BTC USD 58,170.4 Gold USD 2,556.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tiba Di Vladivostok Hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9

Sponsored Post

Anwar Terima Kunjungan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia

04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Rusia, menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Rushan Abbyasov. Dalam perjumpaan itu, kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perbankan Islam, latihan dan pembinaan kapasiti, pertukaran kepakaran, dan kerjasama dengan institusi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa, Muzium Kesenian Islam dan Bank Negara Malaysia(BNM).

wEro9N6O-TEMPLATE-CMS-1.jpg


Rushan turut berkongsi sokongan kuat Presiden Vladimir Putin terhadap umat Islam di Rusia dan rasa hormatnya terhadap agama Islam dan Al-Quran. Anwar dan Rushan turut menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin. Dalam pada itu Rushan menyampaikan rasa cinta dan kagum terhadap Malaysia, yang disifatkannya sebagai negara Islam yang sangat maju dan banyak yang perlu mereka pelajari dari Malaysia.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/anwar-terima-kunjungan-timbalan-pengerusi-majlis-mufti-rusia/


Oooo komunis pun ada mufti ea
 
Perdagangan Rusia-Malaysia Ada Peluang Luas Untuk Berkembang

05.09.2024 - Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin. Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baru dengan Asean apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.

“Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan Asean dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini. Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baru dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di Vladivostok, Rusia pada Rabu. Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.
1725501906773.png
 
Malaysia, Rusia Setuju Masyarakat Antarabangsa Tingkat Tekanan Akhiri Konflik Di Gaza

05.09.2024 - Malaysia dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.

“Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam catatan di X, hari ini.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok hari ini. Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok.
1725501986824.png
 
Malaysia Akan Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Pada 22 Hingga 24 Okt

05.09.2024 - Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Okt, 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerja merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia.

“Ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat akhir kita untuk menyertai kumpulan itu,” kata beliau menerusi catatan di media sosial pada Rabu mengenai lawatan dua hari ke Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan.

BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu. Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan pada sesi pleno EEF pada Khamis. Anwar berkata semasa perbincangan itu, beliau dan Putin menyatakan komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Rusia.

“Ketika Malaysia terus memperluas ruang geoekonomi dan mempelbagaikan hubungan strategik, Rusia akan menjadi rakan utama yang berkongsi visi kita untuk pertumbuhan, kemakmuran dan pembangunan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata daripada kewangan Islam sehingga pertanian dan pendidikan, potensi untuk Malaysia dan Rusia saling memanfaatkan kepakaran demi manfaat bersama rakyat adalah amat besar.

“Apabila kita membina komitmen dan visi bersama yang dibincangkan semasa lawatan ini, saya optimistik bahawa asas yang diletakkan hari ini akan membawa kepada kerjasama yang bermakna antara Rusia dan Malaysia pada masa akan datang,” kata beliau.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718138
 
PM Anwar Nafi Kerajaan Bincang Laksana Semula GST

05.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos.

“Tiada yang khusus (mengenai GST) telah dibincangkan. Sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin,” katanya pada sidang media hari terakhir lawatan beliau ke Rusia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai laporan oleh agensi berita asing Bloomberg baru-baru ini yang melaporkan Malaysia sedang menimbang untuk melaksanakan semula cukai tersebut bagi menggantikan pemotongan subsidi untuk petrol yang biasa digunakan ketika kerajaan berusaha untuk meningkat kewangannya. Anwar berada di sini sempena menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9. Lawatan kerja dua hari beliau ke bandar pelabuhan terbesar di rantau timur jauh Rusia ini berakhir hari ini.
1725519005466.png
 
Malaysia Sedia Sambung Semula Rundingan FTA Dengan EU - Tengku Zafrul

05.09.2024 - Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata perkara itu telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri baru-baru ini dan kerajaan akan memastikan rundingan tersebut akan mewujudkan situasi menang-menang kepada EU dan Malaysia.

“Baru-baru ini, kita telah membentangkan kepada Jemaah Menteri supaya kita memulakan semula rundingan itu. Sama ada boleh selesai atau tidak, kita tidak tahu lagi. Ada banyak permintaan supaya kita memulakan semula rundingan. Sekarang, terpulang kepada EU sama ada ia mahu memulakannya atau tidak,” katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga Awani bertajuk ‘BRICS: Menangkis Persepsi Salah’ terbitan Astro Awani hari ini.

Rundingan mengenai FTA dimulakan pada Oktober 2010 yang melibatkan lapan pusingan rundingan sehingga September 2012 namun ditangguhkan berikutan keraguan Malaysia dalam beberapa aspek seperti minyak sawit, dasar perolehan, subsidi dan klausa kemampanan EU. Tengku Zafrul berkata setakat ini, hanya dua negara di Asia Tenggara yang telah memuktamadkan FTA bersama EU iaitu Vietnam dan Singapura. Selain itu, katanya Malaysia akan memuktamadkan FTA dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini dan akan memulakan semula rundingan dengan Korea Selatan yang dijangka selesai pada tahun depan.

“Kita ada lagi satu rundingan dengan dua atau tiga negara Eropah yang tidak termasuk dalam EU dan akan memuktamadkan FTA dengan negara-negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata kerajaan ingin memastikan Malaysia berkolaborasi dengan semua negara secara konsisten, terbuka dan neutral. Katanya pada masa ini, Malaysia mempunyai 16 FTA merangkumi pelbagai hala dan dua hala antaranya Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Mengenai hasrat Malaysia menyertai BRICS, Tengku Zafrul berkata gabungan saiz ekonomi negara-negara BRICS adalah hampir 30 peratus daripada saiz ekonomi dunia dan ini menunjukkan ia merupakan satu blok ekonomi yang besar.

“Oleh itu, kita ingin menyertai blok itu supaya dapat menggunakan platform ini sebagai forum untuk berkolaborasi dengan negara-negara anggota dan sebagai satu suara kepada dunia mengenai cabaran yang dihadapi oleh Global South dari segi perubahan iklim, tenaga, geopolitik dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara yang berprinsipkan ekonomi terbuka dan neutral serta penting untuk negara terus berkolaborasi dengan semua pihak. Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS, blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Rusia, India serta China selain disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010. Pada Januari 2024, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan UAE turut menyertainya sebagai anggota baharu.​

1725519123296.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register