BTC USD 92,069.7 Gold USD 3,333.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar dulu kata boleh kritik, tapi kini kena siasat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,796
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,796
Reaction score
6,913
Points
881
Awards
1
Anwar dulu kata boleh kritik, tapi kini kena siasat

Izwan Abdul HalimNovember 1, 2024

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah berkali-kali menyatakan bahawa rakyat boleh mengkritik dasar-dasar kerajaan asalkan tidak menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R).

- -
Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, bagaimanapun beliau dipanggil oleh pihak polis berhubung ucapannya yang ada mengkritik kerajaan dan mempertahankan demokrasi.

“Saya baru selesai dirakam percakapan oleh pihak polis dan saya disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Multimedia serta didakwa dalam Akta Hasutan,” katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Rafique yang diiringi peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi disiasat ekoran ucapannya pada program Selamatkan Malaysia di Manjoi dan Tambun, Perak iaitu pada 26 dan 27 Julai 2024 yang lalu.

Tegas beliau, rakyat negara ini mempunyai hak bersuara bagi menegur kesalahan kerajaan dalam melakukan sebarang dasar sebagaimana janji Perdana Menteri sendiri yang pernah dinyatakan secara terbuka.

Anwar menurutnya, pernah menyatakan bahawa tiada pihak yang akan dikenakan tahanan di bawah Akta Hasutan sekiranya mengkritik kesalahan dasar kerajaan itu sendiri.

“Beliau (Anwar) sendiri berkali-kali menyatakan perkara tersebut asalkan tidak menyentuh isu 3R yang mana ada rakyat yang melakukan perkara tersebut.

“Akan tetapi, mengapa sehingga kini masih ada laporan polis dibuat sekiranya terdapat mana-mana individu yang melakukan perkara sedemikian walaupun tidak menyentuh isu 3R?

“Mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat sahaja iaitu mengkritik kesalahan kerajaan dan mempertahankan demokrasi, tetapi tetap ditahan dengan Akta Hasutan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique tetap menyatakan pendirian dan kesediaannya untuk memberi sebarang kerjasama dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan.

Beliau juga menasihatkan pihak berkuasa supaya mengambil maklum dengan kata-kata Perdana Menteri itu sendiri yang membenarkan rakyat mengkritik kerajaan asalkan tidak menyentuh isu 3R.

“Maka saya harap pihak berkuasa mengambil iktibar daripada apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu sendiri mengenai perkara sebegini,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2024
 
Sponsored Post

memandai je korang ni, mana ada bang non kuku besi, kuku dia ok je la, korang yg terasa sgt, beliau seorang yg baik, tak ambil gaji, anak2 tutup aurat, cakap tak bohong, menyanyi boleh, menari boleh, anak India anak saya.. anak Cina anak saya, baguihh wehhh...

jgn kutuk bang non tau...

drpd bakal penjawat awam jaykom yg nak naik flight tajaan swasta... hehehehehe🤣🤣🤣🤣✈️✈️✈️✈️✈️✈️
 
memandai je korang ni, mana ada bang non kuku besi, kuku dia ok je la, korang yg terasa sgt, beliau seorang yg baik, tak ambil gaji, anak2 tutup aurat, cakap tak bohong, menyanyi boleh, menari boleh, anak India anak saya.. anak Cina anak saya, baguihh wehhh...

jgn kutuk bang non tau...

drpd bakal penjawat awam jaykom yg nak naik flight tajaan swasta... hehehehehe🤣🤣🤣🤣✈️✈️✈️✈️✈️✈️
Kena belajar bodohkan ngn banggangkn org walaupun fakta dh silap....jgn tunjuk kantoi ayuh jakom 🤣
 
Kena belajar bodohkan ngn banggangkn org walaupun fakta dh silap....jgn tunjuk kantoi ayuh jakom 🤣
bang jom la sekali naik flight.. tajaan swasta ooo.. mana nk dpt, kita korek je cite lama2... memali ke... anak abah tak tutup orat ke.... hehehehe
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register