BTC USD 47,103.7 Gold USD 1,752.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (30 Disember)

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527227761.jpg

MFL UMUM SENARAI CALON LIMA KATEGORI ABK 2020 VIRTUAL

Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.

50 calon itu melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Mereka ini telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Apa yang menarik ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan TM Piala Malaysia dibatalkan.

Bagaimanapun pemenang bagi Anugerah Pasukan Terbaik yang turut dipertandingkan dalam ABK20 Virtual akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula jam 10 pagi esok (21 Disember 2020) sehingga Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform undian menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL esok.

Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.

Pada majlis ABK20 Virtual itu nanti, pihak MFL turut akan menyampaikan pemenang Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 iaitu Ifedayo Omosuyi yang meledak 12 gol bersama Selangor.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan CIMB Liga Super 2020 manakala penyerang Pulau Pinang Casagrande yang menghasilkan 9 gol dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2020.

Turut mencuri perhatian, penyerang muda Selangor 2 Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2020 dengan ledakan 7 gol.

Berikut adalah senarai penuh calon lima kategori ABK20 Virtual:

PENJAGA GOL TERBAIK

1 Farizal Marlias - Johor Darul Ta’zim (JDT)
2 Iqbal Suhimi - Kuching FA
3 Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi - PJ City FC
4 Khairul Fahmi Che Mat - Melaka
5 Khairulazhan Khalid - Selangor
6 Remezey Che Ros - UKM FC
7 Samuel Somerville - Pulau Pinang
8 Sharbinee Allawee Ramli - Pahang
9 Suhaimi Husin - Terengganu FC II
10 Zamir Selamat - Kuala Lumpur

PERTAHANAN TERBAIK

1 Aidil Zafuan Abd. Radzak - JDT
2 Azmi Muslim - Pulau Pinang
3 La'Vere Corbin-Ong - JDT
4 Matthew Davies - JDT
5 Rafiuddin Roddin - Perak
6 Shahrul Nizam Ros Hasni - Kelantan
7 Shahrul Saad - Perak
8 Shakir Hamzah - Kedah
9 Victor Nirennold - UiTM FC
10 Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman - Melaka

PEMAIN TENGAH TERBAIK

1 Afiq Fazail - JDT
2 Brendan Gan - Selangor
3 Faisal Abdul Halim - Pahang
4 Gonzalo Cabrera - JDT
5 Leandro dos Santos - Perak
6 Leandro Velazquez - JDT
7 Lee Tuck - Terengganu FC
8 Nor Azam Abdul Azih - Pahang
9 Safawi Rasid - JDT
10 Syahmi Safari - Selangor

PENYERANG TERBAIK

1 Casagrande - Pulau Pinang
2 Diogo - JDT
3 Dominique da Sylva - Terengganu FC
4 Engku Nur Shakir Engku Yacob - Terengganu FC II
5 Fernando Rodriguez - JDT II
6 Francis Kone - Kuala Lumpur
7 Ifedayo Omosuyi - Selangor
8 Ramadhan Saifullah Usman - JDT
9 Shahrel Fikri Fauzi - Perak
10 Tchetche Kipre - Kedah

JURULATIH TERBAIK

1 Aidil Sharin Sahak - Kedah
2 Akira Higashiyama - Kuching FA
3 Benjamin Mora - JDT
4 Frank Bernhardt - UiTM
5 Manzoor Azwira Abd Wahid - Pulau Pinang
6 Mehmed Durakovic - Perak
7 Michael Feichtenbeiner - Selangor
8 Nafuzi Zain - Terengganu FC
9 Nidzam Adzha Yusoff - Kuala Lumpur
10 Yusri Che Lah - Kelantan

Sebagai rekod, Anugerah seperti Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI, Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik, Media Sosial Terbaik, Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, AFL Liga M3 - Pasukan Terbaik, AFL Liga M3 - Pemain Terbaik, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play tidak dipertandingkan dalam ABK20 Virtual.

#ABK20

Malaysian Football League
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527290360.jpg

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL 🏆

KATEGORI: PENJAGA GOL TERBAIK 🧤

Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan!

#ABK20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527317658.jpg

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL 🏆

KATEGORI: PERTAHANAN TERBAIK 💪

Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan!

