BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Gesa Pemilihan PKR Segera Dilakukan, Junjung Prinsip Demokrasi

Md Hanif

Active+ Member
Messages
2,602
Joined
Jun 13, 2023
Messages
2,602
Reaction score
158
Points
38
5d0370bf7f8c9436e2cbc3f6ff0c2189675eb29f8d542

Anwar Ibrahim fb

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa proses pemilihan parti itu dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi yang dijunjung tinggi.

Perkara itu antara inti pati dalam ucapan penangguhan beliau pada Kongres Nasional Khas PKR yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

"Namun pimpinan muda usah gelojoh apabila diberi mandat kerana pengalaman getir pimpinan lalu yang dihina, ditekan dan dianggap sebagai musuh negara suatu ketika lalu yang mengizinkan PKR kukuh bertapak pada saat ini," kata Perdana Menteri menerusi Facebook hari ini.

Kongres yang bertujuan untuk meminda perlembagaan parti itu diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada perwakilan dari negeri yang terkesan banjir untuk turut serta secara dalam talian.

Anwar turut memaklumkan lebih dua pertiga perwakilan menyatakan persetujuan sewaktu pengundian sekali gus meluluskan usul pindaan perlembagaan parti.

Dalam ucapan sama, beliau turut menegur tindakan segelintir pimpinan dan Ahli Parlimen PKR yang terperangkap dalam sentimen yang dimainkan pembangkang hingga tergamak menyatakan belas kasihan kepada pihak yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat.

"Pimpinan dan Ahli Parlimen PKR seharusnya bingkas menjawab dan melawan dakwaan pembangkang dengan fakta, umpamanya kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dalam kes Batu Puteh.

"Pimpinan juga perlu segera memberi penjelasan pada rakyat terhadap sentimen dangkal kononnya Melayu dan Islam terancam ketika ini, sedangkan hakikatnya hanya mereka yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat terancam di bawah pimpinan Kerajaan MADANI," katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan setiap anggota dan pimpinan parti harus terus membela nasib rakyat dan bekerja dengan baik dan jawatan yang disandang bukan penyelesaian, tetapi ruang untuk melaksanakan cita-cita dan perjuangan parti.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Dalam ucapan sama, beliau turut menegur tindakan segelintir pimpinan dan Ahli Parlimen PKR yang terperangkap dalam sentimen yang dimainkan pembangkang hingga tergamak menyatakan belas kasihan kepada pihak yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat.

ss123.jpg

eh, sejak bila BN/UMNO pembangkang?
 
Dia pun dah hilang arah dah, x tahu nk main naratif politik apa lg. Dulu berdegar2 kritik org tu korup dan pecah amanah, kini terbukti tuduhan2 tu sekadar naratif politik kosong semata.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register