BTC USD 102,791 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antologi Cerita Hantu/Seram/Mistik Seluruh Asia

Dalam sekitar awal tahun 1990-an, kisah2 seram yang melibatkan sekolah2 di Korea Selatan tersangatlah popular dan menjadi bahan bualan hangat dari mulut ke mulut serta di media2 massa di sana pada ketika itu. Berikut adalah beberapa kisah tersebut :


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Pada 1991, lewat satu malam - seorang pengawal keselamatan sekolah membuat tugas rondaannya seperti biasa. Beliau berjalan perlahan2 melewati koridor yang gelap di tepi deretan bilik darjah sambil memeriksa setiap kelas bagi memastikan ianya benar2 kosong dan pintu2nya ditutup. Kadang2 para pelajar ni suka curi2 masuk semula ke sekolah untuk belajar seorang diri sebab lebih senyap, tenang dan aman jauh dari sesak dan hiruk-pikuk di rumah serta kejiranan.


Semasa sibuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tiba2 beliau terdengar suara budak perempuan sedang menyanyi2. Dengan segera beliau mencari sumber suara tu dari satu kelas ke satu kelas hinggalah terjumpa seorang pelajar perempuan sedang duduk seorang diri di dalam sebuah kelas sedang tekun mentelaah dengan hanya berbekalkan sebatang lilin.


Apabila dipanggil oleh pengawal keselamatan tu, pelajar perempuan tu mengangkat muka memandang ke arah beliau sambil tersenyum seolah2 mengenali pengawal tersebut dan tiba2 sekelip mata terus ghaib hilang dari pandangan.


Pengawal keselamatan tu memang cam pelajar perempuan tu, dia didapati telah hilang sejak tahun lepas dan tak pernah dijumpai sehingga waktu itu. Pengawal keselamatan tu bertekad untuk mencarinya dan memeriksa setiap inci kelas tu takut dia menyorok ke tapi bayangnya pun langsung tak ada.


Oleh yang demikian, pengawal keselamatan itu ambil keputusan pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Meskipun pihak polis rasa skeptik dan enggan percaya dengan keterangan beliau, namun akhirnya berjaya juga meyakinkan mereka datang ke sekolah untuk mencari pelajar perempuan itu yang dipercayai sedang bersembunyi dalam perimeter sekolah.


Akhirnya mereka jumpa juga pelajar perempuan itu di atas loteng bangunan sekolah. Tapi dia bukannya sedang menyorok. Mayatnya yang telah mereput dijumpai dalam keadaan duduk menghadap sebuah buku.


Berdasarkan maklumat sebelum dia hilang, pelajar tersebut adalah seorang anak angkat dan sering didera di rumahnya. Disebabkan tak tahan menderita dipukul dan diseksa ketika berada di rumah, dia sering pergi ke loteng tu untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih aman.


Hasil bedah siasat menunjukkan yang dia dah lama mati. Walau bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan. Ada spekulasi mengatakan yang dia mungkin mati disebabkan kecederaan dalaman/luaran akibat penderaan, atau mungkin mati mengejut secara semulajadi, ataupun boleh jadi mati bunuh diri kerana tak tahan didera.


Apa pun, selepas mayatnya dijumpai dan disemadikan dengan sempurna, kelibatnya dah tidak lagi kelihatan menghantui sekolah tersebut.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


Dalam tahun 1993, pada hari pertama beliau bertugas di sebuah sekolah menengah di Seoul, seorang pengawal keselamatan memulakan tugas rondaan syif malamnya pada pukul 10PM. Sedang beliau berjalan dan memeriksa setiap kelas, beliau ternampak cahaya lampu dari salah sebuah kelas lalu pergi ke sana untuk menyiasat apa yang sedang berlaku. Bila buka saja pintu kelas tersebut, dilihatnya ada seorang pelajar lelaki sedang sangat tekun mengulang kaji pelajaran di mejanya.


Pelajar lelaki itu begitu terkesima dengan kemunculan secara mendadak oleh pengawal keselamatan tersebut dan menjelaskan yang dia terlampau asyik belajar sampai tak sedar hari dah lewat malam. Pengawal keselamatan itu meyakinkan dia agar tidak perlu risau kerana beliau faham akan situasinya lalu menawarkan untuk temankan pelajar itu sampai ke pagar masuk sekolah.


Semasa sama2 berjalan menuju ke pintu pagar, pengawal keselamatan itu cuba berbual2 dengan pelajar tersebut tapi budak cuma bagitau nama saja, selebihnya hanya berdiam diri dengan muka muram dan monyok.


Keesokan harinya, pengawal keselamatan itu pergi berjumpa dengan guru yang mengajar kelas pelajar lelaki itu untuk bagitau yang dia terjumpa dengan salah seorang pelajarnya yang begitu bersungguh2 belajar dalam kelas tersebut sehingga lewat malam tadi.


