BTC USD 37,701.3 Gold USD 1,775.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM !!! Anda setuju??

Anda setuju LIM KIT SIANG jadi TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA??


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

RajaDiamond

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 30, 2008
Messages
5,688
Reaction score
8
Points
65
Lim_Kit_Siang.jpg

BAKAL TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA





Anwar Janji Lantik Kit Siang sebagai TPM


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.
Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya seperti dipetik daripada wawancara itu.

Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan.

Sehubungan itu, katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan.

Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.

"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti.

"Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah.

"Ramai orang berkata, PKR ialah Anwar atau pakatan pembangkang adalah Anwar. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya.

Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan Pas, Anwar mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.

Bagaimanapun, katanya, jurang antara Pas dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam.

"Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.

Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya.

"Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
 
Last edited:
Sponsored Post

RajaDiamond

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 30, 2008
Messages
5,688
Reaction score
8
Points
65
KONSPIRASI SYAITAN II


Salam 2 all.

Saya lampirkan kenyataan YB Dato' Seri Zahrain dan kupasan beliau mengenai "Konspirasi Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP Pulau Pinang, dan perjanjian memberi jawatan Menteri Besar kepada DAP di Negeri Sembilan dan Perak. Begitu juga jawatan TPM akan diberi kepada kepimpinan DAP.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah strategi yang disepakati adalah untuk kepimpinan DAP meletakkan calun-calun Melayu yang bersedia menjadi badut dan balaci DAP didalam pilihanraya akan datang dikerusi DUN dan Parlimen. Inilah pengajaran yang kepimpinan DAP dapat semasa mereka terlepas peluang menjadi MB Perak bila didapati walaupun mereka menang lebih kerusi daripada PKR dan PAS, tetapi terpaksa menerima hakikat calun mereka tidak boleh menjadi MB Perak kerana undang-undang tubuh hampir kesemua negeri mewajibkan Menteri Besar mesti Melayu.

Jadi kali ini mereka akan pastikan seorang dua calun Melayu akan diletakkan dikerusi yang selamat untuk bertanding dibawah bendera DAP. Dan calun-calun inilah yang akan menjadi MB mewakili DAP. Di Pulau Pinang, calun Melayu mewakili DAP akan diletakkan bertanding dikerusi selamat DAP untuk menjadi exco menjaga hal ehwal Islam. Kita sedia maklum Majlis Hal Ehwal Islam mempunyai harta simpanan dan tanah waqaf yang besar dan bernilai ratusan jutaan ringgit. Malahan kepimpinan DAP telah belajar daripada penolakan calun mereka untuk menjadi Pengerusi MAIPP oleh YDP Agong. Dengan exco Melayu daripada DAP, maka mudahlah mereka untuk mengatur strategi dan langkah mereka keatas kebajikan dan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang.

Begitu juga jawatan TPM dari DAP. Ini telah diisytiharkan sendiri oleh Anwar Ibrahim yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada DAP. Tetapi mereka tahu umat Islam bangsa Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai TPM. Beliau antara cauvinis dan rasis paling teruk yang pernah sejarah negara saksikan. Maka seorang dua calun Melayu akan diletakkan bertanding dibeberapa kerusi selamat Parlimen dibawah bendera DAP. Jika mereka menang pilihanraya umum, maka langkah sementara ialah melantik calun Melayu ini sebagai TPM untuk memenuhi kuota DAP, dan keadaan ini dibuat sehinggalah keadaan tenang dan stabil, atau setelah mereka sudah benar-benar mencengkam kerajaan persekutuan, maka barulah tembelang mereka mahu meletakkan Kit Siang sebagai TPM akan dilaksanakan. Masa itu nasi sudah pun menjadi bubur bagi umat Islam bangsa Melayu!

Dan DAP akan memainkan kempen kononnya kerana menghormati bangsa Melayu maka mereka akan meletakkan calun-calun Melayu bertanding dibawah bendera DAP. Ini kononnya akan membuktikan DAP bukan parti cauvinis atau rasis. Maka sudah pasti akan ada segelintir orang Melayu, terutama badut-badut Anwarinas didalam PAS akan berkompang sakan memuji-muji langkah DAP meletakkan calun Melayu, dan mereka akan mendabik dada bahawa inilah bbukti DAP sudah dikuasai oleh kalipah 'Umar Guan Eng!! Yang mereka tidak tahu ialah kepimpinan DAP dan PKR sedang bermain sandiwara dan silap mata. Kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka, dan masa itulah barulah golongan badut ini akan ternganga!! Na'uzubillah min zalik.

