USD MYR 4.12450 BTC MYR 257,887 Gold MYR 7,285.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Apa Itu Koronavirus Di China & Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Pada 31 Disember 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimaklumkan berkenaan dengan beberapa kes radang paru-paru di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China. Virus ini tidak sepadan dengan mana-mana virus dan tidak pernah dihadapi sebelum ini.

Ini sekaligus membangkitkan kebimbangan kerana apabila sesuatu virus itu adalah virus baru, kita tidak tahu bagaimana ia memberi kesan kepada manusia. Seminggu kemudian iaitu pada 7 Januari, pihak berkuasa China mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti virus baru.


Apa yang diketahui tentang virus ini?

Screenshot-1669.jpg


Virus baru ini adalah sejenis koronavirus, merupakan anggota keluarga virus yang merangkumi selesema biasa dan virus seperti SARS serta MERS.

Virus ini diberi nama "2019-nCoV" atau novel koronavirus. Seperti koronavirus yang lain, ia berasal dari haiwan.

Kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti virus ini sama ada bekerja atau sering berbelanja di pasar borong makanan laut Huanan di pusat bandar China, yang juga menjual haiwan hidup dan yang baru disembelih.

Virus yang baru dan berbahaya biasanya berasal dari haiwan yang mempunyai parasit, yang menyebarkan virus seperti Ebola dan selesema.

WHO telah bekerjasama dengan pihak berkuasa China dan pakar global untuk mengetahui lebih lanjut tentang virus ini, bagaimana ia memberi kesan kepada penghidapnya, bagaimana mereka boleh dirawat dan negara-negara mana yang boleh membantu.


Apa lagi koronavirus lain yang ada?

Screenshot-1668.jpg


Sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) adalah disebabkan oleh koronavirus yang berasal dari haiwan.

Walaupun Mers dipercayai dihantar kepada manusia dari dromedari (sejenis unta Arab), hos asal untuk kedua-dua koronavirus ini kemungkinan besar adalah kelawar.

Dikatakan bahawa koronavirus baru ini mungkin berasal dari kelawar atau ular, dan mungkin kemudiannya ditularkan kepada manusia melalui spesies perantara.

Screenshot-1667.jpg


Pada tahun 2002, SARS merebak dengan hampir tidak terkawal di 37 buah negara, mencetuskan panik global dengan menjangkiti lebih daripada 8,000 orang dan membunuh lebih daripada 750 mangsa.

Berbanding dengan SARS, MERS kelihatan seperti agak sukar untuk dipindahkan manusia ke manusia, tetapi mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, iaitu membunuh 35% daripada kira-kira 2,500 orang telah dijangkiti.


Apakah gejala yang disebabkan oleh koronavirus Wuhan?

Screenshot-1666.jpg


Virus ini menyebabkan radang paru-paru. Mereka yang jatuh sakit akibat virus ini dilaporkan mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas.

Dalam kes yang teruk, ia boleh menybabkan berlakunya kegagalan organ. Oleh kerana ini adalah radang paru-paru viral, maka penggunaan antibiotik adalah sia-sia.

Malah, ubat-ubatan antiviral yang kita ada ketika ini untuk menentang selesema juga tidak mampu berfungsi.

Jika pesakit dimasukkan ke hospital, mereka mungkin mendapat sokongan untuk paru-paru dan organ-organ lain serta cecair dalam badan.

Pemulihan bergantung pada kekuatan sistem imun masing-masing dan ramai orang yang telah meninggal dunia akibat virus ini sememangnya sudah berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.


Adakah virus ini boleh dipindahkan di antara manusia?

Screenshot-1665.jpg


Pemindahan virus ini dari manusia ke manusia telah disahkan oleh suruhanjaya kesihatan negara China.

Sehingga 24 Januari 2020, pihak berkuasa China telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 kes dan 41 kematian.

Dalam seminggu yang lalu, jumlah jangkitan yang disahkan telah melebihi 3 kali ganda dan kes-kes telah dijumpai di 13 wilayah, serta majlis perbandaran Beijing, Shanghai, Chongqing dan Tianjin.

Virus ini juga telah disahkan bergerak ke luar China, iaitu ke negara-negara seperti Hong Kong, Macau, Jepun, Nepal, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, AS, Vietnam dan Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa tiga kes melibatkan virus ini telah dikesan di Malaysia.

Screenshot-1664.jpg


Ketiga-tiga warga China ini adalah di kalangan 8 orang yang dikuarantin di sebuah hotel di Johor Baru sejak beberapa hari lepas.

Mereka adalah ahli keluarga kepada sorang pesakit koronavirus berusia 66 tahun dari Wuhan yang ketika ini dirawat di Singapura, termasuk isterinya berusia 65 tahun serta cucu mereka berusia 2 dan 11 tahun.

