Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

CG Sponsors

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
125
Points
123
Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isu lain

Mengulas beberapa isu dalam kerajaan Pakatan, Anwar mengkritik media yang dikuasai Umno yang menurutnya membuat laporan "tidak berdasarkan akhlak, moral dan etika".

Beliau merujuk kepada laporan tentang kontroversi pelantikan Low Siew Mo sebagai pemangku pengurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan keputusan Kedah meningkatkan kuota perumahan untuk bumiputera.

Ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media kemudiannya Anwar bagaimana menjelaskan bahawa tidak semua media yang berbuat demikian, bahkan terdapat juga yang melaporkannya dengan betul.

Mengulas sama ada Selangor boleh mengembalikan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, beliau berkata:

"Ini polisi persekutuan, saya tidak rasa kita ada pilihan. Kita kena ikut kurikulum kebangsaan."

Beliau juga enggan mengulas cadangan pembubaran Majlis Peguam oleh Persatuan Peguam Muslim kerana didakwa bertindak seperti pembangkang dan sering mempersoalkan hak pribumi.

Semalam, Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan kecewa dengan peranan badan itu sejak kebelakangan ini yang didakwanya, seolah-olah mencabar hak Melayu dan Islam.
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
alhamdulillah..dengan ini Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kepercayaan rakyat. walaupun banyak mendapat banyak dugaan dan tohmahan fitnah daripada kerajaan UMNO/BN yang menggunakan jentera kerajaan seperti TV/Radio/Akhbar/Polis/ISA untuk melumpuhkan Pakatan.

semoga Pakatan juga konsisten dalam menjaga kebajikan dan menunaikan janji manfesto...
 
only1

Super Active Member
Joined
Feb 9, 2008
Messages
9,140
Reaction score
69
Points
70
Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isu lain

Mengulas beberapa isu dalam kerajaan Pakatan, Anwar mengkritik media yang dikuasai Umno yang menurutnya membuat laporan "tidak berdasarkan akhlak, moral dan etika".

Beliau merujuk kepada laporan tentang kontroversi pelantikan Low Siew Mo sebagai pemangku pengurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan keputusan Kedah meningkatkan kuota perumahan untuk bumiputera.

Ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media kemudiannya Anwar bagaimana menjelaskan bahawa tidak semua media yang berbuat demikian, bahkan terdapat juga yang melaporkannya dengan betul.

Mengulas sama ada Selangor boleh mengembalikan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, beliau berkata:

"Ini polisi persekutuan, saya tidak rasa kita ada pilihan. Kita kena ikut kurikulum kebangsaan."

Beliau juga enggan mengulas cadangan pembubaran Majlis Peguam oleh Persatuan Peguam Muslim kerana didakwa bertindak seperti pembangkang dan sering mempersoalkan hak pribumi.

Semalam, Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan kecewa dengan peranan badan itu sejak kebelakangan ini yang didakwanya, seolah-olah mencabar hak Melayu dan Islam.
bagus gak berita nie!!! ada siapa boleh quote x ucapan dari pemimpin besar DAP?? kot2 dia setuju islam dilaksanakan secara totaly.. or islam sekadar atas kertas perlembagaan sahaja?? klu setakat atas kertas sama ajer la mcn BeeEnddd...

lebih baik pertahankan islam pada diri..
 
ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75

lebih baik memperbetulkan islam didalam diri sendiri dulu...klu kerajaan memerintah sahaja yang mengamalkan perundangan islam tapi rakyat buat dunno jerk serupa takyah...
 
nippon_hokage

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2008
Messages
856
Reaction score
3
Points
15
boss nua alert tu....alhamdulilah

almaklum skg sultan pn dah selalu kua paper n tv

p/s: RAJA2 pn dah selalu direct warning.....
 
ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
kita tengok dan lihat apa akan terjadi nanti
 
Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
hurm....

sama macam UMNO gak la...:-?
 
jastho

Fun Poster
Joined
Nov 30, 2007
Messages
756
Reaction score
18
Points
15
So apa yg korang duk laung2 kan nak tubuhkan negara ISLAM tu.cite skit wahai taksub2 sekalian aku tak nampak apa pun pendekatan yg nak laksanakan HUKUM ISLAM seperti yg dikatakan oleh PAS. Takde beza apa2 pun sama jek mcm sekarang
 
azam575

CG Hardcore Club
Joined
Jul 19, 2007
Messages
98,961
Reaction score
830
Points
576
salam,

erm... bagus lah kalau apo yang dikatakan itu benar... jgn nanti bila dah menang dah dpt MALAYSIA nie... itu hanya jadi janji kosong... sama macam janji si SHAHRIR Tokey MINYAK BE END tuh huhuhuhuhuhu... cakap tak serupa bikin... mcm2 alasan dia bagi...... Nak tolong rakyat ke nak tolong PENIAGA huhuhuhuhuhuhu

Sekadar Pandangan seorang rakyat biasa huhuhuhu
 
iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
taktik aje ni... bila dpt je 2/3 majoriti mereka bulih ubah undang2 sesuka hati mereka je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register