Apa yang saya dan rakan-rakan lain cuba dedahkan disini ialah dalam semua percaturan politik sempit dan kotor diantara kepimpinan PKR dan DAP ini, PAS langsung diketepikan. Kepimpinan PAS sebenarnya banyak tidak mengetahui yang sebenarnya mereka sedang diperkudakan. Dan bertambah malang kerana terdapat beberapa segelintir dikalangan kepimpinan PAS yang qiblat dan wala' mereka bukan kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, tetapi kepada orang lain! Mereka inilah sebenarnya makhluk perosak yang akan menghancurkan PAS hanya kerana nafsu serakah mereka mengimpikan kerusi empuk Putrajaya yang dijanjikan kepada mereka!

Dan pendedahan YB DS Zahrain mengenai pandangan Anwar terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang adalah bukti tentang bagaiaman PAS hanya sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja bagi Anwar dan juak-juaknya untuk mencapai cita-ctanya merampas Putrajaya. Mengapa Anwar terlalu beriya-iya nak jadi PM saya pun tidak tahu. Adakah kerana untuk menutup masalah peribadinya saperti yang didedahkan oleh orang lain saya pun tidak pasti. Apapun, akhirnya nanti yang akan ternanga ialah PAS sendiri, sebagaimana terkedunya PAS bila mereka langsung tidak diberi sebarang kedudukan didalam barisan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun PAS hanya ada seorang sahaja wakil rakyat iaiatu YB Ustadz Salleh Man (Permatang Pasir).

Sebenarnya apa yang telah terjadi Pulau Pinang, itu jugalah yang bakal terjadi di Persekutuan kelak. Nasihat saya kepada sahabat dan rakan didalam PAS, janganlah jadikan PAS parti yang melukut ditepi gantang. PAS sebuah parti yang besar, dengan keahlian yang ramai, jentera yang mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berjaya sendiri insyallah dengan bantuan ALLAH, selagi PAS memenuhi syarat untuk mendapat nasrullah, pertolongan ALLAH.

Saya sangat bersimpati dengan ahli bawahan dan akar umbi PAS yang sedang diperdayakan oleh badut-badut ingusan Anwarinas ini. Ahli akar umbi PAS ini sebenarnya ikhlas dan komited dalam perjuangan mereka. Ramai yang saya temui diperingkat akar umbi semasa ceramah dan kuliah disurau masjid tiap hari yang melahirkan kekhuatiran mereka dengan hala tuju dan perjuangan PAS sekarang. Bagi saya mereka sepatutnya bersuara dan tidak menerima dengan membisu seribu bahasa. Jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur barulah kita nak bersuara. Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

24 Zul Qaedah 1431




ARTIKEL BERKAITAN:

LIM KIT SIANG MENENTANG HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive


LIM KIT SIANG MENENTANG NEGARA ISLAM.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/karpal-nafi-beliau-sendirian-tolak-hukum-hudud-dan-penubuhan-negara-islam/


DAP ANTI ISLAM.
http://www.dapmalaysia.net/


PERJANJIAN SYAITAN II
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/11/konspirasi-syaitan-ii.html


PERJANJIAN SYAITAN 1
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/11/konspirasi-syaitan.html


Korang nk ke LIM KIT SIANG jadi TPM MALAYSIA??
SILA BUAT UNDIAN K.
.
 
Last edited:

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
kalo criteria cukup, apa salah nya?
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Laa.. utusan nyer berita.. Paham2 ler..:p
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
lama betul thread ni baru ada komen .. tak dapat sambutan rupanya hahaha
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Setuju... Barulah liberal.....
 

sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
..

Yang di mksudkn anwar tu adalah TPM2. TPM1 adalah dari PAS.Itu proposal anwar tapi ia bergantung persetujuan YDP Agong juga.Kalau agong tk setuju dengan pewujudan jawatan TPM2, so tak leh buat lah.So TPM hnya pada PAS lah.So not a big issue.Ada dua tampuk melayu still di atas iaitu PM dan TPM1.
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
biar la sapa nak jadi TPM malas nak ambik port...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
kalau melayu pun tapi penyamun tak guna jugak :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register