Mendengarkan perkara ini, guru itu merasa begitu terharu dan berbangga sekali lalu menanyakan nama pelajar tersebut sebab nak bagi pujian dan dorongan. Tetapi apabila diberitahu akan namanya, guru itu beria2 mengatakan yang pengawal keselamatan tu dah tersilap.


Pengawal keselamatan tu pun menegaskan juga yang beliau tidak tersilap sebab beliau yang jumpa pelajar tu depan mata kepala sendiri siap hantarkan sampai ke pintu pagar sekolah lagi… Guru itu memandang beliau dengan penuh semacam dan kemudiannya bagitau perkara itu adalah sangat mustahil sebab pelajar lelaki yang dinyatakan tu dah mati bunuh diri dekat sekolah tu bulan lepas.


Pengawal keselamatan tu begitu terkejut bila mendengar perkara ni dan tersedar serta yakin yang beliau sebenarnya dah terjumpa hantu jelmaan pelajar tu lalu terus berhenti kerja dan tak datang2 lagi dah ke sekolah tu.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Sebuah lagi kisah sekolah angker pada tahun 1993. Ia adalah sebuah sekolah menengah yang terletak dalam sebuah kampung yang terpencil.


Pada satu malam, ada seorang budak lelaki ni baru tersedar yang dia tertinggal buku kerja sekolahnya dalam kelas. Oleh kerana lebih takut dimarahi oleh cikgu sebab tak siap kerja sekolah dari takut hantu jadi dia beranikan diri pergi ke sekolah untuk mengambilnya meskipun hari dah malam.


Dia mendapati rasa takutnya tu tak berasas sebab masa sampai kat sekolah, melalui tingkap kelasnya dia nampak cahaya lampu terpasang dalam tu. Bila buka pintu dia terkujat sebab mendapati ada seorang budak perempuan yang tak dikenali sedang asyik membaca buku di salah sebuah meja di situ.


Sungguhpun budak perempuan tu tak endahkan dia langsung tapi dia rasa macam ada sesuatu sangat dengan budak perempuan tu jadi cepat2 dia ambik buku yang tertinggal dan tutup pintu kelas tu balik bila keluar.


Dia berjalan dengan pantas sepanjang koridor tapi belum sempat sampai ke pintu keluar, dia dapat merasakan ada sesuatu yang jahat dan menggerunkan sedang mengekorinya dan ketika itu bulu tengkuknya pula meremang.secara tiba2.


Sebaik saja dia menoleh ke belakang, dia lihat budak perempuan tadi sedang merenung tajam ke arahnya. Dia cuba melarikan pandangan matanya ke tempat lain…tengok2 baru dia perasan yang budak perempuan tu tak ada kaki dan sedang terapung2 di udara!


Dia terkedu dan terus pitam di situ juga.


Beberapa jam kemudian, dia tersedar dari pengsannya bila dikejutkan oleh pengawal keselamatan sekolah. Dengan terketar2 penuh ketakutan dia ceritakan pengalamannya tadi pada pengawal keselamatan tersebut yang begitu sabar mendengar penjelasannya. Beliau pujuk dan tenangkan budak lelaki tu dan lepas tu suruh dia balik terus ke rumah. Budak lelaki tu memanng yakin dia jumpa hantu dan sejak kejadian itu dia enggan lagi datang ke sekolah pada waktu malam.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Pada sekitar tahun 1994 pula, seorang budak lelaki tahun 6 bersama2 rakan sekelasnya bermalam di sekolah pada cuti musim panas dan antara aktiviti diorang pada malam tu ialah main sorok2 di semua koridor dan kelas.


Budak lelaki ni cari tempat yang paling gelap dan hujung dengan tujuan nak menakut2kan kawan2nya nanti. Ketika dia berjalan menuju ke hujung koridor, dia terasa macam diperhatikan oleh seseorang dari dalam kantin yang gelap-gelita. Dia pun tolehlah nak tengok ke situ dan ternampak ada sesusuk tubuh budak lelaki yang bermata merah sedang merenungnya. Menyedari budak tu bukan dari kalangan kawan2nya, dia lari dari situ tapi baru beberapa tapak melangkah, dia rasa perbuatannya tu macam bodoh pulak lalu dia patah balik nak bersemuka dengan budak tu. Namun bila sampai kat tempat tadi, budak tu dah tak ada.


Dia cabut lari dari situ dan pergi semula dekat kawan2nya tapi hanya mendiamkan diri tak cerita dekat diorang yang dia ternampak kelibat pasal takut kena ejek.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


Di penghujung tahun 1970-an di Jeonju, Daerah Jeolla Utara, terdapat sebuah sekolah rendah yang dikatakan dihantui oleh roh2 orang yang dah mati. Alkisahnya, sekolah tu dulu dibina atas tapak tanah perkuburan lama dan ia tak dibersihkan dengan betul atau dengan kata lainnya, tak semua mayat di situ dipindahkan ke tempat lain dengan sebaik2nya. Sebab itu sejak sekolah itu siap dibangunkan, para pelajar selalu mendakwa terdengar suara orang bercakap2 dalam kelas2 serta dewan2 yang kosong menyebabkan tak ada siapa yang sanggup tinggal sorang2 dalam kelas.


