar, anda mungkin boleh menggunakan komputer tanpa shut down sepenuhnya lebih lama. Namun, secara praktikalnya, sebesar mana pun RAM komputer anda, sudah tentu pada satu tahap komputer anda akan mula perlahan. Sebabnya adalah kerana RAM sudah mula dipenuhi dengan pelbagai aplikasi dan servis yang tak digunakan. Pada ketika ini, selain komputer menjadi perlahan, masalah lain juga boleh timbul seperti error atau crash ketika menjalankan sesuatu aplikasi. Bila timbul masalah dan isu seperti ini, pengguna biasanya akan shut down atau restart semula komputer untuk mengosongkan RAM semula sebagaimana asalnya untuk komputer berjalan lebih lancar.


Isu Keperkakasan

Dalam sebuah sistem komputer, terdapat juga elemen bergerak seperti cakera keras yang lebih cepat menjadi rosak berbanding perkakas yang hanya menggunakan elemen elektronik sahaja. Walaupun komputer anda kekal lancar berfungsi tanpa shut down dalam tempoh masa yang lama, cakera keras anda sebenarnya berpusing tanpa rehat.

hdd-4313739_1280.jpg

Seterusnya ini akan mempercepatkan proses penuaan komponen ini. Jika anda tidak menggunakan cakera keras bagaimana pula? Okay, jika contoh anda menggunakan SSD sepenuhnya sebagai storan utama dimana ia tidak menggunakan elemen mekanikal seperti HDD, prinsip utama tetap terpakai iaitu anda mendedahkan komputer kepada proses pengoperasian yang lebih lama. Jadi disebabkan komputer tidak tutup sepenuhnya, sistem masih lagi beroperasi dan ia akan mempercepatkan proses penuaan komputer melalui haba dan panas akibat asyik on sahaja setiap masa. Ia sama juga seperti konsep kenderaan, lebih banyak guna, lebih cepatlah usianya menua. Tambahan lagi disebabkan komputer masih lagi berfungsi, sudah tentu ia memberi kesan kepada bil elektrik kerana penggunaannya walaupun ia minimal sahaja.


Mengapa Komputer Server Boleh Kekal Beroperasi Tanpa Perlu Shut Down?

Bukan kesemua komputer sama kesemuanya, server perlu kekal beroperasi dalam jangka masa yang lama untuk mengekalkan servis mereka. Disebabkan itu ia menggunakan sumber yang sedikit untuk beroperasi seperti:

  • Bukaan jumlah dan program yang kecil
  • Sistem operasi berlainan yang hanya fokus untuk penggunaan server sahaja
  • Persekitaran lebih terjaga seperti bilik dengan pengudaraan yang sejuk untuk memastikan sistem kekal beroperasi pada tahap terbaik untuk jangka masa panjang

Servers-Hero-1280x814-1.jpg

Demikian itu, sistem komputer server sangat berlainan dari komputer pengguna biasa. Jadi sudah tentu, mereka mempunyai pengecualian disebabkan keperluan yang berbeza.


Bila perlu shut down, sleep, atau hibernate yang betul?

Secara kesimpulannya, komputer sudah cukup moden untuk berfungsi selama beberapa hari lamanya tanpa perlu shut down sepenuhnya. Jika anda kerap menggunakan komputer dan tidak mahu shut down sepenuhnya sebab banyak fail dan kerja, guna sahaja pilihan sleep untuk menyambung kerja dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama. Jika anda mahu berhenti sebentar dari menggunakan komputer lebih lama seperti beberapa hari serta mahu menjimatkan elektrik, guna pilihan hibernate. Kerja sudah siap atau anda tidak mahu menggunakan komputer dalam tempoh yang agak lama, shut down masih merupakan kaedah yang paling diutamakan.

Shut down membantu membersihkan RAM dari proses dan servis yang sudah tidak perlu dan apabila anda menghidupkan komputer semula, sudah tentu ia akan berjalan lebih lancar berbanding sleep ataupun hibernate. Kita semua menggunakan komputer dengan cara berbeza, dengan panduan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, diharap agar kita semua boleh menggunakan komputer dengan lebih cekap dan tidak menyusahkan kita di kemudian hari.

Rujukan: AVG, Fossbyte, Appuals
 

CG Sponsors




Top
Log in Register