Jumlah sebenar yang telah dijangkiti virus mungkin jauh lebih tinggi kerana orang yang mengalami gejala ringan mungkin tidak dapat dikesan.

Pemodelan oleh pakar WHO di Imperial College London menunjukkan terdapat 4,000 kes, dengan ketidakpastian meletakkan margin antara 1,000 dan 9,700 kes.


Apakah kebimbangan para pakar kesihatan?

Screenshot-1663.jpg


Terdapat kebimbangan bahawa koronavirus mungkin tersebar lebih meluas pada cuti Tahun Baru Lunar yang bermula pada 24 Januari, di mana berjuta-juta warga China pulang ke rumah untuk merayakannya.

Akan tetapi, perayaan ini teah dibatalkan secara besar-besaran dan Wuhan serta bandar-bandar China yang lain berada dalam situasi lockdown.

Ketika ini, mereka yang berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik berhadapan dengan risiko paling besar, sama seperti yang berlaku dalam kes selesema.

Kebimbangan utama dalam kes ini adalah tahap keterukan gejala, di mana sesetengah orang kelihatan hanya menderita sakit ringan manakala yang lain berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Screenshot-1662.jpg


Ini menjadikannya lebih sukar untuk menentukan jumlah sebenar mereka yang dijangkiti dan sejauh mana tahap pemindahan di antara manusia.

Tetapi pihak berkuasa berusaha kuat untuk menghentikan penyebaran itu dan akan menjadi cemas jika virus ini boleh menjadi lebih kuat daripada sekarang.


Mengapa virus ini lebih berbahaya daripada selesema biasa?

Screenshot-1661.jpg


Sehingga kini, kita masih tidak tahu betapa bahayanya koronavirus ini, dan kita tidak akan tahu sehingga lebih banyak maklumat diperoleh.

26 kematian daripada 800 kes yang dilaporkan bermakna kedar kematian berada pada tahap 3%.

Walau bagaimanapun, kadar ini mungkin terlalu tinggi daripada yang sebenar kerana mungkin ada jumlah yang jauh lebih besar yang telah dijangkiti virus ini, tetapi tidak mengalami gejala yang cukup teruk untuk ke hospital sekaligus mereka ini tidak dikira dalam data.

Screenshot-1660.jpg


Sebagai perbandingan, selesema bermusim biasanya mempunyai kadar kematian di bawah 1% dan dikatakan menyebabkan hampir 400,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Satu lagi perkara penting yang tidak diketahui, yang mana akan diketahui dengan lebih mendalam dalam beberapa minggu yang akan datang, adalah betapa berjangkitnya virus ini.

Perbezaan penting ialah tidak seperti selesema, koronavirus baru ini tidak mempunyai vaksin bermakna ia adalah lebih berbahaya kepada populasi yang lemah termasuklah orang tua atau mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan imun.


Menurut sumber lain, seorang doktor di China yang merawat virus ini di Hospital Hubei Xinhua dilaporkan telah meninggal dunia.

Selain itu, tular beberapa video yang didakwa dirakam di China berikutan penularan virus ini membuatkan orang ramai lebih bimbang.

Dalam salah satu video tersebut, seorang lelaki tiba-tiba jatuh dan tidak disedarkan diri.

Dalam kes yang lebih teruk, paramedik berpakaian hazmat dilihat tergesa-gesa membantu mereka yang pengsan.


Cara melindungi diri anda

Screenshot-1659.jpg


Sekiranya anda mengembara ke China baru-baru ini atau bersentuhan dengan seseorang yang dijangkiti virus ini, maka anda harus merawat batuk atau gejala selesema seperti biasa.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom menasihatkan bahawa biasanya anda tidak perlu bertemu doktor untuk kes batuk, melainkan jika ia berterusan atau anda mengalami gejala lain seperti sakit dada, kesukaran bernafas atau anda berasa sangat tidak sihat.

Seperti yang dinyatakan, masih tiada vaksin untuk melindungi anda daripada jangkitan koronavirus manusia.

Para saintis percaya koronavirus ini bermula pada haiwan lain dan kemudian tersebar kepada manusia. Jadi pegawai kesihatan mengesyorkan untuk anda supaya memasak daging dan telur dengan teliti.

Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada harus mengelakkan pasar yang mempunyai haiwan hidup dan daging mentah, kerana kumpulan ini dianggap berisiko tinggi untuk penyakit yang teruk, menurut WHO.

