BTC USD 76,585.4 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar hantar jemputan pada PAS untuk sertai Kerajaan Madani.

Wee Ka Siong


·

Berikut adalah jawapan saya kepada pertanyaan media berkenaan laporan media ini, https://time.com/6321317/malaysia-anwar-ibrahim-interview/:
1. Sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai Kerajaan, dan beliau mempunyai hak untuk membentuk Kabinet serta menukar mana-mana Menteri Kabinet. Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusannya.

2. Jemputan Perdana Menteri kepada PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya membuktikan satu perkara, iaitu "dalam politik, tidak ada musuh yang kekal", dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin.

3. PKR dan DAP telah bekerjasama dengan PAS pada tahun 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang BN. Selain itu, PKR, DAP, dan PAS pernah bersama-sama menjadi kerajaan negeri Selangor. Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan.

4. Cadangan saya adalah untuk media mengarahkan pertanyaan mereka kepada PM, PAS, dan DAP. Mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat.
————
Below is my reply to the media enquiries regarding this media report, https://time.com/6321317/malaysia-anwar-ibrahim-interview/:
1. As the Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim has the right to invite any political party to join the Government, and he has the right to form the Cabinet and change any of his Cabinet Ministers. No one has the right to question his decision.

2. The Prime Minister’s invitation to PAS to join the Unity Government only proved one thing - “in politics, there are no permanent enemies”, and politics is the art of making the impossible possible.

3. Both PKR and DAP had collaborated with PAS in 2008 and 2013 in Pakatan Rakyat coalition and in opposition against BN. On top of that, PKR, DAP and PAS were the ruling government of Selangor. I would not be surprised if the three parties were to form another pact in the future.

4. My suggestion is for the media to direct their questions to the PM, PAS and DAP. Being the parties involved, they will be able to give a more satisfying answer.


1697181629447.png

1697181663568.png
 
Sponsored Post

1697181535595.png


MCA: Hak PM jemput PAS sertai kerajaan

Diterbitkan: Oct 13, 2023 12:51 PM

Dikemaskini: 12:51 PM



https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/682619
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/682619
Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjemput PAS menyertai kerajaan, kata Presiden MCA Wee Ka Siong.

Dalam satu kenyataan, pemimpin BN itu menegaskan adalah menjadi hak Anwar sebagai perdana menteri untuk membawa mana-mana parti politik menyertai kerajaan, dan melantik anggota jemaah menterinya.

“Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai kerajaan, dan beliau mempunyai hak untuk membentuk kabinet serta menukar mana-mana menteri kabinet.
“Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusannya.




“Jemputan perdana menteri kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan hanya membuktikan satu perkara, iaitu ‘dalam politik, tidak ada musuh yang kekal’, dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Wee menyiarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan media mengenai artikel berita oleh majalah The Time, yang memetik Anwar sebagai berkata dia ada menghantar jemputan kepada PAS untuk menyertai kerajaan.

ce4f934a72678e2163c7388b05015a76.jpeg

Tambah Wee, dirinya tidak akan terkejut jika PAS akan bekerjasama dengan PKR dan DAP sekali lagi memandangkan mereka pernah bekerjasama sebelum ini.

“PKR dan DAP telah bekerjasama dengan PAS pada tahun 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang BN.

“Selain itu, PKR, DAP, dan PAS pernah bersama-sama menjadi kerajaan negeri Selangor. Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan.

“Cadangan saya adalah untuk media mengarahkan pertanyaan mereka kepada PM, PAS, dan DAP. Mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat,” katanya lagi.

Rasanya DSAI dah boleh lupa kan hasrat nk ajak PAS, rasanya PAS dah istikomoh dgn kumpulan LGBT (yakni Lobai, Gelakan, Bersatu, Tun M)
 
PAS join Madani, DAP keluar. PN+BN+PH tanpa DAP.
PKR, Amanah & UMNO bergantung hidup kepada pengundi bukan melayu DAP. Tanpa pengundi bukan melayu DAP mereka semua takde apa2 pun. Takkanlah semua sanggup tinggalkan pengundi bukan melayu semata2 nak bergabung dgn PAS. Dan PAS pun takkan berkongsi kerusi bole menang dgn PKR, Amanah & UMNO. Lebih elok kalau PKR, Amanah & UMNO mampus terus supaya ada pertarungan sebenar PAS vs DAP :ROFLMAO:
 
si anwar ni mengajak pun x ikhlas.. nak tunjukkan yg dia bukan memusuhi golongan ulama dan islam dan dan menurunkan suhu kebencian mejoriti melayu pd diri dia. . padahal dah di tekannya mcm2 kat pas.. dia tuduh mcm2…
tp last2 macai kata tghh n parti isley yg salah.
Aku punya pandangan pun mcm tu..lebih pada mainan politik je..cubaan nak tarik pengundi melayu..tapi selagi dia buat pedajal pada negeri² PN yg majoriti besar nya pengundi melayu..usap harap org melayu akan sokong dia..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register