BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antologi Cerita Hantu/Seram/Mistik Seluruh Asia

Pelajar Tambahan


Aku jadi cikgu bahasa Inggeris di sebuah sekolah kampung di Jepun. Pada cuti musim panas, kami akan uat aktiviti latihan dalam kelas. Pelajar yang datang memang telah ditetapkan sekian2 jumlahnya, tak lebih tak kurang. Ini disebabkan peruntukan bahan pembelajaran untuk aktiviti tersebut tak banyak dan kami harus gunakan berpada2.


Hari tu aku hanya jadi pembantu cikgu yang bertugas. Aku hulurkan kertas latihan di meja pelajar yang paling hadapan untuk diagihkan ke belakang. Bila salah seorang pelajar memanggilku dan cakap dia tak dapat, aku jadi pelik bin ajaib. Takpelah, aku sediakan aje satu set lagi untuk dia. Ketika aku serahkan kertas kerja tu kepadanya, dia mintak diri nak pegi biiik air.


Lama betul dia pergi. Aku minta tolong sorang cikgu lelaki tengok2kan pelajar tu kat tandas, kot2 pengsan ke apa. Cikgu lelaki tu kembali ke kelas, bagitau dia tak jumpa sesiapa pun dalam tandas. Aku ingat budak lelaki tu mungkin dah cabut balik rumahlah agaknya.


Aku sibuk melayan pertanyaan dan keperluan para pelajar dan lupa pasal budak tu. Lepas kutip semula kertas2 latihan yang dah siap, ada satu set yang kosong tak berusik. Dan aku lihat tempat duduk pelajar tadi masih kosong.


Aku tanya pada pelajar2 lain kot2 diorang tau siapa budak tu. Tapi mereka hanya mengeleng2kan kepala sambil memandangku dengan pandangan pelik dan macam takut pun ye.



cg empty seat.jpg
 
Sponsored Post

Perempuan Misteri


Aku berkahwin dengan seorang wanita Jepun. Masa mengandungkan anak pertama kami, dia jatuh sakit sebab alahan yang sangat teruk dan balik ke kampung halamannya untuk berubat secara tradisional. Dia duduk dengan ibunya di kampung sepanjang tempoh dia mengandung tu.


Lagi 2 minggu dia dijadualkan untuk jalani pembedahan ‘Caesarean’, aku terbang ke Jepun dan duduk di rumah keluarganya untuk bersama dengan isteriku dan bakal anak kami. Itulah kali pertama aku datang ke situ. Rumahnya memang betul2 rumah kampung tradisional Jepun, lengkap dengan tempat sembahan yang khusus, dipenuhi dengan plak2 nama nenek moyang kaum keluarga yang dah mati. Atuknya yang dah berumur hampir 90 tahun masih sihat dan dijaga oleh maknya.


Kehidupan di situ serba-serbi secara tradisional, tidur pun atas lantai. Pada satu malam kira2 jam 3 pagi, aku tersedar dari tidur dan mendapati dekat kaki isteri ada seorang perempuan sedang berdiri di situ sambil tersenyum. Dia memakai kimono biru bercorak bunga2 perak. Bila aku bangkit dari tempat tidur, dia terus ghaib perlahan2 hilang dari pandangan mataku…


Keesokan harinya aku bertanya pada isteri dan ibunya adakah mereka kenal dengan perempuan dengan penampilan semalam tu, namun tiada siapa yang tau siapa perempuan misteri tu.



kimono.jpg
 
Hantu AirBnB


Masa bercuti panjang di Jepun pada penghujung November 2016, aku pernah jumpa hantu dalam sebuah pangsapuri AirBnB di Kyoto.


Waktu kejadian, aku tengah lena atas tilam tatami dalam bilik tidur. Tiba2 aku terjaga dan tak boleh tidur balik. Pastu ternampak ada seorang lelaki tua yang agaknya berusia dalam lingkungan 60-an, berbusana tradisional Jepun berjalan dari arah kanan bilik, pusing ikut belakang kepalaku, lalu di sebelah kiri dan terus hilang dari pandangan.


Wajahnya jelas tapi batang tubuhnya tembus lutsinar. Dia hanya memandang ke hadapan semasa berjalan tanpa menoleh ke arahku. Tapi aku tak takut pun dengan penampakan tu dan siap sambung tidur balik.


Malam berikutnya lagi seram. Aku tersedar lagi dari tidur yang lena dan dah dapat agak benda sama macam semalam bakal berlaku. Memang betul pun. Lelaki tua tu datang lagi. Bila dia pergi ke belakang kepalaku, aku pandanglah ke kiri nak tengok dia, tapi tak nampak pulak dia lalu. Hairan aku.


Tiba2, bucu gebar di peha kiriku mula terangkat. Dalam dekat 2 meter dah terangkat, aku mula kecut dan panik tapi tak mampu buka mulut bersuara. Dalam hati aku menjerit: “Sudah! Jangan kacau aku lagi!”


Gangguan tu berhenti dan terus takde lagi dah lepas tu. Apa2 pun, aku tetap tak takut. Aku ceritakan pengalaman itu pada cikgu bahasa Jepun yang datang mengajar di pangsapuri tu dan dia takut macam histeria. Begitu jugak rakan2 bangsa Jepun yang lainn, reaksi mereka jauh lagi ketakutan dari aku bila mendengar kisah tu.


"""""""""""""""""""""""""""""""""
 
Rakan Serumah


1y.jpg


Shizuka berpindah ke rumah baru. Tanpa diduga, rumah tersebut dah pun ‘berpenghuni’.


Tiap malam dia dengar bunyi duit syiling jatuh. Bila bangun pagi, didapati kepingan2 wang syiling satu yen bertaburan di seluruh bilik sampai dalam almari pakaian.


Walaupun rasa terganggu namun Shizuka buat tak tau saja. Keadaan ini berterusan selama beberapa hari. Seorang kawan bernama Uzumaki menawarkan diri untuk menemani dia pada hujung minggu pertama Shizuka berada di situ.


Tapi keadaan jadi bertambah buruk. Pada waktu tengah malam, bingkai2 gambar berjatuhan dari dinding, periuk belanga berlaga2 dan kabinet di bawah sinki dapur terbuka dan tertutup dengan sendirinya.


Keesokan harinya Shizuka ikut Uzumaki keluar dari rumah tu dan menumpang sementara waktu di rumah Uzumaki. Hari Jumaat berikutnya, Shizuka pulang semula ke rumah tu selepas habis kerja. Dia mendapati duit2 syiling satu yen penuh bertaburan atas lantai hingga ke setiap penjuru rumah, dalam almari pinggan mangkuk dan sekitar almari baju.


Yang peliknya, sebelum ni dia tak perasan langsung yang jiran2 sebelah-menyebelah menaburkan garam atau meletakkannya di dalam piring2 kecil di luar pintu rumah mereka. Nampaknya mereka tu dah tau tentang perkara ni.


Shizuka cekalkan hati untuk terus tinggal di rumah tu, dia pasrah terima jelah hakikat akan situasi rumah tersebut. Akhirnya rakan2 sekerja Shizuka bawakkan seorang tok sami dari sebuah kuil untuk tolong selesaikan masalah ni. Tok sami tu cakap ada seorang kanak2 lelaki mati di rumah tu dan rohnya masih bergentayangan di dunia ni, tak dapat beralih ke alam seterusnya.