#ABK20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527360894.jpg

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL 🏆

KATEGORI: PEMAIN TENGAH TERBAIK 🎯

Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan!

#ABK20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527391382.jpg

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL 🏆

KATEGORI: PENYERANG TERBAIK ⚽️

Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan!

#ABK20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527425937.jpg

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL 🏆

KATEGORI: JURULATIH TERBAIK 🗣

Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan!

#ABK20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
FB_IMG_1608527461616.jpg

ABK20 VIRTUAL - PENYOKONG TERUJA UNDI PEMAIN KESAYANGAN

Penyokong bola sepak tempatan menganggap usaha Malaysian Football League (MFL) untuk menganjurkan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual mampu menyemarakkan lagi semangat penyokong dan pasukan Liga Malaysia disebalik pandemik COVID-19 yang berlaku ketika ini.

Meskipun ABK20 hanya dianjurkan secara maya pada musim ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya, namun penyokong-penyokong percaya ABK20 Virtual tetap akan menampilkan tarikan tersendiri khususnya untuk menghargai pemain dan pasukan yang telah bertungkus lumus sepanjang musim 2020.

Bagi penyokong pasukan Kuala Lumpur, Mohd Khairul Nizam Arifin, MFL hadir dengan langkah yang tepat untuk menganjurkan ABK20 Virtual di samping turut membabitkan 30 peratus undian penyokong dan usaha ini dilihat mampu menaikkan moral pemain dan pasukan sebelum mereka kembali bersedia untuk mengharungi saingan musim 2021 nanti.

“Saya boleh katakan usaha MFL untuk menganjurkan ABK20 Virtual sebagai inisiatif yang menarik untuk membantu menaikkan kehangatan bola sepak Malaysia pada ketika kita sedang berdepan pandemik COVID-19.

“Ini juga boleh membuatkan bukan sahaja kita sebagai penyokong tetapi pasukan juga untuk lebih bersedia menghadapi Liga Malaysia 2021 nanti kerana anugerah ini pastinya akan memberikan semangat baru kepada mereka selepas penat lelah mengharungi musim 2020.

“Apatah lagi, kami sebagai penyokong dapat terlibat sekali dalam proses undian kerana ini dapat membuatkan penyokong rasa mereka juga ada kepentingan untuk menentukan siapakan bakal bergelar pemenang,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid pula tidak menolak persaingan yang cukup sengit dipertandingkan kali ini bagi lima kategori selepas saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim ini hanya berlangsung separuh pusingan manakala TM Piala Malaysia dan Piala FA dibatalkan akibat COVID-19.

Justeru, sudah pasti bukan mudah untuk menentukan pemenang yang paling layak dan setiap kriteria diambil kira untuk mereka memilih pemain manakah yang mampu mengungguli setiap kategori dipertandingkan.

“Ini kali pertama kami sebagai penyokong dapat menjadi sebahagian daripada undian untuk undi calon-calon kegemaran masing-masing.

“Macam saya, sudah tentulah saya akan pilih pemain-pemain yang memberikan lebih 100 peratus dalam pasukan dan di atas padang kerana pemain adalah tunjang kepada pasukan, jadi kita kena pastikan mereka yang betul-betul layak sahaja untuk bergelar pemenang.

“Apatah lagi musim ini adalah pendek, jadi prestasi pemain kadang- kadang tidak menentu dan sebab itu setiap kriteria kita akan nilai sebaiknya kerana 30 peratus undian kami juga memainkan peranan penting untuk menentukan pemenang,” jelasnya.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan.

Baki 30 peratus akan diundi oleh penyokong menerusi platform undian bermula jam 10 pagi, esok sehingga Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

50 calon melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

#ABK20
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,259
Reaction score
374
Points
51
kawan tak tahu nak vote sapa...lama dah tinggal dunia bola ni...yg kawan boleh vote...Nafuzi Zain je la...tu pun sbb member baik...hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
kawan tak tahu nak vote sapa...lama dah tinggal dunia bola ni...yg kawan boleh vote...Nafuzi Zain je la...tu pun sbb member baik...hahaha

😳

Deme kenal mana tu 🤭
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register