BTC USD 37,768.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar dakwa kian ramai orang Islam boleh berjudi di bawah kerajaan Melayu-Islam

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
16,536
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,536
Reaction score
1,003
Points
201
Takkan le ade lg skang ni...
Bkn ke pas benci judi...
 
Sponsored Post

sifar82

Fun Poster
Messages
743
Joined
Sep 22, 2012
Messages
743
Reaction score
23
Points
15
Ni smua sembang politik je..eksen tiada punya..mana ada org kayangan sanggup potong line org kayangan..nak gubal undang2 x bagi org islam jadi board member & member club..mimpi tak sudah la
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,267
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,267
Reaction score
3,166
Points
261
Awards
1
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata ahli kelab yang beragama Islam hanya dibenarkan menggunakan kemudahan lain seperti kolam renang, coffee house. -BeritaMkini

1635941858532.png


'Banyak pusat judi di kelab persendirian, tapi ahli kelab Islam dilarang masuk'


Diterbitkan: Nov 3, 2021 5:30 PM

Polis hari ini berkata banyak pusat perjudian berlesen terletak di dalam kelab persendirian, yang juga mempunyai ramai orang Islam sebagai ahlinya.

Pun begitu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata ahli kelab yang beragama Islam hanya dibenarkan menggunakan kemudahan lain di dalam kelab-kelab tersebut manakala mereka dilarang masuk ke bahagian perjudian kelab berkenaan.

"Walau ditempatkan di rumah-rumah kelab. Di rumah-rumah kelab ini ada ada juga aktiviti-aktiviti bukan judi, coffee house, kolam renang utk ahli-ahli datang sebagai ahli kelab.

"Tapi kalau datang yang muslim, memang dilarang masuk ke tempat perjudian di kelab yang sama. Jadi pihak kami memang sentiasa mengawasi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.





Kenyataan pesuruhjaya polis itu dibuat di tengah-tengah dakwaan ramai orang Islam sering mengunjungi pusat perjudian berlesen di negara ini.



f97faedef9f809e3ed119f825f30e5a0.jpg



Isnin lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di parlimen mendakwa "berpuluh-puluh ribu" orang Islam berjudi mesin slot di sekurang-kurangnya 62 kelab yang dilesenkan dengan kemudahan sedemikian.

Presiden PKR itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Kebetulan, klip video pendek turut tular di media sosial beberapa hari sebelum itu, memaparkan premis didakwa kasino di Kuala Lumpur yang sering dikunjungi umat Islam.

Menurut undang-undang negara, hanya orang bukan Islam berumur 21 tahun ke atas dibenarkan memasuki mana-mana rumah perjudian.

Mengenai video itu, Abd Jalil memberitahu pemberita polis tidak dapat mengesahkan sama ada individu di dalamnya beragama Islam atau tidak kerana ramai daripada mereka memakai topeng muka.

Jelasnya, polis juga telah melakukan pemeriksaan di pusat perjudian itu berikutan video tular tersebut, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk ia telah menerima pelanggan beragama Islam.

"Tapi pemeriksaan memang tiada. Berdasarkan buku lawatan dan rakaman CCTV memang tiada kelibat-kelibat yang Muslim dibenar masuk sewenang-wenangnya masuk ke bahagian perjudian.

"Masuk kelab ada tapi mereka ke coffee house, kolam renang dan tempat-tempat lain selain tempat perjudian," katanya.