Usaha bawak tok sami tu taklah membantu sangat. Entiti tu cuma menjadi2 mengacau bila Shizuka ada tetamu datang ke rumah. Lama-kelamaan, kejadian2 pelik di rumah tu makin berkurangan, termasuklah taburan wang syiling satu yen. Hanya, kadang2 bila dia terjumpa sekeping duit syiling satu yen dalam rumah tu, terasa macam benda tu nak bagitau yang ia masih wujud di situ.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Bilik Puaka


cg heather.jpg



Pada tahun 2010, aku diterima bekerja sebagai guru oleh sepasang suami isteri yang berasal dari Kanada yang baru buka sebuah sekolah persendirian di Nara, Jepun. Oleh sebab ia baru lagi, maka masih banyak faedah dan kemudahan yang masih belum ada. Aku perlu cari sendiri tempat tinggal yang dekat dengan sekolah tersebut, iaitu di sebuah kampung pendalaman. Jadi bila saja aku terjumpa sebuah rumah yang besar milik seorang rakyat Kanada, aku tak lepaskan peluang dan segera mintak menyewa.


Di sebalik keindahan dan keunikan yang terdapat pada rumah tersebut, ternyata jelas ada beberapa benda yang aku memang dah perasan masa mula2 tengok rumah tu sebelum masuk menyewa. Banyak barang2 yang ditinggalkan oleh penyewa2 terdahulu pada setiap ceruk rumah tu sampaikan aku jadi keliru aku ni duduk zaman mana – begitu banyak pakaian, majalah2 dan artifak2 dari zaman tahun 80-an dan sebelumnya. Ada jugakla barang2 baru, yang ni aku agak mesti ditinggalkan oleh penyewa sebelum aku masuk ni.


Rumah2 di sini jenis bersambung, berkongsi dinding antara satu dengan yang lain. Jadi tak hairanlah kalau boleh dengar bunyi bising daripada rumah jiran sebelah-menyebelah. Adalah sekali tu masa tengah2 malam buta, aku pikirkan ada orang tengah robohkan tangga rumah, punyalah kuat bunyi. Bila diamati…agak2nyelah, jiran sebelah ni macam berjalan dalam rumahnya naik turun tangga dengan masih memakai but kerja. Dan dekat rumah yang sebelah lagi pulak, kedengaran bunyi kucing mengiau dengan kuat sampai serak suara dan lama2 langsung senyap.



Keadaan ni buat aku rasa tak senang duduk. Ada sesuatu macam tak kenaje dengan rumah ni. Tempat yang aku rasa paling seram-sejuk ialah dekat bilik tidur aku ni. Aku pilih bilik ni sebab ia satu2nya lokasi dalam rumah tu yang punya capaian internet wi-fi yang paling laju. Sekurang2nya kalau jadi apa2, dapatlah aku hubungi seseorang nanti.


Bila malam, kadang2 terdengar bunyi2an aneh di tingkat atas ni. Tapi keanehan yang paling ketara berlaku ialah bukan pasal apa2 penampakan ke apa, tapi misteri perubahan pelik tingkah laku sepanjang duduk di rumah tu.


Pada permulaannya, aku lupa nak makan. Susah aku nak terangkan macam mana, tapi bila tiap kali keluar pegi beli barang2 keperluan di kedai yang terletak berbatu2 jauhnya, (aku kena naik keretapi, selepas beberapa hentian barulah sampai kedai. Leceh betul.) aku mesti lupa nak beli beras dan telur. Jadi bila dah takde barang dapur untuk dimasak, maka tak makanlah aku.


Kalau aku makan sekalipun sebab panik baru teringat nak makan. Itupun bila dah hampir seharian. Makan malam lagilah aku kerap langkau. Berat badanku turun sebanyak 16 kilo secara mendadak, membuatkan bos2ku melahirkan rasa bimbang dengan keadaan diriku. Seboleh2nya aku cuba ceritakan akan situasi diri, tapi amat sukar untuk aku jelaskan pada mereka sebab bila aku cuba ingat apa2, fikiranku jadi amat keliru dan buntu.


Aku sentiasa dilanda rasa gelisah, bimbang dan cemas bila berada dalam rumah tu. Aku andaikan sebahagiannya juga berpunca daripada kehidupanku yang keseorangan dan begitu terasing, memandangkan hidup aku ni celik mata terus sibuk betul dengan urusan sekolah dan tugas mengajar tanpa bantuan sesiapa. Komunikasiku hanya terhad dengan pelajar2 dan pengurus sekolah saja. Keadaan ni buat aku lama2 rasa bagai nak gila, dan kerap kali aku rasa amat resah dan nak hilang pertimbangan.


Aku juga menderita tak boleh tidur langsung masa bulan pertama duduk rumah tu. Sepanjang malam duduk je atas sofa di ruang tamu menonton tv sehingga subuh. Satu malam tu aku pi baring dalam bilik kat depan ruang tamu tu dan akhirnya dapat jugak aku lelapkan mata. Jadi lepas tu aku berpindah duduk terus dekat bilik tu je.


Mula2, aku tidur atas katil yang beralaskan tilam nipis. Masuk musim panas, aku akan biarkan pintu gelongsor kaca terbuka, dan aku bentang tilam nipis tu atas lantai dan tidur di situ. Lama-kelamaan, aku dah tak nak pakai tilam dah. Cuma bentang gebar dan tidur atas tu je tak berbantal. Takde pulak sakit belakang atau rasa tak selesa ke apa ke walaupun badan dah sekeping tinggal tulang. Perkara ni berterusan dan aku pun tak tau kenapa ia melekat jadi tabiat masa tu.


Aku mengalami kemurungan yang teruk. Aku rasa dah putus asa dengan hidup, tiba2 rasa sangat sengsara, sedih yang teramat sampai menangis beria2 dan kadang2 ketawa sendiri…bila dah sampai ke tahap nilah jadi titik tolak aku menyedari yang aku sedang mengalami krisis tekanan mental yang teruk. Aku ambil keputusan berhenti kerja dan keluar dari rumah tu.


Sebelum aku berpindah keluar, penjaga rumah tu datang periksa keadaan rumah dan bila kami pegi kat bilik atas yang aku duduk asalnya tu, dia cakap macamni: “Ish ish iish…bilik ni memang menyeramkan betul kan?”

Aku cuba korek dari dia apa sebenarnya kejadian kat bilik tu sampai jadi macam tu. Lega sikit rasa pasal bukan aku perasan sorang2...memang betullah firasatku tentang aura kegelapan yang ada dalam bilik tu. Tapi dia asyik pandang tempat lain sambil mengelak2 dari menjawab bila ditanya.


Sebaik saja dah keluar dari rumah tu dan pindah ke Tokyo, terus selera makanku kembali normal dan aku dah boleh tidur lena balik! Berat badan dah bertambah dan aku juga dah boleh tidur semula atas katil, dengan bantal. Dan aku dah tak alami tekanan atau rasa murung lagi. Dalam masa beberapa minggu, aku dan kembali pulih sepenuhnya.


Pengalamanku di Nara buatkan aku rajin mengkaji banyak sejarah2 serta cerita2 dongeng rakyat Jepun. Hanya aku tak dapat cari penjelasan atau labelkan jenis kejadian yang kualami itu. Apa yang penting, aku dah tak lagi dan tak nak alami lagi senario yang sama lepas tu.

“”””””””””””””””””””””””””””””
 
Last edited:
Peminat Misteri


asamizo1.jpg


asamizo2.jpg

Asamizo Park


Bukan saja rasa bertuah kerana dilahirkan sebagai anak askar, aku juga berpeluang belajar di sekolah untuk anak2 tentera dekat kem tentera US Forces Japan yang berpengkalan di Jepun. Bila dah habis sekolah pada awal tahun 2000-an, kebanyakan kawan sekolahku pulang ke Amerika untuk meneruskan pengajian mereka di kolej2 di sana serta memulakan hidup baru. Mereka yang dari kalangan ini majoritinya akan terus tinggal di sana dan tak kembali lagi dah ke Jepun. Mak aku orang Jepun dan bapa pula orang Amerika berkulit putih, dia masih dalam perkhidmatan tentera dan memang akan menetap terus di Jepun lepas bersara, jadi lepas tamat pengajian kolej di Amerika, mestilah aku nak balik ke pangkuan keluargaku di negara matahari terbit tu.



