akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,988
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,988
- Reaction score
- 6,428
- Points
- 881
- Awards
- 1
Apa alasan jual tenaga hijau kepada Singapura?
ZiauddinOctober 10, 2023
KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) meminta penjelasan kerajaan berhubung keputusan Kabinet membenarkan tenaga hijau dijual kepada negara jiran, Singapura.
Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, Malaysia masih memerlukan tenaga hijau untuk memastikan pelepasan sifar karbon pada 2050 dapat dicapai.
Menurutnya, kerajaan perlu menyimpan tenaga hijau yang besar bagi menarik lebih ramai pelabur dengan simpanan tenaga yang banyak dan tidak diusik di negara.
“Apabila dieksport sedangkan pada waktu sama kita sangat memerlukan tenaga hijau kerana penjualan ini menyebabkan kadar pelepasan karbon untuk offset karbon tidak cukup.
“Kalau benarkan penjualan tenaga ini berlaku, mereka nak lama sebab dia akan menarik pelabur luar ke tempat mereka kerana tenaga hijau merupakan syarat pelaburan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) AKta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, tiada pihak yang menolak RUU itu dibentangkan kerana ia merupakan satu tindakan baik bagi mengelakan pembaziran tenaga berlaku.
Beliau berkata, negara mengalami kerugian sebanyak RM80 bilion setahun kerana simpanan tenaga hijau yang tidak digunakan meskipun menggalakkan pengguna melaksanakan penjimatan.
Menurutnya, kerajaan perlu melaksanakan perancangan untuk mengurangkan jumlah tersebut antara 20 sehingga 25 peratus serta hasrat sifar karbon 2050 turut tercapai.
“Tetapi saya fikir simpanan terlalu besar dan tidak sepatutnya kita biarkan ia berterusan dalam jumlah yang begini besar, kebanyakan negara simpanannya antara 15 ke 20 peratus.
“Angka 40 peratus itu terlalu besar, bayangkan kerugian RM80 bilion setahun kerana simpanan tenaga yang tidak digunakan, pindaan bagus namun nak lihat tindakan kerajaan selepas ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/10/2023

PERIKATAN NASIONAL (PN) meminta penjelasan kerajaan berhubung keputusan Kabinet membenarkan tenaga hijau dijual kepada negara jiran, Singapura.
harakahdaily.net