BTC USD 22,724.1 Gold USD 1,867.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1

Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari​

Bernama
Januari 24, 2023 16:00 MYT
Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

Penerbangan khas membawa perdana menteri dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3.13 petang. - Foto BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei.
Lawatan rasmi ke luar negeri kedua Anwar sejak memegang jawatan perdana menteri itu diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penerbangan khas membawa perdana menteri dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3.13 petang.

Ketibaan Anwar dan Dr Wan Azizah disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.
Anwar diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang itu. Lagu kebangsaan Malaysia, 'Negaraku' dimainkan diikuti lagu kebangsaan Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'.

Perdana Menteri kemudiannya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir di lapangan terbang ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Esok, perdana menteri dijadualkan untuk menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan kedua-dua pemimpin kemudiannya akan mengadakan pertemuan empat mata.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Selain itu perdana menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Brunei, malam ini.
-- BERNAMA
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei untuk melakukan kunjungan hormat selama dua hari.
Ini adalah lawatan rasmi beliau yang kedua ke luar negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Penerbangan khas membawa Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3.13 petang.
#AWANInews

326571183_513334574120344_8670959849045200136_n.jpg
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1
Pembangunan industri halal terutama yang melibatkan makanan adalah antara kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama oleh Malaysia dan Brunei dalam era pascapandemik.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata berdasarkan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia mencecah kira-kira dua bilion, pelaburan bersama antara Malaysia dan Brunei dalam membangunkan industri halal boleh dilaksanakan dengan baik terutama penyediaan makanan halal.
Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2158635

326255217_3505632039719268_6049054129229564132_n.jpg
 
silasroon

Super Active Member
gem
Messages
6,146
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,146
Reaction score
2,568
Points
211
Awards
1
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah sejurus tiba di Brunei untuk melakukan lawatan rasmi dua hari bermula hari ini.
1f4f7.png
Bernama

324115117_904284494095511_677570727109522984_n.jpg

324244215_733087565154449_6434230243084058183_n.jpg

324580368_896273978456807_418596392024948977_n.jpg

325946041_1178577306108110_4323462358808726378_n.jpg

326175573_751827229276311_6915161458975248724_n.jpg
Bang non pakai tie weiiii....kikikikikiki
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,484
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,484
Reaction score
21,344
Points
2,866
Awards
1

Anwar menghadap Sultan Brunei​

Januari 25, 2023 @ 1:10pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Nurul Iman di sini pada jam 11.05 pagi.

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Anwar kemudian mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan Sultan Brunei menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).
Malaysia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, manakala Pemangku Pengarah Urusan BIA, Sofian Mohammad Jani, menandatangani MoU bagi pihak Brunei.

MoU berkenaan akan membolehkan kedua-dua pihak mengadakan rundingan ke arah pelaksanaan dan penyediaan perjanjian lanjut mengenai pelaburan dua hala.

MoU itu merangkumi kerjasama dan pelaburan dua hala dalam sektor minyak dan gas hiliran, ekonomi digital, pembuatan pintar, pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI), pelancongan dan industri makanan halal.

Anwar dan delegasi kemudian diraikan pada Majlis Persantapan yang dihoskan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.
Anwar tiba di Brunei semalam dan ini adalah lawatan rasmi keduanya ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.
 
lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,091
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
30,091
Reaction score
6,403
Points
481

Realitinya Sabah/Sarawak memang asalnya tanah Brunei, pandai pmx bwk pi depa tu sama....nk bg fhm betoi2 hehehe
 
Sponsored Post

Top
Log in Register