Kisah ini terjadi pada satu bulan December, masa tu aku balik cuti semester musim luruh. Seronok betul rasa bila dapat tau ada beberapa orang kawan memilih untuk terus menetap di Jepun lepas tamat persekolahan, jadi adalah geng melepak masa cuti2 ni. Pada suatu hari masa tu dah lewat petang, aku bersama 2 orang kawan keluar ronda2 naik kereta tanpa arah tujuan dan akhirnya tiba di satu destinasi yang terkenal sebagai pusat rekreasi, pertemuan dan melepak para muda-mudi dengan harapan dapat mengayat awek Jepun yang comel lote. Biasalah budak muda trang tang tang umur baru 18 tahun...dah memang itulah kerja kami ye tak?



James, kawan yang memandu ni - kereta dia jenis model Nissan Silvia tahun 90-an, (Kalau eksport ke luar Jepun dikenali sebagai model 240SX) dia memang kemaruk betul buat aktiviti ‘drifting’ dengan kereta dia ni. Tapi…terus-terang jelah dia buat tak jadi pun hahaha. Dah puas mengurat dan mengusik anak dara orang, dia ajak kami pergi ke Asamizo Park yang dekat2 dengan rumah kami di Sagamihara, sebab Asamizo Park ni sebuah taman awam yang sangat besar dan ada banyak lot parkir kereta. Di lot2 parkir tulah tempat dia selalu berlatih berpusing2 buat drift.



Masa sampai dekat lot parkir yang pertama, jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Aku dan Bond duduk melepak kat tepi, keluarkan rokok masing2 dan berasap sambil berbual serta berbincang mampu ke tidak si James tu buat drift, menyaksikan aksi mamat tu mempamerkan bakatnya yang tak seberapa tu - menyenget2, menyendeng2 pusing keretanya ikut arah lawan jam. Sampai sekarang aku terbau2 getah terbakar dari tayar keretanya dan bunyi seretan kereta di atas aspal jalan.



Setentang dengan lot parkir tersebut adalah barisan rimbunan pokok yang menghala ke arah semak tebal dan hutan. Aku asyik tertoleh2 ke arah tu sebab terasa macam ada orang memerhatikan kami dari dalam hutan tu. Tapi bila aku amati betul2, semuanya nampak normal tiada apa yang mencurigakan pun di situ.



Namun semasa merenung ke arah hutan tu timbul rasa paranoia dan tak sedap hati, itu yang bila tiba2 telefon bimbit di kocek kanan seluarku bergetar dan berdering, aku melompat terkejut. Aku lupa aku ada bawak henpon, itupun adik pompuan aku punya untuk senang nak berhubung kalau ada apa2 sebab setakat balik untuk cuti semester yang kejap ni malas aku nak bawak henpon aku.



Ingatkan famili aku yang telefon, tapi bila tengok pada skrin, terpapar di situ panggilan terhad dari nombor persendirian. Hairan jugak tapi mungkin adik aku panggil dari telefon awam kot (awal 2000 kan benda ni masih wujud).



Bila jawab, si pemanggil senyap je tak respon, hanya ada bunyi statik. Aku hello berkali2 dan akhirnya ada suara seorang gadis yang menjawab. Mungkin kawan adik aku kot, oleh itu aku terus cakap aku ni abang dia dan pinjam kejap henpon dia, kalau ada apa2 sila hubungi adik aku kat rumah. Gadis itu minta maaf, aku cakap tak apa dan putuskan talian.



Baru 10 minit layan tengok si James yang begitu galak dengan aksinya tu, henpon berbunyi lagi. Aku tak sangsi lagi mesti mak atau adik aku ni pasalnya masa keluar rumah petang tadi aku tak bagitau nak pegi mana dan bila nak balik. Biasanya memang diaorang akan telefon aku tanya dah makan ke belum atau nak diorang simpankan makanan untuk aku ke tak. Tanpa memandang skrin telefon aku terus jawab dan terdengar di hujung talian adalah suara gadis tadi. Belum sempat nak tanya kenapa dia tak hubungi adik aku, dia putuskan talian.



Berdasarkan kedua2 panggilan yang aku terima ni, ada beberapa perkara yang menarik perhatianku. Aku kenal semua kawan2 adik aku dan juga boleh cam suara mereka, kerana mereka selalu telefon adik aku di rumah (masa ni telefon rumah masih ada dan aku yang rajin jawab panggilan masa aku ada kat rumah). Manakala, suara gadis ni pulak begitu asing sekali bagiku.



Adik aku memang tak ramai kawan, bukan jenis sosial dan kalau adapun kenalan baru, pasti dia akan ceritakan kat aku. Tapi tak dapat nak sangkal jugak kalau aku tersilap. Adik aku dan semua kawan2nya 3 tahun lebih muda dariku dan aku tak berminat nak layan diaorang.



Gadis ni pulak bertubi2 tanyakan aku soalan demi soalan dan aku sekadar jawab acuh tak acuh. Entahlah aku pun tak tau kenapa aku layan pulak dia ni bercakap tapi kalau nak matikan aje panggilan rasa kurang adab pulak.



Tiba2 dia tanya kenapa aku melepak kat taman sampai lewat malam. Aku buka mulut nak jawab tapi terhenti…aik, bila masa pulak aku cerita kat dia mana aku berada dan apa aku tengah buat? Aku bagitau dia aku tak pernah cakap aku ada kat taman. Dia tertawa kecil dan main2 cakap dia teka je. Aku cakap ini dah mengarut dan terus letak telefon.



James dah bosan main drift kat lot parkir tu. Dia ajak kami tukar ke lokasi lain pulak. Kami pergi ke satu lot parkir yang berhadapan dengan padang bola. Lampu2 di situ terang-benderang cukup menyenangkan. Anehnya, naluriku berkata yang kami masih diperhatikan lagi. Aku pusingkan badan tengok ke arah padang tu tapi tak nampak apa2.



James meneruskan aktiviti drift beliau. Setelah puas berlatih, dia berhenti, parkir kereta dan matikan enjin. Keadaan terus jadi senyap sunyi. Bond mula bertanyakan padaku siapa yang asyik telefon tadi. Aku ceritalah kat diorang. Mereka berdua setuju panggilan tu agak ganjil dan buat spekulasi yang mungkin adik aku ada bagitau kawan2 dia yang aku dah balik bercuti. James mengusik suruh aku layan gadis tu tapi aku protes sebab tak berminat. Tiba2 henponku berbunyi lagi.



Sah, memang gadis tadi jugak yang telefon. Kali ni, dia bercakap dengan agak agresif, “Kenapa abam pergi dari situ tadi? Tak menarik ke tempat tadi tu?”

Aku tanya apa maksud dia. Dia jawab, “Abam dah pergi tempat lain kan…tinggalkan tempat yang abam melepak tadi tu.”



Bulu romaku meremang. Macam mana gadis ni boleh tau apa yang aku buat tadi dan dah beralih pergi ke tempat lain? Disebabkan perkara ni dah jadi makin pelik dan merepek, aku putuskan talian.



Henpon berbunyi lagi tak henti2. Aku hilang sabar dan jawab, “Apa yang kau nak hah?”



Untuk seketika hanya ada bunyi statik je dalam talian, kemudian terdengar suara gadis tu berbisik kat aku, “Saya dah ada kat padang sekarang ni, saya nampak abam…” Aku terus berpaling pandang ke arah padang tu dengan hati yang berdebar2 sambil cuba hadamkan apa benda yang sedang berlaku.



