BTC USD 66,855.5 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar tiba di Filipina untuk lawatan rasmi dua hari

Sponsored Post

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Filipina kerana menjadi sarjana Jose Rizal dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam pelbagai bidang.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2169207

334769916_1254386915470202_6752463509414157175_n.jpg
 

Anwar terima anugerah ijazah kehormat Universiti Filipina​

BERNAMA
ANWAR pada upacara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Kebangsaan Jose Rizal sempena lawatan rasmi beliau ke Filipina di Rizal Park hari ini. FOTO Bernama
ANWAR pada upacara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Kebangsaan Jose Rizal sempena lawatan rasmi beliau ke Filipina di Rizal Park hari ini. FOTO Bernama

Manila: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan di sini hari ini.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Ijazah kehormat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina J. Prospero E. De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A Jimenez.

"Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal.








"Minat Anwar terhadap Rizaliana semakin mendalam setelah kerap mengunjungi UP semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains UP Diliman Cesar Adib Majul," menurut Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP Jose Wendell Capili.

Beliau berkata Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia.





Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari, yang juga lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.

Sebaik tiba, beliau diberi sambutan rasmi oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang.

Capili turut berkata usaha Anwar telah menyelamat ekonomi Malaysia ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan menerima pujian termasuk Asian of the Year daripada Newsweek International.

Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi hari kedua ke republik berkenaan dengan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Rizal Park, di sini.

Beliau disambut oleh Datuk Bandar Manila Honey Lacuna-Pangan dan Ketua Staf Tentera Laut Filipina Laksamana Jose M-A Ambrosio Q Ezpeleta.
Disiarkan pada: Mac 2, 2023 @ 11:46am
 
Manila: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan di sini hari ini.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
 
Manila: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan di sini hari ini.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Mahathir pun selalu dapat kan Ijazah Kehormat ni.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register