AP Kenderaan Kekal Dalam Dasar Automotif Nasional 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,930
Reaction score
3,005
Points
236
21.02.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan perlu mengenakan permit import (AP) kenderaan untuk melindungi kepentingan pengguna bagi memastikan penjualan kereta import mematuhi piawaian ditetapkan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata pasaran kenderaan di Malaysia terlalu terbuka menyaksikan kemasukan banyak kereta import.

"Kita adalah pasaran yang sangat terbuka. Anda melihat semua jenis kereta ada dipandu di Malaysia.

"Ada keperluan untuk mempunyai kawalan bagi memastikan bahawa salah laku tidak dilakukan.

"Itulah sebabnya perlu ada lesen, ia bagi memastikan apa yang dijual adalah mematuhi kualiti yang diisytiharkan oleh pengeluar," katanya pada sidang media selepas pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan timbalannya, Dr Ong Kian Ming.ukan pelancong dari China, yang mana Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah antara langkah yang dibincangkan oleh kabinet pada Rabu.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511696
 
Top
Log in Register