Fenomena ini tiba dikemuncaknya apabila seorang pengawal keselamatan baru diambil berkerja untuk menjaga sekolah. Pada malam pertama bertugas membuat rondaan, dengan hanya menggunakan lampu pelita lama beliau memeriksa dari satu bangunan ke satu bangunan sekolah bagi memastikan setiap pintu dan tingkap dah ditutup rapat serta berkunci.


Sekitar jam 2AM, semasa berjalan menelusuri koridor yang berlantaikan kayu, dia terdengar gema bunyi derapan tapak kaki sedang berjalan dan dia begitu yakin ia bukan datang darinya. Dia pun berhenti berjalan, pasang telinga untuk dengar betul2 ia datang dari mana tapi bunyi tu turut berhenti. Sebaliknya, dia terdengar pula bunyi orang perempuan menangis teresak-esak sambil bergumam sesuatu.


Situasi ini berlaku begitu pantas dalam beberapa saat aje jadi beliau rasa ia sekadar mainan perasannya dan tak fikir yang bukan2. Bila dah yakin tak ada apa2, beliau pun nak teruskan tugas tapi sebaik saja mula melangkahkan kaki, bunyi tapak kaki tu kembali semula diikuti suara perempuan menangis dan bergumam macam tadi.


Nekad nak cari juga punca bunyi dan suara itu, beliau berulang-alik pergi ke sana ke mari tetapi ia seolah2 mempermain2kan beliau - sekejap datang dari arah depan apabila beliau patah balik ke belakang, dan bila beliau pergi semula ke depan, ia macam berada di belakang pulak. Sepanjang malam tersebut, beliau terus-terusan disakat sebegitu.


Esok paginya bila semua guru dan kakitangan sekolah sampai, beliau terus bagitau peristiwa yang dialaminya malam tadi. Walaupun demikian, mereka semua bukan saja enggan percaya malah nafikan perkara tersebut dan cuma cakap yang beliau hanya berimaginasi semata2 walhal khabar angin tentang keangkeran sekolah itu mereka dah lama tau…kalau tak kenapa ketara sangat tak ada seorang pun dari mereka yang sudi tunggu dalam kelas dan kawasan sekolah lepas masuk waktu senja.


Pengawal keselamatan tu cuma mampu bertahan seminggu saja bertugas di situ. Katanya setiap malam bunyi tapak kaki tu makin lama makin dekat, manakala suara perempuan menangis dan menggumam pula makin lama makin kuat. Beliau pun dah tak kuasa nak ambik tau mana datang semua bunyi tu.


Cikgu-cikgi ramai je yang dah terkena dan nampak macam2. Kejadian yang paling kerap mereka alami adalah ada pelajar ‘tambahan’ dalam kelas bila mengajar waktu malam – dahlah tak pernah tengok muka pelajar tu, nama dan nombor kelas yang tertera pada tag namanya pun tak wujud kat sekolah tu…


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;



Akhir sekali, cerita pasal asrama perempuan yang angker dekat sebuah kampus universiti yang kecil dalam satu kawasan pedalaman yang terpencil di pinggir bandar.


Pada penghujung tahun 1999, dua orang pelajar senior bernama Kang Ji Hyun dan Lee So Yeo dijumpai mati dalam bilik2 asrama mereka. Kedua2nya pernah mengadu tak boleh tidur malam dan sering alami mimpi ngeri.


Mereka ada buat laporan sering diganggu dan dihendap oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kampus tersebut. Pernah terjadi suatu hari tu Lee So Yeo balik ke bilik asrama dalam keadaan yang sangat beremosi serta serabai tak terurus ditambah dengan pakaian yang koyak-rabak.


Ketakutan dan trauma misteri yang mereka alami lama-kelamaan memakan diri dan mereka dah tak pergi kelas, hilang terus selera makan dan tak nak mandi sebab diorang cakap lelaki yang tak dikenali tu sentiasa mengintai mereka dalam bilik air.


Akhirnya, mereka berdua sama2 ambik keputusan untuk bunuh diri pada 19 Oktober 1999. Semenjak itu, para pelajar lain dekat asrama tu mula mengalami peristiwa2 aneh dan mistik seperti dengar bunyi pintu bilik diketuk dan tombok pintu dipulas2 dari luar tapi bila diperiksa, tiada sesiapa pun. Manakala mentol2 lampu selalu meletup secara tiba2, cermin2 dan juga cermin tingkap pula tiba2 retak tanpa sebab.


