BTC USD 38,709.7 Gold USD 1,822.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Anwar juga kuda trojan'

ustazb

Fun Poster
Joined
Jun 26, 2010
Messages
695
Reaction score
1
Points
15
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

(Petikan dari Utusan Malaysia):-?:-?:-?
 
Sponsored Post

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
hehe..

apa citer ni?..
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
keinginan berkuasa mengatasi segala2nya.....sama jer sumer yg dalam politik tu kecuali jika benar2 telus ingin menegakkan hukum islam...
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Utusan memang terbaik....

hihi...
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
pkr dah mcm lalang... halatuju dah lariiii. teringatttt aku parti negara olehhh dato' onnn terus terkubur sbb parti pelbagai bangsa bukan model terrrbaikk di malaysia.
 

ronaldinhood

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
pasal rasuah dan lain pendedahan RPK pasal UMNO, utusan tak nak petik lak ya. Terbaik dari Ladang Utusan ni...
 

krkic

Active Member
Joined
Oct 31, 2009
Messages
1,986
Reaction score
9
Points
25
anwar masuk umno balik pun xpe.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register