Tetapi, pada umumnya, orang awam harus melakukan apa yang sepatutnya dilakukan setiap musim selesema, seperti
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat
  • Elakkan menyentuh mata, hidung, atau mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci
  • Elakkan menyentuh atau berhampiran dengan orang yang sakit
  • Jika anda berasa tidak sihat, tutup mulut atau hidung apabila batuk atau bersin
  • Bersihkan objek dan permukaan yang anda sentuh
  • Pakai topeng muka yang bersesuaian ketika berada di luar rumah

Rujukan;
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Apakah Punca Sebenar Terbentuknya Coronavirus Jenis Baru di China ?

Wabak coronavirus yang melanda wilayah Wuhan di China dikatakan sedang merebak (semasa artikel ini ditulis) dan dijangka mampu tersebar ke seluruh dunia.

Screenshot-1670.jpg


Di negara kita juga laporan penemuan pembawa pertama virus tersebut, dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telahpun mengesahkan tiga individu yang kini telah dikuarantin di Sungai Buloh - berkait dengan satu penemuan 2 pembawa di Singapura melibatkan kumpulan pelancong 10 orang individu kesemuanya.

Banyak laporan berkenaan wabak dari Wuhan ini dilaporkan dengan pelbagai sumber dijadikan rujukan. Apa yang menarik berkenaan kes ini adalah berkaitan dengan jenis virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah lagi direkodkan penemuannya kerana merupakan gabungan coronavirus daripada kelawar dengan sejenis lagi virus yang tidak diketahui puncanya.


Apa itu coronavirus?

Screenshot-1671.jpg


Walaupun jarang kita dengari, coronavirus merupakan sejenis virus yang sebenarnya tidak berbahaya. Sudah diketahui sejak sekian lama coronavirus mampu menyebabkan jangkitan pada pesakit, menyebabkan masalah pada bahagian hidung, sinus dan tekak tetapi tidak dianggap mampu membawa maut.

Bagaimanapun, wujud beberapa jenis coronavirus yang direkodkan sangat berisiko tinggi pada manusia. Antaranya adalah coronavirus yang mampu menyebabkan penyakit yang kita kenali sebagai 'Middle East Respiratory Syndrome' atau MERS, yang muncul di Arab Saudi pada tahun 2012 sebelum merebak ke negara lain.

Kes SARS atau 'sever acute respiratory syndrome' yang pernah mengejutkan negara kita juga telah berlaku pada tahun 2003 sehingga mengorbankan 774 orang. MERS dan SARS merupakan dua contoh jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh coronavirus. Berbeza dengan jangkitan coronavirus lain yang ringan dan mampu dirawat dengan rawatan ubat biasa, SARS dan MERS mempunyai risiko lebih besar serta mampu membawa maut.

Ditemui kali pertama pada tahun 1960, coronavirus mendapat namanya daripada bentuknya yang seakan-akan mempunyai mahkota - jadi virus itu dinamakan sebagai 'corona' yang membawa makna mahkota atau 'crown.'

Virus ini mampu merebak melalui udara tercemar selepas seseorang pembawa bersin atau batuk. Selain itu sentuhan seseorang pembawa juga mampu menyebabkan jangkitan pada orang lain.


Bermulanya penyebaran 2019-nCoV

Screenshot-1672.jpg


Pada 12 Disember 2019, Wuhan Municipal Health Commission (WMHC) melaporkan berkenaan 27 kes pneumonia melibatkan 7 orang yang berstatus kritikal. Kesemuanya mempunyai satu persamaan - mereka atau orang berdekatan mereka pernah mengunjungi sebuah pasar basah Huanan di wilayah tersebut, yang menawarkan jualan daging mentah.

2 minggu kemudian pada 3 Januari 2020, WHMC melaporkan 44 kes keseluruhan dengan 11 kritikal, sebelum dua hari kemudian meningkat lagi kepada 59 kes. Kesemua pesakit diuji dengan ujian MERS, SARS dan influenza sebelum WHO berjaya membuktikan peranan virus 2019-nCoV atau '2019 novel coronavirus' dalam setiap kes, berdasarkan kepada sampel virus yang diambil dari salah seorang pesakit.

Dengan pengetahuan lebih mendalam terhadap virus jenis baru ini, jumlah pesakit mula meningkat kepada 217 orang dengan 9 kematian dilaporkan, sehingga 20 Januari 2020.

Siasatan yang dijalankan di pasar basah Huanan menunjukkan punca utama bagaimana virus itu disebarkan. Pasar tersebut sangat aktif dengan jualan haiwan-haiwan hidup untuk dijadikan makanan seperti ular, kelawar, katak, landak dan arnab yang dipercayai menjadi punca utama datangnya virus tersebut.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang dijual di situ beserta dengan sampel 2019-nCoV yang diperolehi menunjukkan satu kemungkinan - 2019-nCoV terhasil daripada gabungan sejenis virus bawaan kelawar dengan sejenis virus bawaan ular.