Yang paling menyeramkan ialah penampakan pada waktu malam - jelmaan yang dakwa diri mereka adalah kedua si mati tu datang ke bilik2 mereka dulu dan tanya penghuni2 baru kenapa diorang duduk kat bilik mereka.


Penghuni baru yang tak tau cerita akan pergi ke bilik pengurusan dan bila datang semula dengan warden, jelmaan2 tersebut dah hilang. Orang cakap roh diorang ni takkan tenang selagi diorang tak tamat belajar atau selagi lelaki bedebah tu tak ditangkap.


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

That’s all for now folks..until then... Selamat berpuasa, mohon maaf andai tersilap terkasar bahasa dan kata. InsyaAllah semoga segala amal soleh serta ibadah kita semua semasa Ramadan nanti, sebelum dan selepasnya diterima Allah swt. Amin Ya Allah Ya Mujib Ya Rabbal Alamin.



 
Sponsored Post

Burp! Alhamdulillah.. kenyang khatam thread ni. Takde update lagi dah ke dekat thread ni bro lempeng? Ucapan last tu macam dah habis je, tapi tengok ada bukak thread baru lain
Ye asalnya bulan pose ni saya nak kekal hiatus dan berhibernasi je dalam gua. Tapi nak menyempurnakan dan menunaikan hajat orang, so takpe ok je. Kurang2 thread Tamar Jalis & Tok Awang Ngah tu dapat membangkitkan keinsafan dan keimanan orang bila membacanya..berbaloilah terkorban waktu hibernasi tuh. Jangan risau, InsyaAllah ada rezeki n umur panjang saya tetap akan update thread ni masa Syawal nanti...tungguuu...
 
1744248023734.png



HANTU DI RUMAH PAKCIK

Dulu masa kecil, aku suka dengar cerita hantu daripada atuk, nenek, dan orang-orang tua. Walaupun takut, aku tetap sanggup berjaga malam sebab nak rasa sendiri pengalaman tengok hantu… tapi sayangnya, tak pernah nampak apa-apa yang pelik. Bila dah besar, aku jadi tak percaya langsung dengan hantu. Aku tak takut gelap, tak takut duduk sorang-sorang, dan boleh layan cerita seram macam makan kacang. Sampailah satu kejadian mengubah segalanya…

Masa tu umur aku lebih kurang 17 tahun. Aku pergi bercuti ke rumah pakcik sebelah mak kat Gujarat. Dia baru pindah ke rumah kuarters kereta api yang lebih besar. Kami bertolak dari Mumbai ke Vadodara dan sampai rumah dia dalam pukul 10 malam. Rumah tu ada susunan pelik—dari pintu masuk ada beranda panjang, di sebelah kiri ada bilik air dan tandas, manakala ruang tamu dan bilik tidur kat sebelah kanan. Dari ruang tamu, boleh nampak terus ke beranda.



1744248668623.png





Lepas makan malam, kami semua lepak tengok TV dalam ruang tamu. Tengah syok tengok, tiba-tiba aku nampak kelibat putih berkabus berlari melintas beranda menuju ke bilik air. Mula-mula aku fikir mungkin aku mengantuk, mata dah main-main sebab letih travel. Tapi… benda tu muncul lagi! 2-3 kali! Aku terus bagitahu pakcik, tapi dia cakap mungkin burung merpati sebab memang ada sarang burung kat beranda. Tapi aku tahu, itu bukan burung! Aku cuba abaikan dan tidur macam biasa.

Keesokan harinya, aku dah lupa terus pasal kejadian tu. Aku pun buat rutin biasa—masuk bilik air untuk mandi. Tapi sebaik saja aku melangkah masuk, badan aku menggigil. Rasa takut menyelinap dalam tulang, seolah-olah ada sesuatu yang sangat buruk dalam bilik air tu. Aku keluar secepat mungkin dan bagitahu mak dan pakcik. Macam biasa, mereka cuba tenangkan aku. Tapi mak aku perasan, sebagai seorang yang tak pernah takut, mesti ada sesuatu yang tak kena kalau aku boleh jadi macam ni.

Selama 5 hari aku duduk di rumah tu, kejadian pelik tak berhenti.
👻 Asyik nampak bayang putih kat beranda.
👻 Setiap kali masuk bilik air, mesti menggigil ketakutan.
👻 Rasa seram yang tak masuk akal dekat beberapa tempat dalam rumah—terutama dekat rak buku dalam bilik tidur.

Aku langsung tak faham kenapa benda ni jadi kat aku. Dua tahun berlalu, baru aku tahu jawapannya.

Lepas dua tahun, pakcik aku akhirnya berpindah ke rumah lain. Bila aku jumpa dia, dia bagitahu, rumah tu memang berhantu. Banyak kejadian buruk berlaku sepanjang 2 tahun dia tinggal di situ, sampai akhirnya dia terpaksa pindah keluar.

