BTC USD 67,424.4 Gold USD 2,315.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Hukum ‘Cash Out’ Kredit eMADANI RM100? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,234
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,234
Reaction score
6,485
Points
916
Awards
1
Hasil caj perkhidmatan yang dikenakan daripada pertukaran tunai dari kredit eMADANI merupakan wang tidak patuh syariah yang haram digunakan. Sebelum ini, tular di mana sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan servis untuk menukarkan kredit eMADANI kepada wang tunai. Susulan itu, pihak kerajaan telah menegaskan bahawa mereka akan menyekat akaun yang terlibat dalam aktiviti terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI.
1702230523340.png
 
Sponsored Post

Mufti Beri Penjelasan Tentang Hukum ‘Cash Out’ Kredit RM100 eMADANI

Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diajukan persoalan mengenai hukum mengenakan caj untuk servis mengeluarkan eMADANI bernilai RM100 ke dalam akaun bank. Sebagai penjelasan kepada pertanyaan itu, pejabat mufti berkata caj dan servis yang ditawarkan adalah termasuk dalam perbuatan riba dan diharamkan syarak. Hasil caj perkhidmatan yang dikenakan daripada pertukaran ini merupakan wang tidak patuh syariah yang haram digunakan. Selain itu, perbuatan cash-out ini juga dikira menyalahi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan menyebabkan pemberian tersebut telah terbatal kerana hilang keredaan dari pemberi.
emadani-1.jpg
 
Perkara ini turut dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ قَدْ جَاءَ مَالُ الْبَحْرَيْنِ قَدْ أَعْطَيْتُكَ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا

Maksudnya: “Jika wang jizyah dari Bahrain telah datang, aku akan memberikan kamu sejumlah wang.” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW pernah meletakkan syarat dalam pemberian. Ibn ‘Abidin dalam Hasyiahnya pula berkata:

امرأة تركت مهرها للزوج على أن يحج بها، فلم يحج بها قال محمد بن مقاتل: إنها تعود بمهرها؛ لأن الرضا بالهبة كان بشرط العوض، فإذا انعدم العوض انعدم الرضا، والهبة لا تصح بدون الرضا

Maksudnya: “Seorang wanita memberi maharnya kepada suaminya dengan syarat dia mengerjakan haji bersamanya, akan tetapi suaminya tidak melakukannya. Muhammad bin Muqatil berkata: Dia harus mengambil kembali maharnya. Hal ini kerana keredaan atau persetujuan untuk memberi hadiah tersebut adalah berdasarkan syarat balasan tertentu. Jika tiada balasan itu, maka tiadalah reda ke atas pemberian itu. Pemberian hadiah adalah tidak sah sekiranya berlaku tanpa keredaan dan persetujuan.”
 

Bagaimana Servis Pemindahan RM100 eMADANI Dianggap Sebagai Riba?

Riba boleh berlaku dalam situasi yang berbeza seperti berikut:
  • Riba al-Fadhl: Riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantiti sedangkan kedua-duanya daripada jenis item yang sama.
Senario Riba al-Fadhl

Ali ingin memindahkan RM 100 dalam e-dompetnya ke akaun simpanan bank. Duit tersebut tidak boleh dikreditkan kepada mana-mana pemilik e-dompet yang lain, namun ia boleh dibayar kepada pemilik akaun e-dompet bisnes. Oleh itu, Ali melakukan cash-out dengan bantuan Ahmad yang mempunyai akaun e-dompet bisnes, seolah-olah membeli barang daripada Ahmad tetapi digantikan semula duitnya masuk ke akaun simpanan bank. Ahmad mensyaratkan caj perkhidmatan sebanyak RM 5 bagi transaksi pertukaran tersebut. Ali kemudiannya memindahkan RM 100 ke e-dompet Ahmad dan menerima RM 95 yang ditolak caj perkhidmatan ke akaun banknya.
emadani-1-1.jpg
  • Riba al-Nasi’ah: Riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.
 
Senario Riba al-Nasi’ah:

Ali memindahkan RM 100 daripada e-dompetnya kepada Ahmad. Pada keesokan harinya, Ahmad menyerahkan tunai sebanyak RM 100 kepada Ali. Walaupun transaksi ini dilakukan secara sama kadar dan kuantiti, ia termasuk dalam kategori riba al-nasi’ah kerana pertukaran tersebut tidak dilakukan secara on the spot. Hasil caj perkhidmatan yang dikenakan daripada pertukaran ini merupakan wang tidak patuh syariah yang haram digunakan. Oleh itu, nilai tambahan yang diperoleh wajib dikembalikan kepada pemiliknya. Sekiranya harta tersebut tidak dapat dikenalpasti pemiliknya, maka wajib disalurkan kepada badan kebajikan atau baitulmal. Walau bagaimanapun, transaksi pertukaran ini tidak dianggap riba sekiranya:

Ali memindahkan RM 100 ke e-dompet Ahmad dan menerima RM 100 di akaun banknya daripada Ahmad. Kemudian Ali memberi saguhati sebanyak RM 5 kepada Ahmad.
Semoga penjelasan ini dapat memberi pemahaman kepada umat Islam di luar sana dalam menguruskan kredit eMADANI mereka dengan baik.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register