Anwar mohon Hakim Zabidin tarik diri - Bela laporan fitnah Utusan Malaysia

CG Sponsors




fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Ketua Pembangkang, DSAI terpaksa menfailkan permohonan mengusulkan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada perbicaraan selepas beliau mempertahankan laporan fitnah Utusan Malaysia untuk dua hari berturut-turut.

Akhbar kawalan Umno itu dengan mudah terlepas daripada tindakkan menghina mahkamah selepas sewenang-wenangnya memberi gambaran salah mengenai perbicaraan kes.

Tajuk muka depan akhbar iaitu 'Tidak Mahu Diliwat Lagi' memberi gambaran salah berikutan DSAI , mangsa konspirasi ke2, hanya dikenakan satu pertuduhan.

Peguam utama pasukan Anwar, Karpal Singh berkata, mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Malah, Rekod mahkamah menunjukkan Saiful tidak pernah memberi keterangan sebegitu. Beliau juga mencadang mahkamah supaya memberi amaran kepada Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana memapar gambar katil, dengan keterangan direka cipta sebagai kononnya tempat berlakunya pertuduhan itu. Mohamad Zabidin cuma menganggap laporan itu sebagai nakal namun enggan mengambil sebarang tindakkan terhadap akhbar itu. Alasannya, laporan itu tidak ditulis di hadapan beliau.
 
Sponsored Post

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Anwar di perkarangan mahkamah juga mahu tindakkan ke atas Utusan Malaysia dibuat kerana menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu dan menyifatkan akhbar itu sebagai biadap dan jijik.

"Dalam kes ini, kalau sudah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebutdi muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor, biadap dan jijik begini. Bukti yang jelas seperti penipuan mereka berbelas tahun seperti sebelum ini" katanya.

"Ternyata mahkamah tidak sedia membetulkan, bahkan membiarkan media umno dan Barisan Nasional(BN) menyalurkan fitnah supaya mengelirukan rakyat. Ini Katilnya, padahal tidak ada langsung dalam keterangan, malahan dalam kamera itu, berbeda benar apa yang disebut" kata beliau.

Menurut Anwar, alasan hakim membenarkan Utusan menggunakan gambar dan kapsyen ini jelas disanggah sendiri oleh Ketua pendakwaraya sendiri Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
"Kita beri keterangan yang memperkuatkan alasan, untuk mengemukakan tuntutan ini. Apabila pendakwa mengatakan ia tidak betul, saya katakan apa ini? Mahkamah, macam mana ? Macam ini? Pendakwa macam mana ini?" kata Anwar.

"Datuk Yusof mengatakan , ya kita silap dan kita akan bawa Karpal ke kamar hakim, tetapi terlepas dah..."

Ekoran dua keputusan kontoversi itu, Anwar berkata, beliau terpaksa menfailkan permohonan meminta Mohamad Zabidin menarik diri daripada perbicaraan.

Ini kerana Mohamad Zabidin membuat keputusan yang mencerminkan kemungkinan beliau tidak akan mengadili kes ini bersandarkan tahap keadilan yang diperlukan.

Anwar berkata, Mohamad Zabidin telah menunjukkan beliau tidak berkecuali dan bebas sebagaimana sepatutnya.

"Saya hendak tekankan kita sudah bersedia... tetapi kita hendak tentukan hakim dengar (dan) jangan batalkan dan tutup peluang perbicaraan oleh peguam sebelum dia buat keputusan." tambahnya.

-Sumber Suara Keadilan
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Semangat peruntukan Seksyen 51A diketepi mahkamah



Kegagalan pasukan peguam bela DSAI memperoleh dokumen relevan, nyata bertentangan dengan semangat Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Tanpa dokumen itu, pasukan pembelaan Anwar sukar menyediakan pembelaan yang rapi dalam menghadapi pertuduhan yang mencurigakan.

Seksyen itu dipinda dan mula dikuat kuasa sejak 6 Mac 2006 bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak termasuk tertuduh.

Parlimen memasukkan Seksyen 51A dalam kanun itu dengan meletakkan tanggungjawap terhadap pendakwa untuk membekal kepada pembela sebelum perbicaraan bermula, semua dokumen yang hendak diguna oleh pendakwa dalam perbicaraan.

Tujuan parlimen dalam memasukkan seksyen itu dapat dilihat melalui perbahasan Ahli Parlimen ketika meluluskan rang undang-undang itu.
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Walaupun perbahasan semasa meluluskan rang undang-undang pindaan itu bukan sebahagian daripada seksyen berkenaan, tetapi ia boleh dijadikan sebagai tingkap untuk melihat sebab dan falsafah disebalik kepentingan seksyen itu.