Rupa-rupanya, beberapa tahun sebelum tu, seorang gadis pernah bunuh diri dalam rumah tu. Dia bakar diri dekat rak buku dalam bilik tidur, berlari melintasi beranda ke bilik air… dan akhirnya mati di dalam bilik air.

Lepas dengar cerita ni, aku terus meremang satu badan. Pakcik aku kata dia tak nak rosakkan percutian aku, sebab tu dia tak bagitahu masa tu.

Tapi hakikatnya… pengalaman seram tu pun dah jadi sebahagian daripada hidup aku.
 
AKIBAT MABUK TODI


Suatu hari, ada seorang pemuda duduk dekat tepi sungai kat kampung, minum arak sambil lepak dengan kawan-kawan. Kira tengah chill lah masa tu. Tapi tiba-tiba gaduh, pastu pemuda tu mula menjerit kuat sambil maki hamun dengan bahasa kasar. Tapi kawan-kawan dia cuba tenangkan dia.


Lepas tu, dalam sekelip mata je dia rasa macam ada angin sejuk gila lalu tembus badan dia. Terus dia punya mabuk todi tu hilang habis. Lepas tu diorang bersurai dan balik rumah masing-masing. Dia pun terus masuk bilik dan tidur. Masa tengah tidur tu, dia nampak ada bayang-bayang panggil dia. Tapi sebab penat sangat, dia biarkan je dan sambung tidur.



Besok pagi bila dia bangun, dia perasan muka dengan tangan dia ada kesan calar macam kena cakar. Dia terus pergi jumpa mak ayah dia dan cerita apa yang jadi. Lepas tu dia jatuh sakit, dan orang kampung cakap dia meninggal sebab “pani bharai gayo che” (macam paru-paru dia penuh air atau sesuatu, tak pasti sangat tapi memang serius lah, dia meninggal masa tidur).


Yang peliknya, sebelum dia meninggal tu, dia asyik cakap yang dia nampak seorang perempuan suruh dia “bercakap dengan dia”. Orang kampung semua cakap, tempat yang masa diorang lepak tepi sungai tu, sebenarnya dekat dengan kawasan kubur. Mungkin dia ni dah terlanggar atau kutuk roh yang lalu atau apa-apa lah.


Aku tak tahu nak percaya ke tak, tapi dia memang meninggal sebab tu. Semua orang kat kampung asyik cakap benda yang sama — “Pani bharai gayo che”.


''''''''''''''''''''''''''''''''''

“Pani bharai gayo che” (bahasa Gujarat) - - dalam cerita ni mungkin maksudnya macam “dia ‘kena’ sesuatu” atau “ada gangguan mistik yang buat paru-paru dia penuh air” atau dia mati dengan keadaan yang macam sesak nafas. Kalau ikut kepercayaan orang kampung, benda ni biasanya dikaitkan dengan makhluk halus atau roh yang marah. Tapi dari sudut perubatan, dia boleh jadi masalah paru-paru yang serius, macam pneumonia atau lemas.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
7.15 pagi


Aku seorang pelajar jururawat tahun 2 dari College East pada tahun 2006. Masa tu aku ditugaskan ke Hospital SGH untuk latihan industri (I.A.) sebab tu memang sebahagian daripada modul yang wajib lulus.

Kejadian ni berlaku di Blok 4, tingkat 3. Aku ditugaskan di wad kat situ. Kalau kau seorang jururawat, kau mesti tahu tempat yang aku maksudkan ni.

Aku kena habiskan 2 bulan di wad tu, dan masa kejadian ni aku baru masuk minggu ke-3. Aku sedang jaga seorang pesakit — buah pinggang dia dah tahap kedua kegagalan, maksudnya dah dekat sangat nak masuk tahap ketiga… yang kalau jadi, boleh menyebabkan kematian.

Sepanjang seminggu aku jaga dia, aku mula kenal lebih tentang keluarga dia dan kehidupan dia. Dia ni seorang pakcik yang sangat peramah. Dia banyak bantu aku habiskan masa syif aku dengan sembang dan gelak ketawa. Jadi, aku pun memang lebih banyak luangkan masa dengan dia berbanding pesakit lain. (Inilah kelebihan jadi jururawat pelatih.)

Lepas dua minggu, rasa macam dia dah jadi macam kawan sendiri. Sampailah satu petang Jumaat, masa syif aku habis, aku sempat ucap selamat tinggal dekat dia dan cakap aku akan jumpa dia Isnin nanti dalam keadaan yang lebih sihat. (Itulah kali terakhir…)

Hari Isnin pun tiba. Aku datang macam biasa. Masa tu pukul 7.15 pagi. Aku sorang je dekat kaunter menunggu tukar syif. Tiba-tiba aku nampak pakcik kesayangan aku tu jalan melintas depan kaunter nak ke tandas.

Aku pun panggil dia, “Eh, pakcik! Dah boleh jalan dah? Baguslah tu, bagus! Jalan pelan-pelan ye. Atau nak saya tolong?”