Berdasarkan kepada bedah siasat yang telah dilakukan terhadap cara virus tersebut merebak dalam badan individu yang telah meninggal dunia, penyelidik mendapati telah berlakunya pertukaran virus di antara ular yang dijangkiti dengan manusia, seterusnya menyebabkan apa yang digelarkan sebagai 'cross species transmission' atau jangkitan rentas spesis.


Dua spesis ular sebagai punca

Screenshot-1673.jpg


Hasil daripada kajian, dua spesis ular yang banyak hidup di Wuhan dikenalpasti sebagai pembawa - 'bungarus multicinctus' atau 'many-banded krait' dan satu lagi spesis iaitu 'naja atra' atau 'ular tedung China' dipercayai merupakan sumber utama virus tersebut.

Walaupun demikian, hasil kajian yang dijalankan dibidas pakar-pakar genetik dan virus dari seluruh dunia, antaranya seorang pakar zoologi dari University of Sydney, Dr. Edward Holmes yang merupakan pakar kepada kajian virus. Menyifatkan kajian tersebut dijalankan secara terburu-buru serta gagal mengambil kira banyak faktor lain, Dr. Holmes membidas kekurangan penyelidikan yang dijalankan tiga pengkaji utama dari Peking University of Health Science Center School.

Ini berdasarkan kepada ketiadaan rekod yang menunjukkan bahawa haiwan reptilia berdarah sejuk seperti ular, mampu menjadi pembawa kepada mana-mana jenis coronavirus - apatah lagi menjangkitkannya kepada manusia. Majoriti coronavirus yang telah ditemui, menunjukkan jangkitan hanya mampu mengenai haiwan mamalia sahaja.

Beberapa pengkaji lain turut sama berkongsikan pandangan, mengkritik kajian yang telah dilaporkan secara tergesa-gesa tanpa benar-benar memberikan masa mencukupi untuk disemak dan diperbetulkan.

Sehingga artikel ini ditulis, WHO masih belum memutuskan adakah jangkitan 2019-nCoV mampu menjadi salah satu wabak besar, seperti SARS atau MERS yang sangat sukar diubati. Berdepan dengan satu ancaman yang baru serta muncul tiba-tiba dan sangat mudah merebak - terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari buat masa sekarang.

Apa yang sedang diusahakan ketika ini, adalah untuk memastikan dari spesis haiwan apakah sumber sebenar virus tersebut. Pasukan penyelidik dari China percaya dua spesis ular itu puncanya, manakala WHO pula ketika ini sedang sibuk menganalisis setiap setiap spesis haiwan yang dijual di pasar basah Huanan.

Hanya selepas dapat mengenal pasti puncanya, barulah langkah seterusnya dapat dilakukan. Sama ada ular, kelawar, tikus, arnab atau apa saja jenisnya - apa yang jelas, yang halal dan bersih perlu menjadi pilihan utama.


Rujukan;
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Ini Cara Bezakan Koronavirus Wuhan, Influenza Dan Selesema Biasa

Kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai koronavirus Wuhan secara tiba-tiba telah menggegarkan dunia ketika ini, dengan ramai orang di seluruh dunia dijangkiti dengan penyakit yang tidak diingini.

Screenshot-1755.jpg


Malah, sesetengah kes telah menyebabkan kematian. Statistik setakat ini menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 2,800 kes di seluruh dunia dengan 80 kematian. Negara di Asia dan Asia Tenggara adalah yang paling terkesan termasuklah Malaysia dengan 4 kes. Negara-negara lain di seluruh dunia yang terkesan termasuklah:

Thailand - 8 kes
Hong Kong - 6 kes
Amerika Syarikat - 5 kes
Macau - 5 kes
Australia - 4 kes
Jepun - 4 kes
Singapura - 4 kes
Korea Selatan - 3 kes
Perancis - 3 kes
Taiwan - 3 kes
Vietnam - 2 kes
Nepal - 1 kes

(Dikemaskini 12.14 pagi, 27 Januari 2020)

Screenshot-1755.jpg


Bagi yang tak tahu, China baru sahaja reda terhadap kebimbangan mengenai wabak Influenza A.

Dan apa yang lebih membimbangkan mengenai koronavirus Wuhan ini adalah ia tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan influenza dan selesema biasa.

virus koronavirus wuhan tersebar ke seluruh dunia

Ini kerana semuanya dikaitkan dengan sistem pernafasan. Jadi, bagaimanakah kita dapat membezakan antara 3 penyakit ini?

