BTC USD 50,251.6 Gold USD 1,824.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa hukumnya?

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Aku kat spa lintah aku sekrang sedang rawat satu mamt nie. dari Shah Alam sakit kusta.

Dalam aku dok sembang-sembang dia kata dia kerja dengan satu construction company kat Puchong. Projek terkini yang dia sedang terlibat ialah buat gereja kat sec 17 Subang. Dulu gereja tu kecik saja tapi sedang diupgrade kan ajdik yang terbesar diSelangor.

Dia kata dia terpaksa buat sebab dah memang kerja dia...tak boleh nak elak..makan gaji.

So agak2nya dia terkena ker hukum subahat?

:-?:-?:-?#:-S
 
Sponsored Post

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
dah kira subahat ke kalau camtu?

bahya nih duit nk bg makan anak bini..
 
ifilasaila

Fun Poster
Joined
May 22, 2008
Messages
418
Reaction score
31
Points
20
ini dh macam isu pompuan terpaksa jadi pelacur atas alasan xde keje lain nak buat utk sara keluarga.. rasanya dlm malaysia ni blm smpai tahap 'darurat' utk membolehkan kita meng'halal'kan perkara atau pekerjaan yg haram.

maksud darurat di sudut fiqh ialah : kalau x buat = mati! cth; tersesat di hutan, tidak ada air&makanan, tiba2 jalan2 terjumpa bangkai ****. memandangkan dah terlampau lapar yg amat sgt, maka hukum 'haram' memakan **** ataupun bangkai telah diangkat, maka jatuh hukum 'harus' utk kita makan. itupun utk kadar 'seadanya', utk memberi tenaga. jgn mentang2 dh harus makan, kita pun melantak sampai kekenyangan pulak!

memandangkan kita umat islam di malaysia ni pun blm smpai tahap duk dalam hutan mcm cth tadi. dan kalau kita x jadi pelacur ataupun kontraktor buat gereja, atau jual arak (7eleven ada jual arak, hati2!), atau apa shj pekerjaan yg haram sekalipun, kita masih blh hidup dan belum smpai tahap - kalau x buat, mati atau x ckup makan, atau x blh hidup.. maka eloklah kita cari pekerjaan yg sesuai dan rezeki yg halal utk kita sekeluarga.. sekadar melontar pandangan..
 
kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
HARAM dan perlu cari kerja lain dengan segera...rezeki Allah ini luas, dan tiada sebarang alasan untuk tidak mencari kerja yang lebih halal lagi baik.

tanggungjawab akan jatuh ke atas kepala pemimpin yang sepatutnya jaga kebajikan rakyat dan beri pekerjaan yang lebih baik...
 
tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
kebanyakan shoppping complex ada arak...
so, kire haramla keje kat situ????

susah gak tu...
hurm...:-?
 
analyzer_mike

Active Member
Joined
Nov 17, 2008
Messages
1,691
Reaction score
1
Points
25
kebanyakan shoppping complex ada arak...
so, kire haramla keje kat situ????

susah gak tu...
hurm...:-?

ni pernah menjadi tanda tanya pada aku...
aku penah tanye soklan ni pade macam2 orang...
ade yg setuju kate kite taleh keje la kat pasaraya sbb gaji yang kite dapat tu adalah termasuk dengan hasil jual arak tu skali....

ade lagi satu lak kate...takpe sbb kite keje department lain..so kite bukan keje ngan arak dan ade kait mengait dengan arak...

so...di sini mintak pendapat yang lebih alim untuk memberi pandangan dan kalau boleh hukum kerana risau bende ni jadi trend lak kat negara kita..

kalau boleh elakkan yang haram kite elakkan...kan?
amar makruf nahi mungkar.. :)
 
peija06

Super Active Member
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
klo buruh org kita yg dominate..mgkin xpnah tgk pon bgsa lain yg gaul simen..
yg ni bila dh kena soh buat gereja nk cari yg chayanunalip sorg pn susah nk jmpa..
 
underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,565
Reaction score
4,266
Points
196
Dia kata dia terpaksa buat sebab dah memang kerja dia...tak boleh nak elak..makan gaji.

So agak2nya dia terkena ker hukum subahat?