Dia balas dengan tenang, “Takpe, nak. Pakcik ok je. Kau dah banyak bantu pakcik dah. Kau pun banyak kerja kan? Pergi, pergi buat kerja kau.” Lepas tu dia terus jalan, dan masa dia nak masuk selekoh ke arah tandas lelaki, dia toleh dan cakap, “Betul ni, nak. Terima kasih banyak-banyak.”

Sebagai jururawat, benda macam ni dah biasa sangat—ucapan terima kasih, kata-kata semangat… Jadi aku teruskan buat kerja aku.

Tapi masa tukar syif dan waktu serah laporan pesakit, nama pakcik tu langsung tak disebut dalam laporan harian. Aku pun tanya status dia.

Semua jururawat senior terkejut. Diorang tanya balik, “Kenapa kau tanya pasal dia?” Aku jawab, “Saya baru je nampak dia jalan ke tandas tadi.”

Muka semua orang berubah! Salah seorang jururawat senior tarik aku ke tepi dan suruh aku berhenti cakap. Lepas tu dia beritahu… pakcik tu dah meninggal dunia semalam. Kematian mendadak sebab kegagalan buah pinggang yang makin teruk dan doktor dah tak dapat selamatkan dia.

Aku tak percaya. Aku terus lari ke katil dia - dah kosong… takde barang langsung. Aku pergi tandas, takde sesiapa pun kat dalam.

Masa tu baru aku rasa tak tentu arah. Lepas beberapa lama, aku cuba redha dan terima berita kematian dia. Aku pun baca nota kes dia. Masa dia disahkan meninggal… sama tepat dengan waktu aku nampak dia pagi tadi — pukul 7.15 pagi.

::::::::::::


 
The Haunted Old Changi Hospital.



Cerita ni berlaku masa zaman aku tengah berkhidmat dalam askar, beberapa tahun lepas.
Kitorang ada satu geng — 12 orang dari kem yang sama. Semua minat yang sama: “explore” tempat keras dan “cari” hantu. Tempat yang kami pernah pergi termasuklah tanah perkuburan Cina Lim Chu Kang dan tanah perkuburan Mount Pleasant — semua waktu tengah malam, semata-mata nak rasa thrill dan adrenalin.

Nasib aku baik sebab tak pernah kena apa-apa pelik... sampailah malam kami decide nak terjah Old Changi Hospital.

Sekarang bangunan tu dah direnovasi jadi hospital baru yang moden dan cantik. Tapi dulu, ia cuma bangunan tua terbiar - kotor, reput, seram. Kalau kau pernah jejak tempat tu, kau mesti faham apa aku maksudkan.

Malam kejadian tu, kami tengah hadiri parti hari jadi kawan satu kem di sebuah chalet berdekatan. Tiba-tiba ada yang bagi cadangan: “Eh, kita dah dekat sini, jom la try redah Old Changi Hospital tu!” Maka dalam pukul 11 malam, kitorang pun tinggalkan parti dan gerak ke destinasi.

Sampai je sana, kami ikut salah seorang kawan yang dah pernah masuk sebelum ni. Kami lalu ikut pagar tepi yang bawa ke satu pintu kecil bangunan tu. Bila sampai tangga tingkat pertama, kawan tu cadangkan, “Jom naik ke tingkat paling atas, lepas tu kita jalan ikut koridor sampai hujung bangunan.” Semua pun setuju.

Masa kami tengah menyusur koridor tu, ramai yang menyimpang masuk bilik-bilik kat tepi sebab nak tengok keadaan bangunan yang dah usang. Jadi pergerakan kami pun dah tak teratur — ada yang tertinggal belakang, ada yang potong ke depan. Malam tu ada dalam 17, 18 orang termasuklah awek-awek yang dibawa sesetengah kawan. Aku pun tak berapa pasti siapa yang betul-betul ada dekat sekeliling aku masa tu — bila kau dah nervous dan takut, memang kau tak perasan sangat hal-hal macam ni.

Akhirnya kami sampai hujung koridor, dan aku dengar kawan aku jerit suruh turun ikut tangga ke tingkat bawah. Yang di depan dah mula turun, aku pun ikut dari belakang. Aku antara yang paling belakang masa tu, jadi aku cuma ikut je siapa yang ada depan aku.

Untuk yang pernah pergi sana, korang tahu tangga tu terus dari tingkat atas sampai ke tingkat bawah tanah. Setiap aras, kau kena turun dua flight tangga — lepas yang pertama, kena buat pusingan U, baru turun lagi satu flight nak sampai ke aras seterusnya.

Masa tu, aku nampak ada sorang depan aku pakai baju putih tengah turun tangga. Aku pun ikut je dari belakang. Bila aku dah turun satu flight dan nak buat pusingan U untuk turun flight yang kedua - masa tu lah aku dengar suara kawan-kawan aku panggil.

