cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 128,901
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 128,901
- Reaction score
- 22,116
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Anwar tiba di Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun
Februari 7, 2023 @ 7:53pmKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn pada jam 7.42 malam ini.
Kehadiran Perdana Menteri di situ adalah selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.
Beliau dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kira-kira jam 8.30 malam ini.
Mesyuarat malam ini juga dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir adalah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu, yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato' Onn.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yang melibatkan wakil-wakil parti kerajaan di ibu pejabat UMNO di PWTC. - Foto Saifullizan Tamadi
Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengetuai sekretariat berkenaan.
Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang kini terdiri daripada 148 Ahli Parlimen sekali gus menguasai dua pertiga majoriti.
Anwar dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, Menara Dato' Onn adalah tempat asing baginya untuk dikunjungi.
Sementara itu, beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan lain dilihat tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, seawal jam 7 malam tadi.
Kelihatan adalah Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yang melibatkan wakil-wakil parti kerajaan