“Apa maksud awak yang awak nampak saya?” Aku bertanya sambil mata terus melilau-lilau mencari batang tubuh si pemanggil tapi tak nampak lubang hidungnya pun.



“Iye..memang saya nampak abam. Abam pakai jaket warna kelabu pastu tengah berdiri tepi kereta kawan abam kan. Boleh join sama tak? Abam tunggu ye jangan pegi mana2 tau saya tengah gerak nak pegi kat abam ni.” Talian dimatikan.



Aku terus bagitau kat James dan Bond, diorang buat muka pelik dan hilang kata2. Henponku berdering lagi.



“Hai, saya dah nak sampai dah. Tunggu sekejap je lagi boleh?” Bisiknya.



“Hah? Takde, takde… Ni apa benda ni? Kenapa asyik sebok tanya2 saya ni? Macam mana awak boleh tau saya kat mana? Siapa awak sebenarnya ni hah? Saya kenallah kawan2 adik saya…awak ni bukan kawan diakan?” Aku bertubi2 bagi dia balik dengan nada yang cukup geram.



“… Saya…tak penah pun cakap yang saya kenal adik abam..” Dia berbisik lagi.



Kejadah apakah semuanya ini? Aku pandang2 lagi ke arah padang bola tu dan tetap tak nampak sesiapa di situ. Aku tanya dia ada dekat mana, dan dia asyik jawab kejap lagi dia akan sampai tapi tetap mengelat tak jawab bila soal macam mana dia tau keberadaan aku sekarang. Dia letak telefon lagi.



Kawan2ku perasan aku dah mula panik masa bercakap dengan gadis tu kali ni. Henpon berdering untuk sekian kalinya. Belum sempat aku bertanya, dia tanya dulu, “Saya dah ada kat sini. Abam nampak saya tak?”

Aku berpusing2 macam nak rak carik dia. Kawan2 aku rasa ni dah melampau sangat lalu si Bond rampas henpon dari tanganku dan bercakap dengan gadis tu.



Bond fikir ni mesti keje nak main2kan orang je ni jadi dia pun balas permainan. Dia tanya gadis tu pakai baju apa dan si gadis tu jawab. Kemudian bila Bond tanya apa warna pakaian dalam dia, terus talian tu terputus.



“Okeh…konpem dia dah bengang dengan soalan aku tadi. Lepas ni musti dia tak kacau kau lagi dah.” Kata Bond dengan konpidennya sambil serahkan semula henponku dan kami semua ketawa dengan agak gugup dan sedikit canggung.



Baru je nak ambik nafas lega, henpon aku berdering lagi!



“Hell…” Aku jawab dengan marah tapi tak sempat habis nak cakap ‘hello’ dia dah teriak kat aku dulu:
“Abamm..! Saya dah ada kat sini! Sat naa jangan pi mana2 tau, jangan tinggal daku… la ni saya laju2 pi kat tempat hangpa tengah berdiri tu…”



Aku dengar bunyi angin menderu dalam telefon dan suara dia makin kuat.



“WEH KORANG, APA BENDA TUU?” James terpekik, dalam masa yang sama tin air soda yang dipegangnya terjatuh ke atas jalan dan matanya terbeliak memandang ke arah padang. Aku putuskan talian, tapi belum sempat nak memusatkan pandangan ke arah yang jadi perhatian James, dia dah bagi isyarat untuk segera beredar. Tanpa berlengah kami terus terjun melompat masuk dalam kereta dan James terus tekan minyak memecut laju. Dia memandu pergi sejauh mungkin yang boleh dari taman tu dengan penuh gelabah. Aku pun tak tau ke mana hala dia nak bawak kami.



Henponku berbunyi. Ikutkan hati aku tak hingin nak jawab tapi entah kenapa gatal pulak jari aku ni pi tekan butang jawab panggilan.



Dengan suara menggoda dan gemersik, gadis tu cakap macamni:

“Alaa..sayang betullah...kenapalah abam dan kawan2 abam semua terus pergi tak tunggu saya tadi..dah nak pegi kat sebelah abam dah… Hmm..takpelahhh…saya ikut jelah dari belakang dan cari abam2 semua kat FamilyMart nanti..Nak pegi sana kannn..? Hii hii hiii…” katanya dengan penuh manja diikuti dengan hilai tawa mengilai2 yang menyeramkan.



“Apa ke…FamilyMart apa pulak ni? Bila pulak kitorang nak pegi FamilyMart?” Aku ramah bertanya balik.



James tiba2 memulas stereng terus memandu masuk lorong paling kiri di tepi jalan, buka lampu kecemasan dan memberhentikan keretanya dengan mendadak. Bond hampir terhantuk kepala di papan pemuka kereta. James menoleh padaku di belakang dengan muka pucat lesi. Dengan suara perlahan dan tergagap2 dia bertanya soalan yang aku sendiri tak tau jawapannya:
“..M..Ma..cam mana dia tau aku nak bawak korang pegi FamilyMart?”



Aku tutup henpon dan matikan terus. Kami terdiam seketika. Rasa seolah2 ni macam tengah bermimpi sesuatu yang ganjil tapi menakutkan. Aku ajak James pergi tempat lain. Kami pergi ke sebuah restoran 24jam yang merupakan tempat kegemaran melepak yang biasa dikunjungi oleh kawan2 Jepun kami. Tempat ni memang cukup sempurna sebab terang-benderang dan ramai orang.



Kebetulan dalam kedai tu memang ada kawan2 lain sedang melepak, jadi kami pun join sama. Sambil minum kopi, kami mula menceritakan kejadian yang menimpa kami tadi. Dari mula, pertengahan hingga ke akhir cerita, nampak ketara perubahan air muka mereka dari sangat teruja di awalnya tapi lama-kelamaan bertukar jadi serius dan akhirnya semua nampak kekok dan terdiam.



Seorang kawan perempuan, Reina Hana Imari namanya, merenungku dan bertanya sekali lagi dekat mana tempat2 yang kami pergi dalam taman tu tadi sambil menjeling ke arah teman lelakinya yang bernama Ajinomoto. Dengan isyarat tersebut, Ajinomoto pun mula buka cerita:



Ajinomoto : “Korang…korang taukan peristiwa yang pernah terjadi kat Asamizo Park tu, kan?”



Kami bertiga hanya saling berpandangan dengan muka bingung.



Ajinomoto : “Pernah ada sekali tu, terjadi satu insiden kat taman tu. Ada seorang gadis berjalan2 kat situ sorang2 waktu malam. Pastu entah dari mana ada orang datang cekup dia dan tarik masuk dalam semak tepi hutan, kemudian perkosa dan cekik dia sampai mati. Banyak dah cerita yang aku dengar yang sejak kejadian tu tempat tu dah jadi keras.”



Aku : “Janganlah melawak bro...” jawabku tak percaya.



Ajinomoto : “Tak. Aku tak bergurau ni. Tapi apa yang kau patut buat sekarang ialah kau kena pergi kuil. Roh gadis tu mungkin dah ikut kau.” Dia membalas tanpa teragak2.



Sorang kawan perempuan lain yang bernama Airi Chihiro Koharu menyampuk : “Tulah Ken, sapa suh hang hensem sangat, sampai hantu pun berkenan betui kat hang.”



Melalui perbincangan, kami semua capai kata sepakat bersetuju yang aku mungkin telah dihantui ‘peminat misteri’. Aku akui peristiwa ni memberikan kesan yang mendalam kat aku sampai aku jadi benar2 takut. Aku pergi kuil lepas tu dan jumpa seorang tok sami Shinto. Aku ceritakan semuanya kat dia dan bimbang ada ‘yuurei’ (hantu Jepun yang masih bergentayangan di dunia, tak boleh pergi ke alam seterusnya) yang mengikutku tanpa sedar.



