BTC USD 66,855.5 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tiba Di Vladivostok Hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9

Sponsored Post

Kerjasama Malaysia Dengan Rusia, China, India Manfaatkan Ekonomi - PM

06.09.2024 - Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

"Isu pemusatan dan penglibatan dengan Amerika Syarikat yang masih merupakan pemain utama dari segi pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia, dengan Eropah terutamanya Jerman dan lebih-lebih lagi sekarang dengan China, India dan Rusia, ini akan memberi manfaat kepada kita,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok. Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...gan-rusia-china-india-manfaatkan-ekonomi---pm
 
Malaysia Utamakan Keamanan, Tidak Sokong Serang Mana-Mana Negara - PM

06.09.2024 - Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

"Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Dalam temu bual yang sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia, dan beliau berhasrat untuk melawat St Petersburg dan Moscow.

"Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Rusia lebih melalui novel-novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy. Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia,” kata Anwar.

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September dan Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.
1725618417278.png
 
insyallah pmx akan bawa peleburan billiunn biliiun


kalau nak billiun billiun...tak payah susah2 p Rusia

Pi Indon , Vetnam cukup :)

RM 176.00 dah boleh dapat Sejuta Dongs 😁

RM 281.00 dapat Sejuta Rupiah


apa risau 1 billun...tambah sikit je.....semua boleh jadi billuwann
 
Malaysia Tidak Boleh Di Paksa Untuk Berpihak, Di Tengah-Tengah Ketegangan AS-China

07.09.2024 - Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya, terdapat kebimbangan kerana peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China tetapi kami tidak boleh dipaksa untuk berpihak. Kami merupakan rakan penting dalam perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat, secara kumulatif masih nombor satu. Tetapi China adalah pemain penting. Maka kami melakukan lebih banyak libat urus dari sebelum ini dalam semua bidang secara komprehensif, kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...ihak-di-tengah-tengah-ketegangan-as-china-pm/
 
Malaysia Tidak Minat Sebelahi Barat Dalam Soal Hubungan Dengan Rusia - PM

07.09.2024 - Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu.

“Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya berpihak? Jadi mereka mencipta potensi masalah ini kerana ia merupakan satu sistem berlainan,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur.

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...hi-barat-dalam-soal-hubungan-dengan-rusia-pm/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register