Seperti yang dinyatakan dalam China Press, rupa-rupanya terdapat beberapa perbezaan yang kita boleh lihat di antara selesema biasa, influenza dan virus Wuhan.

Dalam kes ini, saluran media China itu menjelaskan bahawa tempoh inkubasi untuk radang paru-paru (pneumonia) baharu itu mungkin mengambil masa seminggu secara purata.

Walau bagaimanapun, gejala boleh muncul pada bila-bila masa dalam tempoh 2 hingga 3 hari atau sehingga 12 hari dalam beberapa kes.

Bagi mereka yang ingin tahu, ************* kongsikan gejala-gejala yang membezakan ketiga-tiga penyakit ini.


1. Selesema biasa

Screenshot-1755.jpg


Biasanya, selesema biasa berlaku apabila anda menghidap jangkitan virus hidung dan tekak (saluran pernafasan atas) yang biasanya tidak berbahaya.

Apa yang anda akan biasa akan alami adalah hidung berair, sakit tekak, batuk, sakit-sakit badan atau kepala, bersin dan demam.

Lendir hidung atau hingus anda biasanya akan menjadi lebih pekat dengan warna kekuningan atau kehijauan selepas 2 atau 3 hari.

Namun jangan bimbang, kerana selesema biasa adalah tidak berbahaya. Jadi, anda akan pulih dalam masa 5 hingga 7 hari.


2. Influenza (Flu)

Screenshot-1755.jpg


Influenza menyerang anda dengan tiba-tiba dan berbeza daripada selesema biasa. Ia dianggap lebih serius kerana bukan sahaja hidung dan tekak anda sahaja dijangkiti virus, tetapi paru-paru juga.

Ia lebih berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Beberapa tanda yang teruk yang menunjukkan anda dijangkiti influenza termasuklah demam panas dengan suhu sehingga 40°C, menggigil, batuk, keletihan, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit, kesukaran bernafas, sakit kepala, mata kering dan juga ruam.

Jika tidak dirawat dengan pantas, influenza mungkin boleh menyebabkan berlakunya radang paru-paru dan dalam kes yang teruk, ia boleh membunuh.

Untuk lebih selamat, pastikan anda mendapat vaksin.


3. Koronavirus Wuhan

Screenshot-1755.jpg


Juga disebut sebagai novel koronavirus atau 2019-nCoV, dipercayai bahawa Pasar Makanan Laut Huanan, pasaran basah yang menjual daging-daging haiwan eksotik yang terletak di Wuhan, China adalah titik permulaan untuk wabak virus ini.

Dan sejak itu, virus yang membimbangkan ramai orang ini telah merebak di seluruh negara jiran dan ke seluruh dunia.

Seperti yang dinyatakan di atas, gejala-gejala ini agak serupa dengan selesema biasa dan influenza.

Gejala jangkitan virus Wuhan termasuk gejala pernafasan biasa seperti demam dan batuk kering. Walau bagaimanapun, kadang-kala ia mungkin tidak disertai dengan demam.

Screenshot-1755.jpg


Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan ini boleh menjadi lebih buruk dengan berlakunya radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Walau bagaimanapun, perbezaan dengan dua penyakit di atas adalah jika anda menghadapi masalah dengan sistem pernafasan anda, seperti sukar untuk bernafas.


Cara mencegah koronavirus Wuhan

Screenshot-1755.jpg


Dalam kekecohan yang berlaku, kita semua memainkan peranan yang sangat penting untuk tidak menyebarkan virus ini dengan lebih teruk. Dengan itu, apa yang kita boleh lakukan adalah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti di bawah:
  • Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Gunakan sanitiser tangan berasaskan alkohol yang boleh didapati di farmasi berhampiran.
  • Sentiasa tutup mulut dan hidung apabila anda bersin atau batuk.
  • Jika anda menggunakan tisu untuk menutup mulut, pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah serta-merta.
  • Jauhkan diri sekurang-kurangnya 2 meter daripada mereka yang selesema.
  • Pastikan makanan anda dimasak dengan betul.
  • Elakkan melakukan aktiviti luar dan lebihkan berada di dalam rumah.
  • Pakai topeng muka untuk mencegah penyebaran bakteria.

Rujukan;
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Patutkah Kita Panik Dengan Serangan Virus Koronavirus Wuhan ?

Kadang kala, kurangnya kesedaran terhadap kelemahan kita sebagai spesis disebabkan oleh ancaman tertentu. Pada mulanya, kita menyedari akan beberapa kes penyakit baru yang tidak begitu penting, yang berlaku jauh dari kita. Kemudiannya, ia mula tersebar dan kematian semakin meningkat.