Aku jalani rawatan buang benda2 tak elok kat badan dengan sami tersebut dan diberikan tangkal azimat pelindung. Aku dah tak terima sebarang panggilan misteri tu lagi. Mujurlah adik aku pun tak pernah dapat panggilan dari sebarang nombor persendirian. Aku hanya pergi semula ke taman tu beberapa tahun selepas tu, itupun sebelah siang sebab pada waktu ni taman rekreasi tersebut memang meriah dengan para pengunjung.



Menurut James, apa yang dia nampak kat padang tu pada malam tu ialah satu lembaga yang sedang merangkak dengan leher terkulai sedang menuju ke arah tempat kami berada masa tu.

“”””””””””””””””””””””””””””””””””””””
 
Cincin Perkahwinan yang Hilang



Ceritaku ini taklah seram tapi bagiku ia suatu kejadian yang ‘luar biasa’. Aku agak bertuah sebab dapat merasa melawat negara Jepun bersama suami. Kami menyewa sebuah rumah tamu di Kyoto, di satu kawasan kejiranan yang beri perasaan seolah2 macam tinggal betul2 kat situ, bukan sekadar melancong. Biliknya pun lebih besar dari bilik hotel biasa, lengkap dengan dapur dan mesin basuh.



Pada satu malam lepas basuh baju aku ingat nak cuci rambut sebelum tidur. Masuk ke bilik aku tak buka lampu sebab suamiku sedang tidur dan tak nak dia terbangun. Sebelum masuk bilik air aku tanggalkan cincin kahwin dan letak atas meja solek dan biarkan saja ia kat situ, besok pagi nanti pakailah balik.



Keesokannya, cincin tu dah takde atas meja solek. Aku tanya suami kot2 dia ada ambik atau alihkan ke tempat lain, dia cakap takde. Kami cari atas meja solek tu dengan penuh teliti, atas lantai, dalam beg pakaian manalah tau aku pergi letak dalam tu lepastu lupa, punggah dan kirai setiap helai pakaian tapi langsung tak jumpa. Aku dah mula menangis2 tapi kami dah buntu tak tau nak buat apa lagi.



Beberapa hari kemudian, semasa kami tengah menonton tv dalam bilik, tiba2 suamiku tanya kat mana aku jumpa cincin kahwin yang hilang tu. Aku tanya apa maksud dia dan dia terus mengunjukkan ke arah meja solek.



Tu dia, cincin tu betul2 berada kat tempat yang aku ingat lagi kat mana aku letakkan haritu.



Rumah tamu tu tak ada khidmat kemas bilik pun, jadi mana mungkin ada tukang kemas bilik yang datang, jumpa lepastu letak cincin tu kat atas meja. Kami takde pulak rasa seram2 pun kat rumah tamu tu. Cuma kejadian ni memang luar biasa, pelik lagi misteri.



Kami sebenarnya dah rancangan nak datang lagi ke sini pada bulan Mac 2020 nanti dan dah tempah siap2 pun rumah tamu ni sekali lagi. Aku ingat pada lawatan seterusnya nanti, aku nak bawak sedikit ‘ole2’ sebagai tanda persembahan pada makhluk2 ghaib yang mana tau ada dekat situ.

“””””””””””””””””””””””””””





Dasar Hantu Jepun



Aku seorang yang skeptik tentang kewujudan alam ghaib dan makhluk halus sebab bagi aku apa benda sekali pun yang berlaku kat dunia ni, semuanya wajib ada penjelasan yang rasional dan logik maupun secara saintifik. Cumanya, peristiwa pelik yang pernah aku alami satu masa dulu memang buat aku selalu memikirkan logik akalnya.



17 tahun lepas aku pergi ke Jepun untuk menghadiri kursus program JET (The Japan Exchange and Teaching Programme) yang bertempat di sebuah pulau kecil.



Pangsapuri tempat aku menginap tu dah lama dan buruk. Di seberang jalan ada kuil Buddha dan kawasan perkuburan. Asalkan tengah malam je, semua lampu beserta tv dalam unit pangsapuri yang aku duduk tu akan asyik2 terpadam dan terbuka sendiri.



Aku kerap terjaga dari tidur dan ianya berpunca daripada televisyen. Masa tu masih guna tv analog, jadi bila terpasang sendiri ia keluarkan bunyi statik dan entah kenapa volumya amat kuat sampai maksimum membuatkan aku terperanjat dan bangun. Padahal aku jenis yang tengok tv memang tak buka kuat2. Walau bagaimanapun, aku hanya anggap ini sekadar masalah pendawaian elektrik, maklumlah, bangunan lama kan.



Dalam beberapa minggu duduk di situ, aku berkawan dengan seorang makcik yang anaknya adalah tok sami yang menguruskan kuil Buddha di depan pangsapuri tu. Makcik tu selalu sorang2 dan dia kesunyian jadi bila dapat berbual dengan aku (aku boleh berbahasa Jepun sikit2) buat dia rasa seronok dan kami jadi kawan baik.



Makcik tu sangat baik orangnya, dia selalu bagi makanan dekat aku dan bagitau dekat mana kedai2 barang keperluan di pulau tu. Dia selalu jenguk aku dan pastikan aku cukup makan dan baik2 saja. Kami jadi makin rapat dan dia mendedahkan bahawa dia boleh melihat hantu. Dia selalu nampak banyak hantu merayau2 dekat kuil dan kawasan yang berdekatan terutamanya pangsapuri tempat kami tinggal tu.



Aku fikir dia hanya mengarut dan dah mula nyanyuk tapi bila mengenangkan kejadian pelik dekat rumah yang berlaku hampir setiap malam, aku rasa tak senang duduk pulak. Pada satu malam, gangguan tu makin menjadi2 dan aku dah tak tahan lagi lalu menjerit sekuat hati suruh berhenti tapi ia tetap juga berterusan. Lepas tu sekali lagi aku jerit tapi kali ni dalam bahasa Jepun dan…gangguan tu terus berhenti.



Memanglah aku betul2 rasa gerun masa tu, tapi dalam kepala aku tetap fikir benda tu semua berlaku secara kebetulan saja dan tentu secara logiknya mesti ada penjelasan yang rasional di sebalik kejadian tu. Apapun, bila kursus tamat dan dapat keluar dari pangsapuri tu, lega sangat rasanya…hahaha.



Walaupun dah pulang ke tanah air, aku tetap terus berhubung dengan makcik yang baik hati tu sehinggalah beliau meninggal dunia beberapa tahun lepas. Aku rindu betul dengan beliau.

******************************************


Banyak lagi cerita seram dari Jepun ni..tapi takpe lepas ni saya bawak pergi ‘jalan-jalan’ ke Korea kejap pulak ye sebelum kita mula berpuasa.

Doa.jpg
 
Cerita Hantu / Lagenda Urban dari Korea

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Hantu Lebuh Raya Jayu-ro


Lagenda urban yang terkenal tentang jelmaan serta gangguan entiti di Lebuh Raya Jayu-ro di Goyang, Gyeonggi yang menghubungkan daerah utara Seoul itu dengan Paju. Desas-desus mengatakan jika ada sesiapa memandu kenderaan tengah2 malam melalui jalan ni, akan ternampak seorang gadis sedang berdiri di tengah2 jalan.

Sekilas pandang, mula2 orang akan ingatkan gadis tu memakai cermin mata gelap, tapi bila tengok balik betul2, ia bukanlah rayban, tapi sepasang lubang mata yang hitam lompong tiada biji mata.


