BTC USD 109,084 Gold USD 3,309.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar, ustaz Abdul Somad tunai solat Jumaat bersama

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,070
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,070
Reaction score
6,990
Points
881
Awards
1
Anwar, ustaz Abdul Somad tunai solat Jumaat bersama

Mohammad Arif Nizam5 July 2024

Anwar Ibrahim bersalam dengan qariah selepas selesai solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Seri Kembang yang turut disertai oleh ustaz Abdul Somad.
SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di sini hari ini.

Selesai solat, pendakwah selebriti itu juga dilihat menaiki kenderaan rasmi perdana menteri untuk pulang bersama.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi tinjauan media sosial, ustaz Somad yang berasal dari Sumatera Utara itu kini dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini.

Sementara itu, Anwar sempat menyantuni orang ramai yang bersesak untuk bersalam dengan beliau.

Perdana menteri juga sempat berdiri dari kenderaaannya untuk melambai tangan kepada jemaah yang hadir.

Sebelum itu, Anwar memilih Restoran Singgah Rassa di sini untuk menjamu selera makan tengah hari. – MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register