Kita mula tertanya-tanya adakah pandemik baru ini akan membunuh berpuluh-puluh juga nyawa, sebagaimana yang dilakukan oleh Selesema Sepanyol pada tahun 1918?

Screenshot-1771.jpg


Kisah koronavirus baharu yang pertama kali dilaporkan di Wuhan, China, kini kelihatan telah mencapai tahap di mana orang awam yang kurang memberi perhatian kini bertukar menjadi kebimbangan dan malah ketakutan.

Ia menyebabkan radang paru-paru, dan kini lebih daripada 2,800 kes di seluruh dunia yang telah meragut 80 nyawa di China.

Pihak berkuasa juga mengesahkan virus ini boleh dipindahkan di antara manusia. Penjualan topeng muka melonjak naik. Kes-kes dilaporkan di banyak negara jiran dan sejauh Amerika Syarikat.

Screenshot-1772.jpg


Pertubuhan Kesihatan Dunia juga telah mengadakan mesyuarat kecemasan.

Dua faktor lain telah menyemarakkan kebimbangan ini. Pertama adalah ia berlaku ketika perayaan Tahun Baru Lunar, di mana beratus juta orang di China pulang ke kampung halaman.

Yang kedua ialah pengendalian China terhadap sindrom pernafasan akut yang teruk (Sars) pada tahun 2003.

Pihak berkuasa telah menutup masalah ini untuk tempoh beberapa bulan dan skala sebenar hanya didedahkan oleh doktor-doktor yang berani.

Pakar-pakar perubatan percaya bahawa sebahagian daripada 800 kematian di seluruh dunia mungkin boleh dielakkan jika China menyediakan maklumat lebih tepat pada masanya.

China masih mengawal berita dan media sosial dengan sangat ketat, menyekat maklumat yang dianggap boleh merosakkan.

Ketika di awal penyebaran virus baharu ini, China melaporkan jumlah pesakit yang dijangkiti adal sebanyak 300 orang.

Namun para penyelidik dari Imperial College London menganggarkan bahawa jumlah tersebut adalah lebih tinggi, iaitu sekitar 1,700.

Screenshot-1773.jpg


Sesetengah hospital juga mungkin tidak memeriksa pesakit, dan juga terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pesakit tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Namun kali ini, Beijing telah bertindak balas dengan lebih pantas dan kuat berbanding tahun 2003, dan menawarkan lebih banyak maklumat.

Presiden Xi Jinping menegaskan perlunya wabak itu ditangani dan badan politik China yang bertanggungjawab terhadap undang-undang dan perintah telah memberi amaran kepada pegawai bahawa mereka yang menyembunyikan atau menangguhkan melaporkan kes, dengan amaran "akan dipaku pada tiang malu untuk selamanya".

Terlalu sedikit maklumat yang ada ketika ini untuk membuat kesimpulan yang kukuh tentang virus ini, dan bahayanya tidak boleh dipandang remeh.

Kesannya telah dirasakan oleh golongan muda, warga tua dan mereka yang mempunyai masalah perubatan sedia ada.

Malah, terdapat kebimbangan bahawa ia boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih buruk.

Screenshot-1774.jpg


Tetapi setakat ini, virus ini tidak terbukti boleh berjangkit semudah Sars, atau tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi seperti sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Dan pakar kesihatan berkata China dan Asia Tenggara mempunyai prosedur pengawasan dan pelaporan lebih kuat berikutan berlakunya Sars dan wabak lain.

Sementara itu, wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo yang mana lebih jauh sukar untuk dikendalikan, masih kekal menjadi kebimbangan kesihatan awam yang serius, tetapi hanya mendapat sedikit perhatian sahaja daripada masyarakat dunia.

Membunyikan penggera amaran apabila ia tidak perlu, sebenarnya mempunyai bahaya yang tersendiri.

Orang ramai mungkin akan tidak memberikan perhatian lagi pada masa akan datang, atau mungkin boleh bertindak balas secara keterlaluan ketika ini.

Screenshot-1775.jpg

Sekatan pergerakan yang ketat boleh menjadi perkara yang membuatkan orang berasa mereka harus melarikan diri.

Begitu juga, mendiamkan hasil perbincangan boleh memberikan kesan buruk, terutamanya dalam dunia di mana maklumat atau khabar angin yang tidak berasas dapat dikongsi begitu cepat.

Adalah penting untuk pihak berkuasa China di semua peringkat bersifat terbuka tentang wabak ini, serta bersungguh-sungguh dalam menanganinya.

Selebihnya iaitu kita semua di seluruh dunia, perlu memberikan perhatian rapat dan berjaga-jaga.

Wabak baharu sememangnya membimbangkan, tetapi kita perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa dan diri kita sendiri untuk memperbaiki persiapan kita untuk ancaman seterusnya.