0.jpg



Orang ramai mula bercakap mengenainya bila selebriti2 seperti Park Shin-hye, Park Hee-jin dan Tak Jae-hun (saya letak jelah nama diorang kot2 ada yang kenal 😊) bercerita di kaca tv tentang pengalaman mereka terserempak dengan gadis tu dan mendakwa ia cuba menahan kenderaan mereka untuk ditumpangkan.

Stesen televisyen tvN turut memanggil bomoh untuk mengesahkan perkara tersebut dan jutaan penonton menyaksikan tok bomoh itu menerangkan bahawa jelmaan gadis yang dalam lingkungan umur 20-an itu adalah roh yang tak tenang akibat dicekik dan dibunuh di tempat kejadian sekitar tahun 2002 dulu.


1.jpg



Merentasi Han River dan Ilsan Lake Park melalui jambatan Magokdaegyo, lebuh raya Jayu-ro ni tak berapa terang jalannya pada waktu malam dan sering diselubungi kabus tebal - disebabkan faktor2 inilah ada yang cakap penampakan tu hanyalah ilusi optik semata-mata.

Selain dari jalan yang licin dan basah akibat kabus, pada musim sejuk pula ia diselaputi lapisan ais menyebabkan ia jadi kawasan yang banyak berlaku kes kemalangan. Tapi memandangkan dah ramai orang nampak dan terkena, takkanlah ia sekadar satu kebetulan aje - bak kata orang tua2, kalau takde angin, masakan pokok bergoyang.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Hantu Kong Kong


2 ahkong.jpg



Waktu persekolahan di Korea akan selalu dipanjangkan hingga ke pukul 10 hingga 11 malam untuk pelajar2 yang ada jadual belajar sendiri sampai malam. Dari sinilah timbul kisah hantu Kong Kong ni.

Dulu, ada seorang pelajar ni yang asyik2 dapat no. 2 je dalam kelas. Dia memang sakit hati betul dengan budak yang selalu dapat no. 1 tu. Hasil dari rasa hasad dengki, iri hati dan tekanan dari mak bapak, dia nekad bunuh pelajar no. 1 tu dengan menolak dia jatuh dari atas bumbung sekolah dan lepas tu buat seolah2 nampak macam perbuatan bunuh diri.

Pelajar yang mati tu bertukar jadi hantu Kong Kong. Masa dia jatuh terjunam, kepalanya yang cecah tanah dulu, oleh itu dia jadi hantu yang bergerak melompat guna kepala. Kong Kong tu merujuk pada bunyi yang dihasilkan oleh lompatannya tu.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''



Penampakan Entiti di Cermin Lif


3 lif.jpg



Ada lif2 yang diletakkan cermin di kiri kanannya. Ia saling berhadapan, menghasilkan pantulan imej infiniti yang tiada kesudahan pada kedua cermin tersebut.

Orang Korea cukup berhati2 dan hanya akan pastikan ternampak pantulan imej pertama mereka saja sebab mereka percaya dalam banyak2 pantulan tu, yang ke-4 dan ke-13 adalah entiti yang menyerupai diri mereka. Kalau bertentang mata dengan penampakan ni, alamatnya pendek umur.


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Patung Tugu di Sekolah & Potret Gambar


4 stat.jpg



Di Korea Selatan, kebanyakan sekolah wajib ada patung tugu, biasanya diletak patung ikon atau figura bersejarah yang tertentu. Khabar angin mengatakan patung2 ni hidup sendiri pada waktu malam.

Ada yang cakap nampak ia menangis keluar air mata darah, dan ada masa ia akan bergerak berjalan2 dalam kawasan sekolah. Dikatakan siapa yang nampak memang umurnya tak panjang. Budak2 sekolah suka ambik kesempatan membuli dan saling cabar-mencabar siapa yang berani tenung gambar2 tu.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''




Nenek Hong Kong


5 nek hk.jpg



Lagenda urban yang popular pada lewat 80-an dan awal 90-an. Kisah seorang nenek tua yang naik kapal terbang dari Korea nak pergi ke Hong Kong, tapi kapal terbang tu jatuh terhempas.

Kononnya sebelum hembuskan nafas terakhir, roh nenek tu bergabung dengan roh kucing yang dibawanya bersama, menjadikan dia hantu separuh rupa manusia separuh macam kucing.

Ia dikatakan suka menculik lalu bunuh kanak2 pada waktu malam. Sukar ditangkap sebab lari dan lompat licik macam kucing.

Masa cerita ni tersebar dekat Seoul, semua budak sekolah rendah jadi penakut sampai ada yang bila dengar cerita terus lari balik rumah tak nak pergi sekolah lagi dah. Heboh betul masa tu sampai masuk berita MBC di Korea pada 1989.

Bagaimanapun, tak ada pun rekod pasal kisah kapal terbang terhempas tu. Diandaikan asal-usul kejadian cerita ni timbul sebab masa tu peningkatan kes penculikan kanak2 dan juga pemerdagangan manusia begitu menjadi2 di Korea, menyebabkan mak bapak dekat kawasan Gangnam reka cerita ni supaya budak2 lepas habis sekolah tak pergi merayap ke mana2 tapi balik terus ke rumah.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Perempuan Bertopeng Merah


6 red mask.webp



Lagenda urban ni pun begitu popular dalam tahun 90-an. Mula2 ia hanya berkisar di Jepun, lepas tu datang ke Korea, dan sekarang ia makin tersebar pula di seluruh Asia Timur. (Asia Timur: China, Hong Kong, Jepun, Macau, Mongolia, Korea Utara, Korea Selatan & Taiwan)

Alkisah, ada seorang perempuan yang memakai topeng berwarna merah akan datang menghampiri seseorang dan bertanya adakah dia cantik – jika jawab ‘ye, cik adik memang lawo’, dia akan buka topeng muka dan tunjuk mulutnya yang tersengih ngeri sebab dah koyak terbelah dari telinga kanan ke telinga kiri. Lepas tu dia akan cakap “Mari saya buat awak cantik jugak macam saya!” dan koyak-rabakkan mulut orang tu jadi sama macam dia.



6 red mask 2.webp



Ada macam2 versi yang berlegar di Korea.

Versi pertama, wanita tu akan koyakkan mulut mangsa ikut jenis darah. Darah jenis A – kena koyak sikit je. Jenis B, koyak lebih sikit, AB pulak kena koyak lebih kurang separuh dan yang paling malang ialah jenis O yang akan dikoyakkan terus sama macam dia.

Kononya cara untuk mengelak dari perempuan bertopeng merah ni ialah lari dan cari bangunan bertingkat dan pergi naik ke tingkat 2, atau carik anjing. Entahlah tah hape merepek diorang ni.

Versi kedua, hantu2 ni pakai topeng muka ikut warna pulak:

~ Jika jumpa hantu lelaki bertopeng muka biru, dia akan koyakkan mulut mangsa secara menegak.

~ Yang bertopeng muka putih dikatakan pakar bedah yang mula2 tersalah potong mulut perempuan bertopeng merah tu.

~ Hantu pemakai topeng hitam – tugas dia mencari dan bunuh hantu perempuan topeng merah.

~ Hantu pakai topeng kuning - sebab mulut dia busuk.

“””””””””””””””””””””””””””””””””””””
 
Rumah Sewa Kami


Daegu.jpg



Aku pernah tinggal di bandar Daegu, Korea Selatan dalam 4 tahun lepas. Kejadian yang pernah aku alami sewaktu menetap dekat sana masih berbekas dalam ingatanku. Ada satu tempat ni bernama Apsan yang membawa maksud Gunung Ap dan penduduk di sini rata-ratanya hanya orang2 tua saja yang tinggal. Banyak pangsapuri di sini yang ada sejarah kes bunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan. Cerita2 pasal penampak lembaga hitam dan tinggi di tempat2 tersebut selalu didengari. Kejadian paranormal di sini bukan aku sorang je alaminya, malah kawan2 yang pernah tinggal di kejiranan ni pun pernah terkena.


