- Joined
- Sep 6, 2012
- Messages
- 2,249
- Reaction score
- 303
- Points
- 46
tak cukup popular..sbb aku tak kenal ..
Semua yg color2 tu vape ke?Akui kesalahannya #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../14/vape-shaheizy-mohon-maaf/
Vape: Shaheizy mohon maaf
14 November 2020
View attachment 311429
KUALA LUMPUR – Pelakon, Shaheizy Sam akhirnya tampil memohon maaf kepada penganjur setelah dikecam gara-gara menggantung vape di leher ketika menjadi penyampai dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pelakon itu turut meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri terhadap isu yang timbul.
“Hari ini Sam sedar ramai yang bising di sosial media tentang apa yang jadi di ABPBH semalam. Jadi Sam nak minta ampun maaf beribu-ribu ampun sangat-sangat terutama sekali kepada ABPBH dan TV3 di atas kecuaian dan kelalaian diri Sam.
“Tak ada orang lain yang salah, memang diri Sam yang salah. Terus terang Sam cakap dalam keadaan yang nervous malam tadi, di backstage yang lengang, yang tak ada orang… Sam hanya memfokuskan untuk buat yang terbaik,” jelasnya.
Semalam, pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) telah mengecam tindakan yang dibuat pelakon itu apabila menggantung vape dileher ketika tampil secara live dalam ABPBH 33.
Menurut Sam, disebabkan terlalu fokus dia sendiri terlupa tentang apa yang dibawanya ke atas pentas.
“Tak ada niat nak mempromosikan semuanya atas cuai dan lalai Sam. Sam minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri Sam. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri.
“Tak adalah sampai niat nak mempromosikan. So, Sam minta maaf sekali lagi… kecuaian diri Sam, kelalaian diri Sam mengundang yang tak elok kepada orang lain,” ujarnya. – MalaysiGazette
![]()
Vape: Shaheizy mohon maaf
"Tak ada niat nak mempromosikan semuanya atas cuai dan lalai Sam. Sam minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri Sam. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri," katanya.malaysiagazette.com
tn GamezStar, saya pun tak tahuSemua yg color2 tu vape ke?
sebab tu penting juga dgn siapa yg kita kahwin....wife berperanan juga jadikan kita bijak.....Akui kesalahannya #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../14/vape-shaheizy-mohon-maaf/
Vape: Shaheizy mohon maaf
14 November 2020
View attachment 311429
KUALA LUMPUR – Pelakon, Shaheizy Sam akhirnya tampil memohon maaf kepada penganjur setelah dikecam gara-gara menggantung vape di leher ketika menjadi penyampai dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pelakon itu turut meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri terhadap isu yang timbul.
“Hari ini Sam sedar ramai yang bising di sosial media tentang apa yang jadi di ABPBH semalam. Jadi Sam nak minta ampun maaf beribu-ribu ampun sangat-sangat terutama sekali kepada ABPBH dan TV3 di atas kecuaian dan kelalaian diri Sam.
“Tak ada orang lain yang salah, memang diri Sam yang salah. Terus terang Sam cakap dalam keadaan yang nervous malam tadi, di backstage yang lengang, yang tak ada orang… Sam hanya memfokuskan untuk buat yang terbaik,” jelasnya.
Semalam, pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) telah mengecam tindakan yang dibuat pelakon itu apabila menggantung vape dileher ketika tampil secara live dalam ABPBH 33.
Menurut Sam, disebabkan terlalu fokus dia sendiri terlupa tentang apa yang dibawanya ke atas pentas.
“Tak ada niat nak mempromosikan semuanya atas cuai dan lalai Sam. Sam minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri Sam. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri.
“Tak adalah sampai niat nak mempromosikan. So, Sam minta maaf sekali lagi… kecuaian diri Sam, kelalaian diri Sam mengundang yang tak elok kepada orang lain,” ujarnya. – MalaysiGazette
![]()
Vape: Shaheizy mohon maaf
"Tak ada niat nak mempromosikan semuanya atas cuai dan lalai Sam. Sam minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri Sam. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri," katanya.malaysiagazette.com
Geng Geng pelawak bangang tu lah dok promote vape .....Nasi dah jadi bubur. Semalaya dah tengok dah peranti vape tergantung di leher selebriti tu.
Sejujurnya saya memang tak pernah mengikuti berita hiburan tanahair. Tak pernah mengambil pusing pun segala gosip ke apa ke.
Kalau sampai pada saya tu, berita sebeginilah. Yang sangat mendukacitakan saya sebagai doktor yang siang malam dok berdepan dengan penagih nikotin.
Tak cukup lagi ke kita yang tak pernah selesai dengan perokok yang seperti dah budaya yang boleh diterima oleh masyarakat kita. Fatwa haram pun disepak ke longkang oleh kita sendiri. Iyalah benda norma kata kita kan.
Kini, ketagihan nikotin kaedah baru. Melalui vape. Ketagihan tu adalah masalah psikiatri yang mesti dirawat. Tapi penagih vape menayangkan perantinya seperti satu perkara yang dibanggakan. Sudah tak ada segan silu dan malu alah.
Golongan profesional mana pernah menjadi idola kanak-kanak dan remaja kerana kehidupan kami yang tak glamour dan tak popular. Malangnya yang menjadi ikutan mereka ni, adalah selebriti yang saban hari muka terpampang di segala bentuk media. Lagi lah pula, dengan adanya media sosial, golongan ni mudah sangat didekati dan dirapati oleh semua lapisan masyarakat.
Tak terlintas ke walau sekelumit, perasaan bertanggungjawab pada anak-anak muda belia bila peranti vape tu digantung di leher seolah-olah ia seperti fesyen terkini. Sedangkan ia adalah manifestasi ketagihan pada nikotin.
Pada mereka yang belum cukup akal ni, melihat selebriti pujaan dengan gaya begitu, bagi mereka tu cool. Rokok kita bersorok, siap dengan segala garis panduan, tu pun masih mempengaruhi anak-anak kita. Awal belasan tahun dah merokok.
Otak anak-anak kita boleh terencat dan terbantut perkembangannya kalau sudah menjadi penagih nikotin. Saya tak tahulah, mungkin ramai mak ayah termasuklah selebriti yang tak nampak vape ni satu masalah besar, tak kisah pun kalau anak mereka ketagihan nikotin. Kelihatan stylo tu lagi penting gamaknya.
Moleklah agaknya anak tu menghembus asap vape tu yang kandungan nikotinnya, tak ada siapa tahu pun. Kalaulah ada bahan terlarang pun, tak apa lah agaknya kan.
Dengar khabarnya 22 juta undian diterima untuk ABPH. Bayangkan dengan pengaruh selebriti sebegitu besar takkan tak ada impak kepada masyarakat dengan kelakuan yang mungkin sengaja atau tak yang dipaparkan malam tadi, iyalah mendadakan vape.
Tapi apalah daya saya sebagai hanya seorang doktor yang mementingkan kesihatan awam. Keselamatan saya pun pernah diancam oleh bani vape yang seperti gangster.
Tak apalah. Saya pun mempunyai anak-anak sendiri. Pandailah saya melindungi mereka dari anasir jahat begini kerana ternyata di negara kita, semua pun boleh kan.