BTC USD 52,262.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar akan jumpa semua parti pembangkang

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,283
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,283
Reaction score
15,432
Points
1,906
1631077168704.png

Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15​

Diterbitkan 8 Sep 2021, 12:56 pm

Dikemaskini 12:57 pm

Pemuda DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan agar barisan pembangkang atas dasar kebersamaan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) bersepakat di belakang logo PH pada pilihan raya akan datang.

Semalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong menegaskan bahawa mereka perlu menghormati logo setiap parti dalam PH.

0249c1c697ee3dd6d6bd11a8da67a56b.jpeg

“Menggunakan logo sebuah parti bagi mewakili parti-parti lain di dalam sebuah pakatan politik dilihat sebagai tindakan yang agak mementingkan diri serta tidak menghormati kuasa dan kemampuan parti lain dalam menyatukan rakyat melawan kuasa yang menindas.
“Kesepakatan perlu dicapai dan adalah lebih molek dan sesuai sekiranya logo PH diutamakan,” katanya.

Menurut Lee, dia tidak menafikan pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, logo PKR telah diguna pakai sebagai logo umum untuk PH, dan penggunaannya telah dipersetujui oleh semua kepimpinan tertinggi parti di dalam pakatan.
Namun, katanya penggunaan logo PKR sebagai logo PH pada ketika itu dilihat sesuai di atas masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh beberapa parti di dalam PH.
Pada ketika itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pendaftaran Bersatu, parti komponen PH. ROS juga menolak pendaftaran PH sebagai gabungan rasmi yang sah.

536adb8d61b41a5385cac46b563475f8.jpeg

Pendaftaran ini kemudian diluluskan setelah PH memenangi pilihan raya umum lalu.
Parti-parti komponen ejak itu menggunakan logo PH pada pilihan raya kecil yang lalu.

“Sudah tiba masanya untuk logo umum PH digunakan semula di PRU yang akan datang. Demi mendapatkan kepercayaan rakyat, wajar untuk pihak pembangkang menunjukkan semangat kesatuan yang teguh dan utuh, lebih-lebih lagi di dalam situasi politik negara yang kurang stabil ini.

“Oleh yang demikian, penggunaan logo PH adalah antara langkah penting bagi menunjukkan kesatuan parti-parti komponen dalam PH.
“DAP Wilayah menolak penggunaan logo PKR di dalam PRU yang akan datang dan mengutamakan logo PH bagi tujuan kebersamaan dan kesatuan antara parti,” kata Lee.

f56066c542dbe28793c11743184a7d2c.jpeg

Semalam, sekumpulan pemimpin PKR WP berkata bahawa penggunaan logo PKR lebih sesuai kerana ia adalah satu “jenama yang telah dikenali lebih 20 tahun”.
Mereka juga mendakwa bahawa penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

Antara pemimpin PKR yang membuat cadangan itu ialah tiga Ahli Parlimen PKR - P Prabakaran (Batu), Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).

Sponsored Post

cariemas100

Active Member
Messages
1,229
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,229
Reaction score
398
Points
41
anwar ibrahim isi masa lapang beliau dengan berpolitik, duit dah berkoyan2 berguni, hidup 7 keturunan pon tak habis makan.
kita pencacai2 bawahan beriya2 nak angkat sangat dia jadi pm, walhal dia isi masa lapang je dengan berpolitk.
tak jadi pm pon dia dah boleh duduk mewah tido atas duit
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,283
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,283
Reaction score
15,432
Points
1,906
Majlis Presiden PH turut melantik Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausahanya.

PH lantik Loke jadi Ketua Whip pembangkang​

September 12, 2021 6:57 PM

FMT-YB-LOKE-SIEW-FOOK-MP-PH-DAP-SEREMBAN-NEGERI-SEMBILAN-MENTERI-PENGANGKUTAN-010719-8.jpg

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook akan menggantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sebagai Ketua Whip Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini melantik Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook sebagai Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen gabungan itu yang baharu, menggantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Gabungan pembangkang itu turut melantik Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausahanya.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How dilantik sebagai Ketua Pemuda PH sementara Aiman Athirah dilantik sebagai Ketua Wanitanya.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilantik sebagai Pengarah Strategi PH, sementara Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggalas tugas lebih besar sebagai Pengarah Komunikasi gabungan pembangkang itu.

“Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, lapangan serta menuju pilihan raya umum ke-15,” katanya dalam kenyataan bersama oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

mantap ph, boleh menang besar next pru. semua tokoh2 besar dilantik utk misi penting pru 15.

memang mantop
 
cariemas100

Active Member
Messages
1,229
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,229
Reaction score
398
Points
41
1631077168704.png

Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15​

Diterbitkan 8 Sep 2021, 12:56 pm

Dikemaskini 12:57 pm

Pemuda DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan agar barisan pembangkang atas dasar kebersamaan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) bersepakat di belakang logo PH pada pilihan raya akan datang.

Semalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong menegaskan bahawa mereka perlu menghormati logo setiap parti dalam PH.