Tak kiralah sama ada melalui peningkatan perbelanjaan penyelidikan atau pemahaman bahawa komunikasi itu sendiri adalah sama penting untuk mengawal penyakit, sebagaimana membasuh tangan dan vaksin.


Adakah kita perlu panik?

Screenshot-1776.jpg


Jawapannya adalah tidak. Menurut Tracey Goldstein, seorang profesor di jabatan patologi, imunologi, dan mikrobiologi di University of California, perkara penting yang perlu diingat ialah walaupun terdapat banyak kes, namun kebanyakannya adalah tidak teruk.

"Ketika ini, saya tidak bimbangkan risiko peribadi saya," kata Tracey Goldstein.
Sekiranya anda mungkin menyentuh ramai orang, adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan kerap. Dan ini terutamanya disebabkan kita berada dalam musim selesema.


Adakah kita perlu bimbang?

Screenshot-1777.jpg


Jawapannya adalah ya. Menurut Simon Anthony, ahli epidemiologi dari Universiti Columbia, kebimbangan pertama kita haruslah terhadap orang di China.

Kedua-duanya kerana virus ini, dan juga tindak balas yang begitu dahsyat yang mana menyusahkan walaupun perlu. China telah menutup perjalanan keluar dari Wuhan, di mana virus itu berasal.

Dr. Josie Golding dari Wellcome Trust berkata ketika ini, sehingga kita mempunyai lebih maklumat, sangat sukar untuk tahu betapa teruknya kita perlu risau.

Profesor Jonathan Ball, seorang pakar virus dari University of Nottingham, kita harus bimbang tentang virus yang menjangkiti manusia buat kali pertama, kerana ia telah berjaya melepasi halangan utama yang pertama.

"Sebaik sahaja di dalam sel [manusia] dan membiak, ia boleh mula menghasilkan mutasi yang membolehkan ia menyebarkan dengan lebih cekap dan menjadi lebih berbahaya. Dan kita tak mahu beri peluang kepada virus ini," kata Profesor Jonathan Ball.

Yasin Gaardo yang tinggal di Wuhan, memuat naik video di laman Twitter berkenaan pihak polis menutup jalan dan pasar raya kehabisan sayur-sayuran.

Dia juga memberitahu bahawa pengangkutan awam ditutup dan 90% daripada penduduk Wuhan tidak keluar.

Simon Anthony menambah bahawa beliau masih bimbang dengan virus ini, tetapi tidaklah berada dalam mod panik ketika ini.


Rujukan;
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,995
Reaction score
2,147
Points
201
Apa itu virus & bacteria?

Basically tugas virus atau bacteria ialah decompost
Apa maksud decompost?
Mencernakan sampah2 utk kebaikan kita
Contoh> mknan di cernakan, sampah/mayat di lupuskan etc

Kita namakan mereka menyerangkan kita apabila mereka infected dlm bdn kita yakni mereka replicate dgn memakan sampah2/weaker sick cells dlm bdn kita

Siapakah weaksick cells? Apabila bdn kita beracid tu maksud nya enviroment dlm bdn kita beracid sbb byk toxin/sampah
Maka mereka seronok la mkn sampai jd comunity besar
Bahan yg mereka mkn pun akan jd taik
Ini kita namakan glycoproteins
Hasil ini menjadi marker utk ujian menguji specific virus/bacteria

Hasil drp foreign body ini jg la yg akan trigger immune system kita
Kalau da byk sgt community virus/bacteria tu maka inflammation chaos jd lah pneumonia

So giving vaksin terutamanya pd co-morbid pt/obese/ immunoconpromised jg bergantung kpd immune system bdn mereka sendiri

Pd org muda sehat, giving vaksin mungkin tiada masalah, tp masalah bole timbul jd bila bdn acidic semula /bad lifestyle

sbb tu kita perasan, org gemuk, penyakit 3 serangkai, asthma, org tua..mereka immunicomprimised pt..risk mereka tinggi utk masuk ic & mati

org sehat recovery well

den bukan virologist
carigolist je heheh
1613872723854.png

 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
Apa itu virus & bacteria?

