BTC USD 42,919.4 Gold USD 1,749.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News AOC Guna AGON Sebagai Jenama Aksesori Gaming Terbaru Mereka

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,669
Reaction score
4,162
Points
236
AOC ialah jenama pembuat paparan skrin komputer, manakala AGON pula ialah sub-jenama AOC yang membangunkan paparan khusus untuk golongan gamer. AOC baru-baru ini dilihat akan melanjutkan penjenamaan AGON untuk juga membangunkan aksesori-aksesori gaming tidak lama lagi.

Oleh kerana itu, AOC dilihat menjenamakan AGON semula sebagai AGON by AOC yang akan memperkenalkan bukan sahaja paparan gaming, tetapi juga aksesori-aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya tidak lama lagi.
AGON-AOC.jpg.webp

Mereka akan membangunkan aksesori untuk pelbagai genre permainan juga, termasuklah permainan perlumbaan, penembak, MMORPG dan sebagainya. AOC mengatakan bahawa mereka akan memfokuskan AGON by AOC ini untuk segenap lapisan gamer, termasuklah mereka yang berkecimpung dalam arena e-sukan, ataupun mereka yang bermain permainan komputer sebagai hobi sahaja.

AOC juga mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sejumlah aksesori permainan baru dengan jenama AGON by AOC ini pada 27 Julai kelak.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register