0249c1c697ee3dd6d6bd11a8da67a56b.jpeg

“Menggunakan logo sebuah parti bagi mewakili parti-parti lain di dalam sebuah pakatan politik dilihat sebagai tindakan yang agak mementingkan diri serta tidak menghormati kuasa dan kemampuan parti lain dalam menyatukan rakyat melawan kuasa yang menindas.
“Kesepakatan perlu dicapai dan adalah lebih molek dan sesuai sekiranya logo PH diutamakan,” katanya.

Menurut Lee, dia tidak menafikan pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, logo PKR telah diguna pakai sebagai logo umum untuk PH, dan penggunaannya telah dipersetujui oleh semua kepimpinan tertinggi parti di dalam pakatan.
Namun, katanya penggunaan logo PKR sebagai logo PH pada ketika itu dilihat sesuai di atas masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh beberapa parti di dalam PH.
Pada ketika itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pendaftaran Bersatu, parti komponen PH. ROS juga menolak pendaftaran PH sebagai gabungan rasmi yang sah.

536adb8d61b41a5385cac46b563475f8.jpeg

Pendaftaran ini kemudian diluluskan setelah PH memenangi pilihan raya umum lalu.
Parti-parti komponen ejak itu menggunakan logo PH pada pilihan raya kecil yang lalu.

“Sudah tiba masanya untuk logo umum PH digunakan semula di PRU yang akan datang. Demi mendapatkan kepercayaan rakyat, wajar untuk pihak pembangkang menunjukkan semangat kesatuan yang teguh dan utuh, lebih-lebih lagi di dalam situasi politik negara yang kurang stabil ini.

“Oleh yang demikian, penggunaan logo PH adalah antara langkah penting bagi menunjukkan kesatuan parti-parti komponen dalam PH.
“DAP Wilayah menolak penggunaan logo PKR di dalam PRU yang akan datang dan mengutamakan logo PH bagi tujuan kebersamaan dan kesatuan antara parti,” kata Lee.

f56066c542dbe28793c11743184a7d2c.jpeg

Semalam, sekumpulan pemimpin PKR WP berkata bahawa penggunaan logo PKR lebih sesuai kerana ia adalah satu “jenama yang telah dikenali lebih 20 tahun”.
Mereka juga mendakwa bahawa penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

Antara pemimpin PKR yang membuat cadangan itu ialah tiga Ahli Parlimen PKR - P Prabakaran (Batu), Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).

mcm ini punya ramai, memang boleh menang besar pru 15
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,283
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,283
Reaction score
15,432
Points
1,906
1631780285551.png

Anwar: Isu logo untuk PRU15 perlu dirunding secara baik

Diterbitkan: Sep 16, 2021 12:14 PM

Pertikaian berhubung logo yang akan digunakan PH dalam PRU akan datang perlu diselesaikan secara rundingan, kata pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga presiden PKR berkata, ada pihak dalam PKR yang mencadangkan PH menggunakan logo parti itu, pada masa sama parti komponen mahu logo PH digunakan.

"Saya hormat pandangan akar umbi yang gesa pimpinan (PH) gunakan logo PKR (dalam PRU15).

"Saya juga faham dalam konteks PH, ada gesaan daripada teman-teman supaya guna logo PH.

"Jadi biarlah kita runding secara baik untuk dapatkan penyelesaian secara baik," katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.

Anwar juga berkata kedua-dua pihak mempunyai "hujah yang kuat" tetapi tidak mengulasnya secara lanjut.

Minggu lalu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa PH menggunakan logo parti itu pada PRU akan datang, menyifatkannya sebagai "formula yang akan membawa kemenangan".

Bagaimanapun ia dibantah Pemuda DAP Wilayah Persekutuan yang mahu logo PH digunakan.

"Menggunakan logo sebuah parti bagi mewakili parti-parti lain di dalam sebuah pakatan politik dilihat sebagai tindakan yang agak mementingkan diri serta tidak menghormati kuasa dan kemampuan parti lain," kata Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong.

cariemas100

Active Member
Messages
1,229
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,229
Reaction score
398
Points
41
pasal logo pon nak bergaduh.
padanlah mampu bertahan 22 bulan je
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,283
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,283
Reaction score
15,432
Points
1,906
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata, pembangkang perlu menampilkan muka-muka baharu daripada kelompok itu bagi mengukuhkan keyakinan pengundi yang disifatkan semakin pudar.

PH Perlu Tampil Ramai Calon Anak Muda​

28/09/2021

10390205_474447186057505_1528041562824710668_n.jpg

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How. Foto: Facebook

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 peratus golongan muda yang berkemahiran dan berpengalaman dalam pelbagai bidang perlu diketengahkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata, pembangkang perlu menampilkan muka-muka baharu daripada kelompok itu bagi mengukuhkan keyakinan pengundi yang disifatkan semakin pudar.

Hal itu berikutan, corak politik negara masih dikaitkan dengan ‘orang lama’ dengan cara lama yang menuntut kepada perlunya pembaharuan demi memenangi pilihan raya sekali gus membentuk kerajaan baharu.

