BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tiba Di Vladivostok Hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok pagi ini sempena lawatan kerja dua hari ke Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 yang berlangsung di Russky Island. Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di lapangan terbang Vladivostok kira-kira jam 8.33 pagi waktu tempatan dan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai. Datuk Seri Anwar diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz; dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

dSawkrjE-BULETIN-TV3-A-53.jpg


Perdana Menteri akan berucap pada Sidang Pleno EEF ke-9 pada Khamis, selain dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

evm6D4ol-BULETIN-TV3-A-54.jpg


Dalam lawatan ini, Perdana Menteri turut diiringi delegasi Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan. Menurut Wisma Putra, Malaysia dan Rusia komited untuk mengukuhkan kerjasama mengenai keselamatan makanan, melalui promosi perdagangan dan pelaburan, pembinaan kapasiti serta penyelidikan dan pembangunan.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/anwar-tiba-di-vladivostok-hadiri-forum-ekonomi-timur-ke-9/
 
Sponsored Post

Penyertaan Ke BRICS Antara Agenda Perbincangan PM Anwar & Presiden Putin Di Vladivostok

04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok esok, sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) 2024. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Datuk Seri Anwar dan Presiden Putin akan membincangkan kerjasama dalam konteks Perkongsian Dialog ASEAN-Rusia. Perdana Menteri turut akan menegaskan minat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Putin yang memegang Pengerusi BRICS bagi tahun 2024.

EMR1ndkk-BULETIN-TV3-A-32.jpg


Pertemuan itu juga akan meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti aeroangkasa dan teknologi canggih, selain dijangka bertukar pandangan mengenai konflik Rusia-Ukraine dan situasi di Timur Tengah. Pertemuan juga akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai dan membincangkan hubungan dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan.

wusLiFQv-BULETIN-TV3-A-33.jpg


Sementara itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan pada Sesi Plenari EEF ke-9 pada 5 September 2024. EEF ialah forum ekonomi tahunan yang diadakan di wilayah Timur Jauh Rusia, yang bermula pada tahun 2015 untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa di rantau ini. Sesi Plenari dengan tema “Menggabungkan Kekuatan untuk Mencipta Potensi Baharu”, akan dihadiri oleh kenamaan asing dan tempatan yang berprofil tinggi, pembuat dasar, ahli akademik, dan pemimpin industri.

Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Loon Lai Cheong berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Rusia menekankan hubungan kukuh antara Malaysia dan Rusia, serta memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama dua hala demi manfaat bersama, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Pada tahun 2023, Rusia adalah rakan dagangan ke-8 terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah. Jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6% kepada RM14.22 bilion (USD3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (USD2.79 bilion) yang dicatatkan pada tahun 2022. Lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Rusia ini antara lain akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...n-pm-anwar-dan-presiden-putin-di-vladivostok/
 
Anwar Terima Kunjungan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia

04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Rusia, menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Rushan Abbyasov. Dalam perjumpaan itu, kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perbankan Islam, latihan dan pembinaan kapasiti, pertukaran kepakaran, dan kerjasama dengan institusi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa, Muzium Kesenian Islam dan Bank Negara Malaysia(BNM).

wEro9N6O-TEMPLATE-CMS-1.jpg


Rushan turut berkongsi sokongan kuat Presiden Vladimir Putin terhadap umat Islam di Rusia dan rasa hormatnya terhadap agama Islam dan Al-Quran. Anwar dan Rushan turut menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin. Dalam pada itu Rushan menyampaikan rasa cinta dan kagum terhadap Malaysia, yang disifatkannya sebagai negara Islam yang sangat maju dan banyak yang perlu mereka pelajari dari Malaysia.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/anwar-terima-kunjungan-timbalan-pengerusi-majlis-mufti-rusia/
 
Anwar, Putin Adakan Pertemuan Dua Hala

04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir bagi mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Moscow. Pertemuan diadakan di luar Forum Ekonomi Timur ke-9 (EEF 2024) di Vladivostok, bandar pelabuhan terbesar Rusia di rantau Timur Jauh.​

1725448330611.png
 
Malaysia Akan Pertingkat Kerjasama Dengan Rusia Dalam Semua Bidang - PM Anwar

04.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju bahawa potensi sebenar hubungan Malaysia-Rusia belum dimanfaatkan sepenuhnya, komited untuk mempertingkatkan kerjasama dengan negara itu dalam semua bidang.

“Saya pastinya berharap untuk mempunyai hubungan yang lebih baik, kerjasama peribadi dan kerajaan, semua bidang (dengan Rusia),” kata Anwar semasa pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini, hari ini.

Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok. Anwar yang juga Menteri Kewangan telah memberi jaminan kepada Putin bahawa, sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, beliau akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama kumpulan serantau itu dengan Rusia dalam semua bidang.

“Seperti yang anda tahu, ASEAN sentiasa menjalin hubungan dengan Rusia dan kami mempunyai perdagangan terbuka yang memfokuskan kepada semikonduktor atau dalam beberapa bidang berkaitan. Tentu sekali, kami di ASEAN menantikan penyertaan anda (pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025),” katanya.

Anwar akui potensi besar Rusia dan sebagai negara terbesar dunia, ia telah menunjukkan keazaman untuk menghadapi pelbagai kesukaran dan mengatasinya.

“Jika anda boleh berkongsi perkara ini dalam kerjasama (kita)...kami pasti akan mendapat manfaat daripada pengalaman ini,” katanya.

Pada pertemuan itu, Anwar mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Putin secara peribadi, kerana bertemu dengannya walaupun mempunyai jadual yang padat.

“Kami, tentunya berharap untuk mempunyai program susulan yang efektif supaya perbincangan (hari ini) tidak berakhir di sini. Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda dan pasukan anda,” katanya.

Pada pertemuan itu, Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup dan pegawai kanan. Ini lawatan pertama Anwar ke Rusia, dan pertemuan pertamanya dengan presiden negara itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Berita asal https://asean.bernama.com/news-bm.php?id=2336920
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register