BTC USD 52,189.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar akan jumpa semua parti pembangkang

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,286
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,286
Reaction score
15,432
Points
1,906
1629874389040.png


Anwar akan jumpa semua parti pembangkang​

Diterbitkan 25 Aug 2021, 2:22 pm

Dikemaskini 2:24 pm



Pakatan Harapan (PH) akan menjemput semua parti pembangkang untuk menyertai atau bekerjasama dengan mereka, selaras konsep ‘khemah besar’ parti itu ke arah menjadi “pembangkang yang berkesan”.
Jemputan itu akan dikemukakan dalam satu pertemuan dalam masa terdekat antara Ketua pembangkang Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang, seperti yang telah diputuskan Majlis Presiden PH.
“Ketua pembangkang akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti Pembangkang dalam masa terdekat, termasuk menjemput mereka untuk menyertai atau bekerjasama dengan PH.
“Ini selaras dengan ketetapan pemukiman kepimpinan PH di Port Dickson pada bulan April yang menyatakan keterbukaan PH berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘khemah besar’ demi memantapkan blok pembangkang merangkumi 105 Ahli Parlimen,” kata PH.



943e153bae8e47c8850856e3de81fbbf.jpg


Pertemuan itu nanti, kata PH, antara lain akan membincangkan isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September.
Ini termasuk kemungkinan diadakan sidang khas lebih awal untuk membahaskan usul undi percaya terhadap perdana menteri serta mengisi kekosongan timbalan speaker Dewan Rakyat susulan peletakan jawatan Azlina Othman Said.

Kata PH, fokus utama mereka adalah ke arah menjadi pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan dan pandangan yang membina, selain membentangkan cadangan bersesuaian kepada dasar kerajaan berkaitan Covid-19, ekonomi, dan kebajikan rakyat.

“Pakatan Harapan akan mengutamakan reformasi institusi termasuk parlimen, reformasi fiskal, reformasi perundangan termasuk Undi18 dan Akta Antilompat Parti, penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, serta menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak,” kata kenyataan itu lagi.

50992f72b46b706fa7f6151be9d06ff6.jpg


PH juga akan mempertimbangkan jemputan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, asalkan ia ikhlas dan bukan sekadar tangkap muat atau sekadar rubber stamp kepada pandangan kerajaan.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu dikeluarkan secara bersama oleh Anwar selaku presiden PKR, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Langkah untuk menyatukan pembangkang itu menyusuli selepas kegagalan Anwar menjadi perdana menteri, apabila pembangkang hanya berjaya mengumpulkan sokongan 105 ahli parlimen.

Parti Sarawak Bersatu telah menolak tawaran untuk menyertai PH, dan mahu kekal bebas, manakala parti dari Sabah, Warisan pula mahu presidennya Shafie Apdal mengetuai blok pembangkang.
Pejuang pula merancang bertanding di sehingga 120 kerusi parlimendalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang mungkin mengundang konflik dengan PH.


c28e46422c91159ce7c00553caee510e.jpg

Anwar, Mohamad dan Lim akan mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di pejabat perdana menteri hari ini.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,286
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,286
Reaction score
15,432
Points
1,906

Strategi ‘khemah besar’ boleh pecah belah PH, kata pemimpin DAP Johor​


August 25, 2021 2:27 PM

Boo-Cheng-Hau-fb.jpg


Dr Boo Cheng Hau mengulas kenyataan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menggesa gabungan itu secara rasmi menjemput parti pembangkang lain untuk menyertainya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan strategi “khemah besar” dengan menjemput parti pembangkang lain dibimbangi akan memecah belahkan kerjasama dan menguntungkan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa, kata pemimpin DAP Johor.
Dr Boo Cheng Hau berkata, tindakan wakil rakyat PH yang menggesa gabungan tersebut secara rasmi menjemput parti pembangkang lain termasuk Pejuang, Muda dan Warisan untuk menyertainya, dipersoalkan.

“Majlis Presiden PH telah memutuskan strategi khemah besar-besaran tetapi tidak sewajarnya termasuk parti pembangkang tiruan yang sebenarnya dalang belakang memecahbelahkan PH bagi memastikan PN-BN berkuasa semula dengan majoriti lagi besar,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau menjangkakan perpecahan bakal dihadapi PH apabila Pejuang beberapa hari lalu telah menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermaksud akan berlaku pertembungan kerusi sesama pembangkang.



“Adakah anda masih berpandangan bahawa Pejuang, MUDA and Warisan ingin bekerjasama dengan PH secara ikhlas jika Pejuang telah mengugut bahawa ia akan bertanding 120 kerusi Parlimen pada PRU15 dan Warisan, MUDA berhasrat bertanding di Semenangjung walaupun perlawanan tiga penjuru?,” soalnya.

Beliau turut mendakwa Pejuang merupakan parti kembar kepada Umno dan Bersatu, manakala keterbukaan membiarkan Warisan bertanding di Semenanjung juga akan mengakibatkan pembangkang berdepan kehilangan kerusi.

“Pejuang adalah bayi tiga berkembar kepada Umno dan Bersatu. Bersatu pernah menarik diri dari PH dan selanjutnya mengakibatkan keruntuhan kerajaan PH selepas cuma 22 bulan ‘berkuasa’.

Warisan bertindak-tanduk seumpama PBS pada 1995 yang bertanding tiga penjuru di Semenanjung serta berjaya mengakibatkan Pembangkang Sifar di Johor pada PRU 1995,” katanya.

Boo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menggesa gabungan tersebut secara rasmi menjemput parti pembangkang lain untuk menyertainya.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ketua Wanita Amanah Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu dalam kenyataan berkata, jumlah sokongan 105 Ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan ketika mencalonkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, walaupun tidak mencukupi untuk menjadikannya perdana menteri, perlu dikekalkan dan diperkemas dalam bentuk persefahaman lebih formal menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 

noblegold

Active Member
Messages
2,249
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,249
Reaction score
139
Points
43
Dah nak jadi pembangkang yang berkesan pulak dah. Dah takde cita cita jadi kerajaan untuk rakyat dah ke?
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,550
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,550
Reaction score
298
Points
51
Dah tak nampak / takda vision dah pembangkang... waktu ada peluang ritu tak bagi gegula gegegula byk2 kat rakyat... keja potong sana sini, jalan ada nak makan duit rakyat juga... sama...
 

logammaut

Legendary Member
Messages
11,144
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,144
Reaction score
1,246
Points
201
Pembangkang yg berkesan? Senang je jadi pembangkang. Modal air liur bangkang semua apa yg kerajaan buat hahaha...
 

dell

Super Active Member
Messages
8,294
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,294
Reaction score
141
Points
83
bagus la mcm ni

kita mmg perlukan pembangkang yang kuat..yang tahu buat kerja...yang push kerajaan untuk bekerja
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,636
Reaction score
1,595
Points
151
Baru citer nk jumpa......... Udah kena sound dgn DAP......... Skr anwar ketua pH atau dap yg ketua...... 🤣🤣😁😁😁
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,636
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,636
Reaction score
1,595
Points
151
Baru citer nk jumpa......... Udah kena sound dgn DAP......... Skr anwar ketua pH atau dap yg ketua...... 🤣🤣😁😁😁
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register