Aku pandang ke atas — semua tengah berdiri atas tangga. Aku toleh ke arah dinding, tengok tanda aras — terang-terang tulis B1.

Kawan aku tanya, “Weh, kau nak pergi mana tu?”

Aku tak cakap apa-apa. Aku cuma patah balik, naik tangga semula dan join diorang. Lepas tu kami terus keluar dari bangunan tu.

Aku tak cerita apa-apa malam tu. Sebab orang tua-tua selalu pesan, kalau kau terserempak benda pelik, jangan terus cerita tempat kejadian. Buat biasa je. Jangan tegur, jangan react lebih-lebih.

Tapi sampai sekarang, satu soalan masih berlegar dalam kepala aku…

Siapa sebenarnya orang yang aku ikut turun ke B1 malam tu?
:::::::::::::::::::::

Lepas floor B1 - basement B0? lubang kubur?


 
Jembalang Dalam Almari



Tugas sebagai seorang juru audit serantau memerlukanku untuk kerap terbang ke negara2 ASEAN. Kisah ini berlaku ketika pertama kali aku diarahkan memulakan tugas di luar negara, iaitu di Bangkok, Thailand. Tempat tinggal yang disediakan adalah di sebuah pangsapuri servis, tingkat 5.



Aku tak rasa apa-apa yang ganjil pada malam pertama.

Masuk malam kedua, aku dikejutkan dari tidur pukul 3.30 pagi dengan bunyi bising beberapa ekor anjing menyalak dengan kuat sambil melolong-lolong di luar.

‘Apesal tak menyalak malam semalam? Kenapa pilih malam ni baru nak menyalak? Kuat giler pulak tu macam bebetul kat luar tingkap bilik…ish, kan aku kat tingkat 5 ni, adoiyai…’



Setengah jam kemudian baru bunyi salakan, lolongan tu berhenti. Aku cuba sambung tidur balik. Baru nak lelapkan mata, ada bunyi dentuman yang kuat dalam bilik aku! Bunyi tu datang dari dalam almari. Ia bergegar dan bergoncang kuat macam ada sesuatu nak keluar dari dalam tu. Terus hilang rasa mamai mengantuk, hanya terkaku tak berani nak bergerak. Walaupun ia berlaku dalam tempoh 30 saat je, aku rasa macam lama nak mati.



Dengan badan dah basah lencun berpeluh-peluh dan tangan terketar-ketar, aku petik suis lampu tidur atas meja tepi katil dan jeling ke arah almari tersebut. Mujurlah tak ada apa-apa kat situ.



Sambil tenangkan diri, pejam mata dan tarik nafas, aku bercakap sorang-sorang untuk sedapkan hati sendiri: “Ah, kalau betul ada benda nak kacau aku, lampu ni mesti dah padam punya.”



Sebaik saja perkataan tu meluncur keluar dari mulut aku, lampu tu pun tiba-tiba terpadam!



“Ini.. bukan kebetulan lagi ni!” Aku lompat turun katil, ambik dompet dan henfon, cepat-cepat cabut keluar dari pangsapuri tu dan mintak tukar ke unit lain.

Biasanya kalau nak tidur aku akan tutup semua lampu dan hanya biarkan lampu billik air saja terpasang. Start dari duduk di pangsapuri baru ni dan bila ditugaskan ke tempat-tempat lain lepas tu, aku dah tak buat macam tu lagi.

Esoknya aku pergi semula ke unit semalam untuk kemaskan barang-barang dan bawak pindah ke unit baru. Bila diperiksa lampu tu, memang mentolnya dah terbakar. Tapi, adakah ia suratan atau kebetulan, atau sejenis gangguan?


::::::::::::::::::::

 
Wanita Berpakaian Putih di Hujung Koridor



Beberapa tahun lepas, aku dan isteri pergi bercuti ke Bangkok untuk trip membeli-belah selama 3 hari 2 malam. Kami menginap di Bangkok Palace, hotel yang terletak di bawah lebuhraya.

Kami tiba waktu petang dan check-in di bilik tingkat 3. Koridor hotel tu panjang, dinding dihiasi lampu-lampu yang terang, dan bilik kami terletak betul-betul di tengah koridor. Lepas kami kemas barang, kami terus keluar shopping... tak ada apa-apa yang pelik pun masa tu.

Balik ke hotel lepas makan malam – masa ni dah tengah malam. Kali ni, koridor tu gelap. Banyak lampu dinding tak menyala. Masa jalan ke arah bilik, isteri aku pegang lengan kanan aku kuat-kuat, berjalan rapat sebelah aku. Sebab aku tahu dia jenis penakut, aku tak fikir banyak dan terus buka pintu bilik macam biasa. Tapi bila aku toleh ke belakang, aku nampak isteri aku tengah renung ke hujung koridor yang gelap tu, muka dia pucat. Aku tanya dia:

“Sayang tengok apa tu?”