Ada seorang kawan ni, dia menyewa rumah 2 tingkat dengan kawan yang lain. Dia duduk tingkat 2, manakala rakan serumahnya duduk di tingkat 1. Tiap malam dia akan nampak lembaga hitam di mana2 sampai nak pergi air nak mandi pun takut. Anjing yang dia bela asyiklah menyalak dalam rumah seepanjang malam. Kawan serumahnya juga bercerita yang setiap malam akan nampak sepasang suami isteri yang dah tua dan pucat lesi di ruang tamu rumah mereka.


Rumah yang pernah aku duduki dulu terletak betul2 setentang dengan pagar kem askar Amerika. Masa mencari2 rumah untuk disewa, keluargaku terjumpa rumah tu dan mereka cukup berkenan dengannya sebab walaupun ia dah berusia 40 tahun tapi telah diubahsuai hingga nampak cantik menarik dan tertarik.


Yang tak seronok bagi aku ialah sumber pencahayaan dalam rumah tu yang masih lapuk ditambah pulak dengan dinding kayu yang berwarna gelap, lagilah nampak suram dan kelam je. Lepas tu pulak sistem perpaipan dalam rumah tu pun dah uzur, selalu ada saja kebocoran entah dari mana datangnya, air yang menitik tu keruh kotor dan berbau busuk pulak tu. Banyak kali dah kami buat aduan dekat syarikat pengurusan air tapi masalah yang sama tetap berulang.


Lepas sebulan dah pindah, kami kemas dan bersihkan bilik ruang bawah tanah serta sebuah pondok buruk kecil di luar rumah beserta sebuah rumah anjing. Dari situlah bermulanya peristiwa2 aneh di rumah kami.


Setiap hari jam 4 pagi, jiran sebelah rumah mesti akan menjerit suruh anaknya tutup langsir tingkap. Walaupun dah ditutup dia akan terus terpekik menjerit macam kena bunuh dan ia berlarutan sampai 6 bulan sehinggalah mereka akhirnya diarah keluar dari situ.


Waktu tengah malam pula ketika kami sekeluarga sedang nyenyak tidur, tiba2 semua peralatan elektrik seperti tv dan radio akan terpasang sendiri dengan serentak pada kadar bunyi paling maksimum, mengejutkan semua orang dalam rumah. Hal ini berlaku pada hampir setiap malam dan untuk mengatasi masalah ini kami cabut saja wayar dan plak dari soket untuk pastikan tiada gangguan lagi.


Nenek aku ni pulak hobinya suka kumpul jam besar atuk (Grandfather clock), jam2 lama jenis vintaj dan jam2 elektronik. Kejadian seterusnya yang menakutkan serta buat kami tertanya2 ialah bila jam2 tu semua tiba2 berbunyi serentak setiap kali bila masuk tengah malam sedangkan tak pernah kami sekeluarga usik atau tetapkan waktu penggera jam. Kami keluarkan semua bateri dan tak lagi pusingkan jam besar untuk dihidupkan semula.


Manakala pakcikku yang duduk di bilik tingkat atas, mengadu yang dia kerap rasa meremang bulu tengkuk dan tiba2 kesejukan yang teramat dalam biliknya tu walaupun ketika tu musim panas dan tak pasang alat penghawa dingin pun.


Kejadian yang paling ekstrem ialah pada suatu malam, interkom di pintu depan ditekan berkali2 dari luar rumah, tapi kemudiannya tiba2 pintu belakang yang terletak di bahagian dapur pula diketuk bertalu2 macam nak roboh. Pada mulanya kami ingatkan orang datang hantar tong gas dan nenek yang sedang berada di dapur pada ketika itu segera pergi buka pintu.


Sebaik saja pintu dibuka, ada deruan angin dengan satu kuasa yang kuat merempuh dan menolak pintu ke dalam, tapi nenek pun boleh tahan jugak bukan main kuat dia tolak berjaya tutup balik pintu dan menguncinya. Aku sambar pisau dapur dan mengambil tindakan bodoh pergi buka semula pintu untuk memeriksa kalau2 ada orang cuba pecah masuk rumah. Hairan sekali, tak ada siapa2 pun di luar, malah pintu pagar depan pun masih bertutup dan berkunci dengan elok. Pagar tu setinggi 5 kaki dan kat atasnya ada cerucuk kaca, siapa berani lalu atas tu sambil tergesa2 memang boleh terburai isi perut.


Kami hubungi orang yang biasa hantar tong gas tu nak tanya dia ke yang datang tadi tapi rupanya dia berada di luar kawasan sedang menghantar tong gas ke tempat lain. Kami terus menggelabah dan telefon polis untuk melaporkan cubaan pecah masuk rumah. Polis kemudiannya datang ke rumah, buat siasatan dan pemeriksaan terperinci dan mendapati tiada bukti langsung yang menunjukkan terdapatnya sebarang kesan dan tanda pencerobohan berlaku.


Yang buat kami begitu terpana dan gementar ialah bila rakaman CCTV dipertontonka - bermula dari waktu interkom pintu ditekan hingga bila aku keluar dari pintu belakang, tiada orang langsung di luar pintu rumah, waima waktu pintu dirempuh dari luar masa nenek buka tu pun tak ada sesiapa sebenarnya.


Dalam masa sebulan tak lama lepas tu, kami sekeluarga bungkus baju dan angkut barang2 pindah keluar bukan saja dari rumah tu, malah dari bandar Daegu tu terus.


Walaupun tak pernah nampak sebarang entiti dengan mata kepala, tapi boleh rasa yang memang ada sesuatu yang tak elok kat tempat tu. Dah keluar baru tau cerita sebenar sejarah rumah tu - ia dekat dengan kuil Shaman dan kawasan tu dulu pernah bergolak dengan peperangan dan peristiwa berdarah masa zaman perang. Pemilik asalnya menderita sakit mental selama 30 tahun dan hidup dalam keadaan melarat terbiar dan amat menyedihkan. Lepas dia mati anaknya jual rumah tu kepada tuan rumah sekarang.


Boleh jadi ini semua kebetulan sajer dan senarionya lebih kurang ajer macam dalam filem2 seram Asia, tapi itulah satu2nya pengalaman cukup mistik bagi aku dan keluarga masa kami duduk di Korea Selatan dulu.

:::::::::::::::::::::::::
 
Pengalaman Angker Seorang Guru Sekolah


Kim pernah bertugas sebagai seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah menengah yang terletak dalam sebuah kampung kecil jauh di kawasan pendalaman Korea Selatan pada tahun 1950-an.


Pada zaman itu, Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang amat miskin dan jauh mundur ketinggalan tiada pembangunan, dengan kependudukannya di kampung2 kecil yang berserakan di celah2 liputan gunung-ganang dan bukit-bukau. Masa ni belum wujud lagi kemudahan asas seperti air dan elektrik, semuanya bergantung pada air sungai serta tadahan air hujan manakala pada malam hari pula bergantung pada cahaya lilin/pelita, obor api atau cahaya bulan. Manakala sudah jadi perkara biasa bagi orang2 kampung berjalan kaki berjam2, berbatu2 atau berhari2 mendaki gunung merentasi hutan rimba sama ada untuk pergi ke ladang untuk bercucuk tanam atau ke kampung yang lain.


Peristiwa ini terjadi pada satu malam ketika Kim berjalan pulang ke rumah lepas habis tugasannya di sekolah. Para pelajarnya adalah penduduk tetap di kampung tempat dia mengajar tu, manakala Kim pula tinggal di kampung sebelah yang terletak di sebalik gunung yang memisahkan kedua kampung tersebut. Kim kena jalan kaki selama 4 jam untuk sampai ke rumah dan bila dia tiba tu memang molek sangat dah masa untuk makan malam. Ini merupakan rutian harian beliau, selain setiap hari pukul 4 pagi dia dah keluar rumah untuk pergi mengajar di sekolah kampung sebelah yang sesinya bermula jam 8 pagi.