Sembang dh jd ahli apa main kolam renang ja, hahahaha lawak la pengarah nie....pandai dia kuntau
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,267
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,267
Reaction score
3,166
Points
261
Awards
1
Kenyataan macam lawak pun ada. Non Muslim dgn Muslim bayar yuran kelab sama saja. Takde kurang, takde lebih. Lagi Satu kenyataan, polis ada pantau. Kah Kah Kah. Ini lagi lawak.
Pdrm ingat nie zaman 90-an kot semua benda nk di twist mcm org politik jgk hahaha
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,398
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,398
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Ahli kelab tu maknanya vvip melayu kita
Ada saham dlm berjudi
So bole la guna kemudahan facilities

Mcm genting la

Sbb tu den kata kita melayu kene invest dlm share2 judi arak etc

Diorg pun bukan ikut agama sgt
Janji duit masuk
Diam2 sudah
Mcm dlm surga heheh
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1

Kamarul Yusoff

· 41m ·

PH PEMBIAK TERBESAR JUDI?

Yang didakwa paling kuat bagi rakyat main judi ialah PN dan BN.

Tapi rekod kautan hasil judi yang terbanyak ialah RM3.43 bilion.

Siapa ya yang memerintah waktu rekod ini tercatat pada tahun 2019?

1636523903975.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Kt kampung pun 20k kutipan sehari hari sabtu ahad. Pastu sorang pun tikam xkena. Mengekek la tauke
 

SMI6

Active+ Member
Messages
3,902
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,902
Reaction score
941
Points
86
Ahli kelab tu maknanya vvip melayu kita
Ada saham dlm berjudi
So bole la guna kemudahan facilities

Mcm genting la

Sbb tu den kata kita melayu kene invest dlm share2 judi arak etc

Diorg pun bukan ikut agama sgt
Janji duit masuk
Diam2 sudah
Mcm dlm surga heheh
suruh je la cina kaki judi tu bela ikan siakap :ROFLMAO:
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,398
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,398
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Terus pantau, ambil tindakan terhadap orang Islam berjudi​

Idris Ahmad ketika Pertemuan Pemimpin Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia & Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Islam) Tahun 2021 di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Idris Ahmad ketika Pertemuan Pemimpin Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia & Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Islam) Tahun 2021 di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Putrajaya: Penguat kuasa Islam digesa terus menjalankan tugas penguatkuasan terhadap orang Islam terbabit dengan aktiviti judi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pelaksanaan undang-undang sedia ada mengenai aktiviti perjudian dalam kalangan orang Islam sudah mencukupi bagi membendung aktiviti tidak sihat itu.

Beliau sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menguatkuasakan undang-undang apabila lesen diberikan, tetapi sekurang-kurangnya ada penguat kuasa menangkap orang Islam terbabit dengan judi.

"Biar kita serbu pusat menjalankan aktiviti perjudian itu dua atau tiga kali, nanti mereka yang terbabit akan merasa bimbang.

"Penguatkuasaan ini diadakan melalui undang-undang sedia ada sebab orang Islam diharamkan berjudi dan langkah serta cadangan ini boleh mengurangkan aktiviti perjudian dalam kalangan umat Islam," katanya dalam seisi dialog sempena Program Pertemuan Pemimpin-Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2021 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan.

Program anjuran Yadim ini bertujuan menghimpunkan seluruh pimpinan dan wakil Organisasi Bukan Kerajaan (NGO-I) yang berada di bawah Maim dan Yadim serta mempertemukan pemimpin Islam dan Melayu daripada pelbagai kelompok parti politik, NGO, kepimpunan masyarakat badan dakwah Islam di Malaysia.

Ia bagi membincangkan dan mencari kesepakatan kepada gerak kerja bersama ke arah penyelesaian isu berkaitan ummah

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah mempertahankan keputusan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian seluruh negeri itu, walaupun mendapat bantahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Mengenai cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah, Idris berkata, sebagai Bahagian Hal Ehwal Agama, pihaknya hanya sebagai penyelaras dan di peringkat negeri ditentukan Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan berkenaan perkara itu termasuk ada pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan saf solat diadakan ketika ini.

Katanya, kelulusan di peringkat negeri tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan di Wilayah Persekutuan, kementerian memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

9-C2-E5-B18-0-BEF-4-F94-855-B-C35-C5-E9-C6-BFE.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register