- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 37,196
- Reaction score
- 2,608
- Points
- 206
delay lagi.
haritu kata hujung februari 2021.
haritu kata hujung februari 2021.
Pelancong lokal la kot. Pelancong luar belum tentu datang MalaysisGenting SkyWorlds dibuka suku kedua tahun ini
![]()
Kuala Lumpur: Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua 2021 sekali gus dijangka merancakkan semula sektor pelancongan Malaysia.
Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting, Lee Thiam Kit berkata, ia bakal menjadi taman tema luar yang menguja dan mengasyikkan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut.
Katanya, ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai antara taman tema paling unik, bukan saja di rantau ini, malah di peringkat global.
"Genting SkyWorlds menelan perbelanjaan kos kira-kira AS$800 juta (RM3.23 bilion) dan ia hasil kerja keras bertahun lamanya dan dedikasi pasukan kami dan rakan kerjasama dari serata dunia.
"Ketika ini kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara.
"Kami yakin Genting SkyWorlds akan menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pengunjung sepanjang perjalanan ini," katanya pada majlis memperkenalkan logo Genting SkyWorlds rasmi secara maya di sini, hari ini.
Lee berkata, untuk permulaan, Genting SkyWorlds akan dibuka kepada rakyat tempatan, namun ia turut dibuka kepada pelancong luar selepas sempadan dibuka oleh kerajaan.
Sementara itu, Edward berkata, Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan 'alam' yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan, Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.
Selain daripada Hak Intelek (IP) tulen dan menarik yang dimiliki sendiri, Genting SkyWorlds juga menggabungkan jenama dan IP daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios.
Antara IP yang ditampilkan ialah Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes.
== hmetro
Ada jugak hasil untuk kerajaan negeri.Hasil untung judi ni
Bukit jud
Mcm tu lew...semua bangunan masuk dlm kawah gunung berapai..360 darjah dari sejuk jadi panas berapiKalau meletus gunung berapi kat genting tu, mcm mana ya