BTC USD 60,195.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anzalna Sudah Pakai Tudung Atau Sekadar Lakonan?

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
Anzalna Sudah Pakai Tudung Atau Sekadar Lakonan?


Anzalna1.jpg


Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air.

Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis..

Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya.

Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu.

Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan.

Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata?

Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula.

Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah.

Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna.

Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian.

Kajap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun).

Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang popular;

“Kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung…mu ingat masuk neraka kejap-kejap?”.

Ustaz Azhar juga pernah memberi komen mengenai perkara artis menutup aurat ini di dalam sebuah ceramahnya.

Katanya penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam.

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

“Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata Ustaz Azhar.


anzalna-nasir-bertudung.jpg





 
Sponsored Post

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,942
Reaction score
1,170
Points
201
klu dh bertudung tu bagusla..
tp tutoplah aurat dgn sempurna...
bukan takat tutop rambut jer.. :D
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
manis jer tgk..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register