Basically tugas virus atau bacteria ialah decompost
Apa maksud decompost?
Mencernakan sampah2 utk kebaikan kita
Contoh> mknan di cernakan, sampah/mayat di lupuskan etc

Kita namakan mereka menyerangkan kita apabila mereka infected dlm bdn kita yakni mereka replicate dgn memakan sampah2/weaker sick cells dlm bdn kita

Siapakah weaksick cells? Apabila bdn kita beracid tu maksud nya enviroment dlm bdn kita beracid sbb byk toxin/sampah
Maka mereka seronok la mkn sampai jd comunity besar
Bahan yg mereka mkn pun akan jd taik
Ini kita namakan glycoproteins
Hasil ini menjadi marker utk ujian menguji specific virus/bacteria

Hasil drp foreign body ini jg la yg akan trigger immune system kita
Kalau da byk sgt community virus/bacteria tu maka inflammation chaos jd lah pneumonia

So giving vaksin terutamanya pd co-morbid pt/obese/ immunoconpromised jg bergantung kpd immune system bdn mereka sendiri

Pd org muda sehat, giving vaksin mungkin tiada masalah, tp masalah bole timbul jd bila bdn acidic semula /bad lifestyle

sbb tu kita perasan, org gemuk, penyakit 3 serangkai, asthma, org tua..mereka immunicomprimised pt..risk mereka tinggi utk masuk ic & mati

org sehat recovery well

den bukan virologist
carigolist je heheh
View attachment 345594

Sebab tu kena makan dan hidup gaya nabi.

Makan makanan sunnah.

Puasa cara nabi. Tak perlu check bmi bagai. :p

Contoh makanan sunnah nabi, cuka. Cuka tamar, cuka anggur, cuka apple ini semua boleh digunakan sebagai menuetralkan asidic dlm badan.

Kurma, madu, semuanya ada khasiat dalam membaiki sel tumbuh dalam badan.

Habbatus sauda, minyak zaitun, ada asid amino yang baik untuk imunisasi badan.

Cuma orang nampak makanan sunnah ni biasa,

Logiknya baik makan suppliment harga ratus2. Terbukti secara scientifik.

:ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,995
Reaction score
2,147
Points
201
Sebab tu kena makan dan hidup gaya nabi.

Makan makanan sunnah.

Puasa cara nabi. Tak perlu check bmi bagai. :p

Contoh makanan sunnah nabi, cuka. Cuka tamar, cuka anggur, cuka apple ini semua boleh digunakan sebagai menuetralkan asidic dlm badan.

Kurma, madu, semuanya ada khasiat dalam membaiki sel tumbuh dalam badan.

Habbatus sauda, minyak zaitun, ada asid amino yang baik untuk imunisasi badan.

Cuma orang nampak makanan sunnah ni biasa,

Logiknya baik makan suppliment harga ratus2. Terbukti secara scientifik.

:ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:

makanan sunnah
Kopiah capal
Air jampi2
Tu pak lobai nak temberang kita jual produk dia hahha

pseudoscience vs tunggang agama
2x5 je :D
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
makanan sunnah
Kopiah capal
Air jampi2
Tu pak lobai nak temberang kita jual produk dia hahha

pseudoscience vs tunggang agama
2x5 je :D

makanan sunnah ni betul.
air bacaan Al-Quran, bacaan surah Al-fatihah pun betul.

sebab apa ? yang menyembuh itu milik Allah.
kita usaha biasa je. Kita yakin dgn Allah.

Tn akudotcom kena belajar sikit syariat, lepas tu belajar sikit hakikat.

Baru kita rasa hidup sbgi hamba Allah.

Bila syariat lebih, kita rasa diri kita je betul.
Bila hakikat lebih, orang lain rasa kita tak betul.

Begitu lah. Tak boleh komen lebih sgt. :p
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,995
Reaction score
2,147
Points
201
makanan sunnah ni betul.
air bacaan Al-Quran, bacaan surah Al-fatihah pun betul.

sebab apa ? yang menyembuh itu milik Allah.
kita usaha biasa je. Kita yakin dgn Allah.

Tn akudotcom kena belajar sikit syariat, lepas tu belajar sikit hakikat.

Baru kita rasa hidup sbgi hamba Allah.

Bila syariat lebih, kita rasa diri kita je betul.
Bila hakikat lebih, orang lain rasa kita tak betul.

Begitu lah. Tak boleh komen lebih sgt. :p

makan sunnah tu jaga kesihatan
Bukan guna makanan sunnah utk berubat
Tu namanya da damage baru nak control

bdn acidic
Dia pun amik air zamzam minum utk alkali hahah

punah lagu paham mcm ni :D
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
makan sunnah tu jaga kesihatan
Bukan guna makanan sunnah utk berubat
Tu namanya da damage baru nak control

bdn acidic
Dia pun amik air zamzam minum utk alkali hahah

punah lagu paham mcm ni :D

Kena baca hadis nabi.

Ada antara makanan sunnah nabi yang digunakan untuk berubat. Cth madu, kurma ajwa, minyak zaitun.

Kalau tak berminat/ tak percaya hadis nabi. Aku no komen. Itu pilihan masing-masing.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register