BTC USD 47,227.6 Gold USD 1,754.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara Lelaki & Wanita Di Malaysia, Siapakah Yang Lebih Ramai "Bermain" Facebook?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Facebook merupakan laman sosial paling popular di dunia. Menurut data dar laman Statista, setakat suku pertama tahun 2021 ini, dianggarkan sekitar 2.85 bilion pengguna aktif menggunakan platfom media sosial tersebut di seluruh dunia. Tetapi berapa ramai pula pengguna facebook di Malaysia?

Bersandarkan kepada data statistik laman NapoleonCat, pengguna facebook di Malaysia adalah dianggarkan berjumlah 28,030,000 pengguna. Tetapi apa yang lebih menarik didedahkan oleh NapoleonCat adalah didapati, majoriti jantina yang menggunakan platfom media sosial facebook adalah terdiri daripada golongan lelaki.

Lelaki mewakili sebanyak 53.5% atau bersamaan dengan 15 juta pengguna facebook di Malaysia. Selebihnya adalah golongan wanita.

Screenshot-2021-06-11-at-21.25.42.jpg

Kumpulan umur pengguna yang paling ramai bermain facebook di Malaysia pula adalah antara 25 hingga 34 tahun iaitu sekitar 9,500,000 pengguna.

Sumber asal https://napoleoncat.com/stats/facebook-users-in-malaysia/2021/05
 

CG Sponsors




Top
Log in Register