Hukum Seseorang Muslim Bekerja Di Gereja Dan Rumah Ibadat
Pandangan kebanyakan para ulama

Kebanyakan para ulama mengharamkan seseorang muslim bekerja untuk gereja. Ini kerana apabila seseorang muslim bekerja untuk gereja, ini membawa kepada orang Islam membantu pihak gereja dan rumah-rumah ibadat lain sedangkan gereja adalah tempat untuk menyeru manusia agar tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir.

Apabila seseorang muslim bekerja di dalam gereja atau mana-mana rumah ibadat agama-agama lain, ini akan menyebabkan seolah-olah gereja dan rumah-rumah ibadat tersebut dihormati dan dibesarkan bahkan tindakan seseorang muslim yang bekerja di dalam gereja akan membawa unsur penghinaan terhadap umat Islam. Ini jelas kerana apabila seseorang Islam yang tidak bersetuju dengan agama yang menyekutukan Allah bekerja untuk gereja, ini bermakna pihak gereja telah menghina muslim tersebut dengan cara menjadikannya pekerja di bawah pihak gereja.

Oleh kerana tindakan seseorang untuk membantu orang lain melakukan maksiat adalah haram, maka apabila seseorang muslim bekerja untuk gereja, maka dia telah membantu menghebatkan gereja yang bertugas untuk maksiat iaitu menyeru masyarakat menyekutukan Allah Taala. Oleh itu, berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, bekerja di dalam gereja ataupun untuk kebaikan pihak gereja adalah haram.

Pandangan para ulama di dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah

Walaubagaimanapun, para fuqaha dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah berbeza pandangan dengan pandangan kebanyakan para ulama. Mereka berpandangan bahawa apabila pekerjaan yang dilaksanakan adalah halal dari sudut asal pekerjaan tersebut, maka pekerjaan tersebut adalah halal.

Sebagai contoh, membina bangunan itu pada asalnya adalah halal. Maka apabila seseorang mengambil upah untuk membina gereja ataupun memperbaiki bangunan gereja yang rosak, hukum pekerjaan si muslim tersebut adalah halal dan dibolehkan. Ini kerana membina bangunan ataupun memperbaiki bangunan yang rosak bukanlah satu perbuatan yang mempunyai maksiat.

Membersihkan gereja, memotong rumput di gereja, menyediakan bunga untuk majlis-majlis perkahwinan di gereja dan menyediakan hamparan di dalam gereja sebagai contoh adalah pekerjaan yang tidak mengandungi maksiat pada asalnya.

Oleh itu berdasarkan pandangan para ulama di dalam Mazhab Al-Imam Abu Hanifah, seseorang muslim itu boleh untuk mengambil upah dengan bekerja di dalam gereja disebabkan pekerjaan yang dilaksanakan tersebut adalah pekerjaan yang halal pada asalnya.

Walaubagaimanapun, sekiranya pekerjaan yang dilaksanakan adalah haram pada asalnya seperti membuat salib, menyediakan pakaian khas untuk para paderi dan melukis gambar-gambar tuhan bagi orang yang tidak beragama Islam seperti gambar Nabi Allah Isa, Buddha dan dewa-dewa dalam agama Hindu, maka seseorang muslim tersebut adalah diharamkan

untuk melakukan pekerjaan seperti itu.

Sebahagian para ulama semasa mencadangkan agar orang Islam tidak bekerja sama sekali untuk kepentingan gereja melainkan apabila terpaksa dan tidak mempunyai pekerjaan lain. Namun seandainya ada pekerjaan lain, maka sebaiknya orang Islam memilih pekerjaan-pekerjaan yang lain agar tidak memberikan sumbangan walaupun sedikit untuk kepentingan gereja dan rumah-rumah ibadat lain.

Namun, sekiranya ada orang Islam yang bekerja di dalam gereja ataupun untuk kepentingan gereja, maka berdasarkan pandangan ulama dalam Mazhab Al-Imam Abu Hanifah, pekerjaan tersebut adalah halal.

Wallahu A'lam.
 
baim

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
3,214
Reaction score
18

:)cgrock:)cgrock pandai cari, siap ada penerangan lagi..
kalau ikut aku, belasah jer.. sambil buat gereja, sambil tu dakwah paderi tu :)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register