Aku pun toleh ikut arah pandangan dia, tapi aku tak nampak apa-apa pun. Dia cuma jawab:

“Tak ada apa-apa.”

Masa tu aku dah rasa lain macam, tapi sebab dia tak nak cerita, aku diamkan saja. Malam tu aku berjaga, aku hanya tidur lepas isteri aku dah tertidur dulu. Nasib baik tak ada apa-apa berlaku.



Pagi esoknya, kami bersiap nak keluar shopping lagi. Masa aku tengah tutup pintu bilik, isteri aku tiba-tiba jalan sendiri ke hujung koridor.
Aku cepat-cepat tutup pintu dan ikut dari belakang.

Kali ni, semua lampu dinding koridor berfungsi semula, terang benderang.
Sampai je kat hujung koridor, dia pandang ke sebelah kanan yang cuma ada dinding konkrit sepanjang lebih kurang 8 hingga 10 meter, langsung tak ada pintu atau lorong keluar.

Muka dia pucat lagi. Aku tanya:

“Sayang okay ke?”

Dia cuma jawab:

“I ok... jom kita pergi shopping.”



Lepas shopping dan makan malam, kami balik hotel lagi dalam lebih kurang tengah malam juga.
Dan macam malam pertama... koridor tu gelap semula, banyak lampu tak menyala.

Masa jalan ke bilik, isteri aku paut lengan aku sekali lagi, tapi kali ni dia pegang lebih kuat dan berjalan betul-betul di belakang aku, kepala dia sembunyikan belakang bahu aku.
Aku dah agak, mesti dia nampak sesuatu kat hujung koridor tu.

Aku renung tajam ke arah hujung koridor, tapi aku tak nampak apa-apa. Bila aku buka pintu bilik, dia terus meluru pergi ke katil, baring dan selubung diri dengan selimut.

Aku tanya dia:

“Nak tukar bilik ke? Atau pindah hotel?”

Dia jawab:

“Dah lewat malam. Tidur je. Jangan tanya apa-apa sampai kita balik rumah nanti.”

Lepas aku mandi, aku baring sebelah dia. Dia dah pun lena.
Aku cium dahi dia… dan baru aku perasan, badan dia panas! Dia tengah demam.
Aku ambil tuala sejuk, letak kat dahi dia, dan berjaga sampai pagi.



Esok paginya, dia masih nampak lemah dan demam sikit. Kami kemas barang dan terus ke lapangan terbang.
(Masa kami keluar dari bilik, semua lampu koridor menyala terang semula!)

Yang peliknya, dalam perjalanan ke lapangan terbang, demam dia tiba-tiba hilang.
Dia nampak sihat macam biasa.



Sampai rumah dan tengah unpack barang, barulah dia buka mulut cerita semuanya.

Malam pertama tu, dia nampak seorang wanita tua berpakaian serba putih, tolak troli pencuci menuju ke hujung koridor.
Sampai hujung, wanita tu belok ke kanan dan jalan terus.
Tak ada yang nampak pelik masa tu, cuma isteri aku rasa meremang sikit.

Pagi esoknya, sebab curious, dia pergi sendiri ke hujung koridor tu — dan dia baru sedar yang belah kanan tu ialah tembok konkrit.

Maksudnya - wanita tua tu masuk ke dalam dinding!

Malam kedua pula, masa kami tengah jalan ke bilik - dia nampak wanita yang sama berdiri di hujung koridor, tapi kali ni, merenung tajam ke arah kami.

Sebab tu dia terus pegang tangan aku dan sembunyikan kepalanya kat belakang aku.

:::::::::::::::


 
Hantu Air



Sekitar tahun 70an, mak tinggal di Kemboja. Masa tu beliau masih belasan tahun.

Pada suatu hari, mak menaiki bot bersama nenek menuju ke satu tempat. Dalam perjalanan, mak rasa mengantuk dan tertidur. Sedang dalam lena, sayup-sayup terdengar suara nenek memanggil-manggil nama timangan mak.

Dia terjaga dan mendapati nenek tiada disisinya. Lantas dia bangun dan cari sumber dari mana arah suara nenek datang - ia masih berterusan kedengaran memanggil mak. Akhirnya mak terjumpa nenek di bahagian lain bot sedang nyenyak tidur bersama dengan para penumpang yang lain. Segera mak kejutkan nenek bangun dan ceritakan apa yang terjadi.

Nenek cakap situasi ni biasa terjadi dalam apa jua bentuk perjalanan atas air, sama ada di parit, sungai, laut atau tasik.

“Kalau ada yang menyahut panggilan misteri tu, pastii lepas tu orang tu hilang atau mati lemas dalam air. Boleh kata benda ni hantu air jugak la.” jelas nenek lagi.

Mujurlah mak diam aje tak menyahut masa dia dipanggil tu. Kalau tak, tak wujudlah aku untuk menceritakan kisah itu di sini.

:::::::::::::
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register