Anwar: MP Kulim-Bandar Bharu melampaui batas

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,701
Reaction score
1,538
Points
101
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR Zulkifli Noordin telah melampaui batasnya.


Bercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.

Anwar mengulas laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli ke atas ahli parlimen Shah Alam, minggu lalu yang mendakwa Khalid Samad, menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.

Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.

Laporan polis berkenaan adalah berdasarkan pandangan Khalid yang disiarkan di Malaysiakini, yang mahukan enakmen agama bukan Islam 1988 dikaji semula.
 
Sponsored Post

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
94
Points
120
setel baik2...

YB Zul...

setel secara baik dgn YB Khalid dan pucuk pimpinan...
 

art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
kalau asik politik je. bila nak buat keje?
sana saman sini, sini saman sana, atas saman bawah, tepi saman tengah, masing2 saman masing2.. wakakakaka.. pening oooOOoo
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
biasa la..ini SOP PR...depa mau kasi hangat sampai PRU depan...
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
Ini menunjukan kredbiliti Anwar boleh dipertikaikan kerana ahlinya sendiri tidak lagi menghormati arahan beliau.YB Zul ni cukup disanjung dahulu.Bila dia menongkah arus dia 'kena'.Politik-politik macam -macam hal la.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register