Kim ni cukup tegas dengan jadual perjalanan pergi-baliknya, dia akan pastikan habis je waktu sekolah mesti kena terus bergerak pulang tanpa singgah mengeteh kat mana2 atau duduk bergosip dengan orang kampung sebelum balik. Seboleh2nya dia nak sampai rumah sebelum hari malam. Kalau diikutkan, rentas jalan yang ditempuhinya tu adalah yang paling selamat dengan melalui beberapa buah kampung kecil lain.


Walau bagaimanapun, terdapat satu jalan pintas yang hanya mengambil masa kira2 dua jam saja untuk beliau sampai ke rumah. Jalan ni memang lagi dekat, tapi sudahlah trek laluannya amat sempit, ianya penuh lingkaran yang berliku2 di sepanjang pinggiran lereng gunung, ditambah pula kena redah hutan belantara yang tiada penempatan manusia langsung. Jarang sangat ada orang yang nak ataupun berani lalu ikut jalan ni sebab risau dengan serangan binatang buas atau silap2 terjumpa hantu yang selalu dimomok2kan dalam dongeng2 rakyat Korea.


Pada suatu hari telah ditakdirkan Kim tak boleh nak balik rumah seperti waktu yang biasa. Ada perkara penting di sekolah yang memerlukan perhatian beliau untuk diselesaikan dengan segera dan hingga waktu hampir tengah malam barulah ia dapat disiapkan. Masa ni kalau nak balik ikut jalan biasa adalah tak munasabah langsung pasal bila sampai je dekat rumah nanti, beliau kena patah balik pulak pergi sekolah semula.


Pikir punya pikir, beliau kuatkan semangat diri dan cekalkan hati terpaksa lalu jugak jalan pintas tu. Bagi dia sekurang2nya bila sampai rumah dapatlah rehat dan tidur kejap sejam-dua sebelum keluar semula pergi mengajar. Lagipun sebenarnya ini bukan kali pertama pun bagi dia ikut jalan ni, pernah je dia lalu situ sebelum hari malam beberapa kali sebelum ni dan dah tau selok-belok jalan tu.


Dah siap berkemas dan kunci pintu sekolah semua, dia mula bergerak. Biasanya ambik jalan kanan untuk turun ke lembah dan lalu kampung orang, tapi kali ini dia belok ke kiri, lalu ikut padang terus sampai ke hujung padang lalu masuk ke dalam hutan dan mula mendaki gunung. Dengan hanya berpandukan cahaya bulan, Kim terus tundukkan kepala dengan begitu fokus sekali melihat denai kecil yang perlu diikutnya namun dia bergerak agak pantas dan cekap, tak sabar nak sampai rumah.


Seperti yang telah dinyatakan tadi, trek laluan gunung ini mempunyai selekoh yang berliku2 serta trek laluan di atas rabungnya kecil dan sempit dengah lereng2 gunung yang bercerun di kiri kanan. Dekat sini ada satu bahagian rabung yang laluannya agak mendatar, kemudian turun sikit ke bawah dalam 200 kaki/61 meter dan lepas tu barulah daki balik ke atas. Masa sampai kat bahagian rabung ni, Kim dah berjalan hampir sejam sejak bertolak tadi.


Rabung.jpg



Ketika dia dah sampai kat selekoh rabung tu, dia terpempan kejap sebab macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dalam waktu tengah malam dan suasana hutan yang sangat2 gelap gelita tu, terdapat satu cahaya berwarna putih bersinar terang benderang dalam jarak beberapa ratus meter di hadapannya. Seolah2 macam satu bintang yang sedang bersinar terang di atas jalan.


Dia fikir ini mungkin satu ilusi optik kerana berada dalam keadaan kepenatan melampau dan kekurangan oksigen dalam otak yang buat dia keliru dan nampak benda bukan2. Dia abaikan saja dan teruskan berjalan menuruni rabung tanpa menyedari yang dia semakin dekat dengan cahaya tu.


Dalam kurang seratus meter dari benda tu dia tiba2 berhenti berjalan sebab baru nampak jelas apa benda sebenarnya tu. Serta-merta dia rasa pening, loya nak muntah dan sejuk sangat. Rasa macam nak mati pun ada. Langsung tak ada satu otot pun bergerak masa dia terkaget berdiri sambil matanya tertancap pada seorang wanita yang memakai ‘han bok’ berwarna putih iaitu pakaian tradisi orang Korea. Dia sedang duduk membongkok ke depan di atas sebongkah batu di tepi jalan.


Rambutnya panjang mengurai sampai ke buku lali, kedua matanya terbelalak dengan dua biji mata hitamnya besar berkilat2 merenung Kim dengan cukup tajam dan semacam, sambil menyeringai tersengih selebar-lebarnya dengan penuh menggerunkan.


Dia juga berkelakuan begitu aneh. Dengan reaksi wajah yang tak berubah, sesekejap dia tenung Kim beberapa saat lepas tu dia tengok tangan kirinya yang sedang memegang beberapa biji batu kerikil. Dia lontarkan batu2 kerikil tu satu demi satu atas jalan di depannya dan kutip lagi. Lepas tu dia pandang balik ke arah Kim dengan renungan dan senyuman yang sama dan terus ulang2 perbuatan yang sama beberapa kali.


Masa ni Kim cuma fikir nak kekalkan jarak selamat je dari makhluk tu. Dia juga sedar yang satu2nya cara dan jalan dia boleh balik ke rumah ialah kena lalu depan benda tu. Nak berpatah balik pun bukanlah satu pilihan yang tepat. Dia pun jerit carutan demi carutan dekat benda tu tapi langsung tak terkesan. Ia terus diam dengan pandangan serta senyumannya yang menyeramkan tu.


Akhirnya Kim nekad, dengan hati yang kental dan semangat waja dia teruskan berjalan ke hadapan tak pandang kiri kanan. Tak kiralah, apa nak jadi, jadilah. Semakin dekat dia rasa semakin kuat dirinya diselubungi ketakutan, lebih2 lagi bila berjalan lalu depan benda alah tu. Kaki rasa lembik tapi dia tetap fokus teruskan perjalanannya.


Nasib baik takde apa2 berlaku. Beberapa langkah melepasi benda tu dia pandang belakang dan alangkah seriaunya dia, rasa kering darah dalam badan bila mendapati makhluk tu bangun dan terus berdiri terapung2 di udara….jarak antara kakinya yang tak jejak tanah tu dengan bumi ada dalam 2 kaki. Ketinggian makhluk tu Kim anggar dalam 8 kaki.


Dengan reaksi wajah yang sama, benda tu perlahan2 bergerak menuju pergi dekat Kim sambil main baling2 manja batu kerikil ke arahnya. Kim tak berlengah lagi dah dan terus memecut lintang-pukang lari balik rumah…itulah larian dia yang paling laju sepanjang hidupnya.


Keesokan harinya, dia bercerita pada semua pelajarnya akan pengalaman misterinya malam tadi yang entah apa maksudnya dan tak tercapai dek akal memikirkannya. Dalam hati para pelajar tu ada yang skeptik, tapi lebih ramai yang percaya yang cikgu diorang dah terjumpa hantu. Dalam tradisi orang Korea, siapa2 yang terserempak dengan hantu pompuan yang berpakaian putih sama ada dengan mata kasar atau dalam mimpi maknanya umur dia pendek. Tapi mengarut jelah sebab cikgu Kim elok je sihat walafiat hidup berkeluarga sampai ke tua.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register