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, memberitahu Dewan Rakyat. "Fasal 8 ialah fasal yang memasukkan seksyen baru 51A. Beberapa pihak mengemukakan pandangan mereka untuk mewajibkan pihak pendakwa membekalkan kepada pihak pembelaan mana-mana dokumen atau laporan yang menjadi sebahagian daripada kes pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan."

"Pemberian apa-apa dokumen atau laporan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwa dalam kesnya kepada pihak pembelaan akan memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk menyediakan kes mereka dengan lebih sempurna. Ini akan membawa keadilan. bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi kepada semua pihak. Selain itu, ia menjimatkan masa mahkamah apabila pihak pembela tidak memohon untuk penangguhan jika dokumen itu lebih awal diberi. Jawatankuasa berpendapat, fakta yang menguntungkan kepada pembelaan yang diperoleh semasa siasatan hendaklah diberi demi keadilan sesuatu kes."
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Sebelum seksyen itu diluluskan dan digunapakai, timbalan pendakwaraya kerap membantah permohonan mana-mana tertuduh untuk mendapat dokumen, terutama kenyataan saksi pihak pendakwa.

Ini menimbulkan persepsi bahawa kerja sebenar peguambela dalam mana-mana kes jenayah hanya bermula pada hari perbicaraan ketika saksi pendakwa mula memberi keterangan.

Situasi itu menimbulkan keadaan tidak adil kepada seseorang tertuduh.

Dalam kes Anwar, hak beliau untuk mendapatkan bahan bukti dan dokumen relevan dinafikan, meskipun peruntukkan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah jelas berpihak padanya.

-sumber Suara Keadilan -
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
sebab itu seperti ada satu konspirasi di pihak mahkamah apabila peguambela DSAI tidak dapat bukti kes dari pihak peguam Saiful utk persediaan. Undang2 ni diluluskan utk memberi keadilan kepada tertuduh utk bersedia sebelum prosiding dimulakan.
 

duan47

Active+ Member
Joined
Dec 15, 2008
Messages
2,765
Reaction score
98
Points
30
Ketua Pembangkang, DSAI terpaksa menfailkan permohonan mengusulkan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada perbicaraan selepas beliau mempertahankan laporan fitnah Utusan Malaysia untuk dua hari berturut-turut.

Akhbar kawalan Umno itu dengan mudah terlepas daripada tindakkan menghina mahkamah selepas sewenang-wenangnya memberi gambaran salah mengenai perbicaraan kes.

Tajuk muka depan akhbar iaitu 'Tidak Mahu Diliwat Lagi' memberi gambaran salah berikutan DSAI , mangsa konspirasi ke2, hanya dikenakan satu pertuduhan.

Peguam utama pasukan Anwar, Karpal Singh berkata, mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Malah, Rekod mahkamah menunjukkan Saiful tidak pernah memberi keterangan sebegitu. Beliau juga mencadang mahkamah supaya memberi amaran kepada Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana memapar gambar katil, dengan keterangan direka cipta sebagai kononnya tempat berlakunya pertuduhan itu. Mohamad Zabidin cuma menganggap laporan itu sebagai nakal namun enggan mengambil sebarang tindakkan terhadap akhbar itu. Alasannya, laporan itu tidak ditulis di hadapan beliau.
2 akhbar tu je ke? :-?
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Konspirasi & niat jahat

Abdul Gani Patail sekarang ini Peguam Negara dan Musa Hassan ialah Ketua Polis Negara. Kedua-dua mereka dikaitkan dengan jenayah serius memalsukan bukti dalam siasatan insiden mata lebam DSAI oleh pegawai penyiasat Mat Zain.

Penyiasatan kes yang dihadapi oleh Anwar dewasa ini adalah di bawah kawalan pihak polis, di bawah arahan Musa Hassan.

Niat jahat dalam siasatan polis terserlah apabila anggota-anggota polis yang bersenjata lengkap dengan pakaian 'balaclavas' menahan Anwar kira-kira jam 1 tengah hari, berhampiran rumahnya pada 16 Julai 2008 selepas dua minggu setengah laporan Saiful Bukhari Azlan diterima.
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Penahanan ini jelas tidak perlu di buat kerana para peguam Anwar akan mengiringinya ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang pada hari berkenaan bagi menghadiri temu janji yang diatur dan dipersetujui dengan para penyiasat polis untuk merakamkan kenyataannya.

Namun beliau ditahan seolah-olah beliau mahu melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di penjara. Sekali lagi, ia mempunyai niat yang tidak baik dan tidak ada keperluan untuk berbuat begitu.

Beliau tidur di atas lantai simen, memburukkan lagi sakit pinggang yang lama ditanggung. Alasan yang diberikan oleh pihak polis atas tahanan semalaman ialah, bagi menghabiskan rakaman keterangan beliau.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register