“Saya tidaklah menuntut, cuma sudah tentu saya akan membuat permintaan dan cadangan supaya kita dapat menampilkan sekurang-kurangnya satu per lima calon muda daripada semua calon yang bertanding.

“Katakan ada lima kriteria utama untuk menjadi calon, jadi salah satu daripadanya ialah muda dan baharu tetapi perlu ada pengalaman dan kepakaran walaupun kedua-dua aspek ini tidak datang seiringan kerana saya sendiri orang muda tetapi bukan baharu dalam politik.

“Selain itu, sudah tentu jika mahu menjadi wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, mestilah fasih berbahasa Melayu walaupun saya anggap sebagai akademik,” katanya semalam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu berkata demikian ketika ditanya mengenai unjuran calon muda yang akan diketengahkan dalam menghadapi PRU-15 ketika beliau baharu dilantik sebagai Ketua Pemuda PH yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji itu dilantik pada 12 September lalu menggantikan penyandang sebelumnya, Shazni Munir Mohd. Ithnin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, 24 Julai lalu.

Selain Chuan How, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha PH, Pengarah Strategi PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke dan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), Senator Aiman Athirah Al Jundi sebagai Ketua Wanita PH. – UTUSAN ONLINE

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,283
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,283
Reaction score
15,432
Points
1,906
Pihak yang bersama dengan P Ramasamy dan satu lagi dipimpin pendatang baharu dalam parti sudah mula berebut untuk mengambil jawatan dalam kerajaan negeri, kata sumber

Timbalan Ketua Menteri dijangka tanding Parlimen, DAP P Pinang bergolak?​

October 15, 2021 1:50 PM

Ramasamy-and-satees-muniandy-and-David-Marshel.jpg

(Dari kiri) Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, ADUN Bagan Dalam Satees Muniandy dan Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai P David Marshel dilihat sebagai sekutu dalam persaingan dengan satu lagi pihak dalam DAP.

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy dijangka bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan ahli lain berbangsa India dalam DAP dikatakan sudah mula berebut untuk mengambil alih tempatnya.

Terdapat dua pihak yang bersaing – satu pihak yang bersama dengan Ramasamy dan satu lagi dipimpin pendatang baharu yang bercita-cita tinggi. Sumber dalaman DAP yang memberikan maklumat kepada FMT tidak mahu menamakan pendatang baharu ini.

Sekutu Ramasamy terdiri daripada Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai P David Marshel dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy.

Marshel mungkin berdepan masalah undang-undang setelah seseorang membuat akuan berkanun bahawa beliau terlibat dalam serangan bersenjatakan parang terhadap Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang Ramachandran Muthiah pada Julai.

Marshel menafikan tuduhan itu dengan berkata, ia bermotifkan politik dan seseorang dalam partinya sendiri cuba menganiayanya.
Tuduhan dan penafian yang berlaku menunjukkan DAP Pulau Pinang berada dalam keadaan berpecah-belah dan garis pemisah antara dua pihak itu tampak jelas.

Ramasamy dan sekutunya juga sebelum ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengedarkan komputer murah kepada sekolah-sekolah Tamil. Mereka telah membuat laporan polis.

Kata Ramasamy, 500 komputer riba dibeli bagi sekolah-sekolah tersebut dengan harga RM425 setiap satu, dengan kos keseluruhan RM212,500, lebih tinggi berbanding peruntukan asal.

Orang dalam DAP berkata, tuduhan itu mungkin diusahakan pendatang baharu terbabit yang sedang cuba meraih pencalonan bagi kerusi DUN pada PRU.

Katanya lagi, pendatang baharu itu turut merekrut beberapa individu lain yang mempunyai isu dengan Ramasamy dan dua rakan sekutunya.

“Beliau berjaya mengumpulkan individu lain yang turut tidak sebulu dengan generasi pemimpin India dalam DAP Pulau Pinang sekarang. Antaranya adalah seseorang yang tidak dilanjutkan penggal sebagai ahli majlis.”

Seorang lagi orang dalam DAP berkata, Marshell menjadi sasaran kerana beliau dijangka dicalonkan sebagai ADUN pada pilihan raya akan datang.

“Tuduhan ini nampaknya seperti percubaan untuk mencemarkan nama baik (Marshel),” kata sumber itu.

“Memandangkan beliau popular dalam kalangan masyarakat India menerusi kegiatan aktivisme, dan menjadi ahli majlis Seberang Perai selama lapan tahun, ini mungkin percubaan untuk memusnahkan cita-citanya menjadi YB.”

Seorang lagi ahli parti berkata, dalang di sebalik masalah itu adalah seseorang yang bercita-cita menggantikan Ramasamy sebagai salah seorang Timbalan Ketua Menteri.
Ini juga adalah usaha untuk menyingkirkan kumpulan pemimpin India sedia ada kerana mereka tidak mahu turut dengan kepimpinan majoriti, katanya.

Sponsored Post
Top
Log in Register