Anuar Abu Bakar Meninggal Akibat Kanser Hati

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,327
Points
236
07.05.2019 - Shah Alam, Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi.

Perkara itu disahkan laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah allahyarham akan dimandikan pagi esok dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9.30 pagi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, sejurus selesai disembahyangkan.

Terdahulu, MBSA berjaya mengumpul sejumlah RM33,624 bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi Tabung Lagenda Anuar Abu Bakar sejak ia dilancarkan 27 Mac lalu.

Sumbangan itu diserahkan kepada anak Anuar iaitu Amriq Shah dalam perlawanan bola sepak Liga Super di antara Selangor dan Melaka United di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/452807/anuar-abu-bakar-sudah-tiada
 
Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,932
Reaction score
1,057
Points
201
Innalillah.... lejen lipas kudung zaman 90an...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register