Antara Golongan Menipu Allah

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196
GOLONGAN MENIPU ALLAH
Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Firman Allah yang bermaksud:

"Pada hari Allah membangkitkan mereka semua pada hari kiamat, mereka itu akan bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka itu bersumpah kepada kamu." (Surah Mujadalah: 18).

Mereka masih mencuba menipu Allah pada hari kiamat sehingga Allah menjadikan manusia berjalan dengan cahaya masing-masing dan seseorang itu tidak boleh menumpang cahaya orang lain. Allah Ta'ala menyebut dalam surah yang lain bermaksud;

"Pada hari (kiamat) berkatalah orang munafiq lelaki dan perempuan kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami kerana kami mahu menumpang cahaya kamu." (Surah al-Hadid: 13).

Di mana mereka berada dalam keadaan terumbang ambing dan mereka akan menerima balasan daripada Allah SWT.

Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman dan mereka akan melihat akibat daripada perbuatan mereka itu pada hari qiamat nanti. Terdapat di kalangan mereka melakukan kerja yang sangat baik seperti Abdullah bin Ubai yang sentiasa berada dalam masjid Rasulullah s.a.w. Kerjanya bersungguh-sungguh memberitahu orang ramai tentang kehadiran Rasulullah s.a.w. ke masjid. Bagaimanapun dia jugalah yang berkata: "Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina." Dia beranggapan bahawa orang-orang yang mulia (iaitulah golongan munafikin) akan mengeluarkan orang yang hina (Rasulullah).

Apabila turun wahyu ini, anaknya yang juga bernama Abdullah menemui Rasulullah s.a.w., setelah diketahui bahawa ayat itu ditunjukan kepada ayahnya. Beliau berkata dengan tegasnya: "Wahai Rasulullah s.a.w. Izinkan saya memancung kepala ayah saya dan saya persembahkan kepalanya di hadapan Rasulullah s.a.w." Anaknya adalah seorang yang benar-benar beriman.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. berkata "Jangan..." Rasulullah membiarkan orang munafiq dengan tipu daya mereka dengan harapan mereka insaf, kembali kepada Allah SWT.



Apabila berlakunya Peristiwa Tabuq yang terkenal itu iaitulah suatu peperangan berlaku di musim panas yang sangat terik. Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya umat Islam mengeluarkan derma atau sumbangan bagi membantu tentera Islam menghadapi musuh di Tabuq.

Masing-masing berlumba-lumba menghulurkan derma mengikut kadar masing-masing dan keluar berjihad ke Tabuq. Ada yang keluar dengan semangat dan ada yang menangis kerana tiada bekalan serta kenderaan untuk berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Di samping itu ada pula yang tidak keluar termasuk di kalangan mereka yang beriman tetapi pemalas dan ada pula yang munafik.

Apabila Rasululah s.a.w. pulang dari Tabuq, golongan munafiq bertemu dan meminta uzur di hadapan Rasulullah s.a.w. Ada di antara mereka berkata:

"Kami juga berhasrat ke Tabuq tetapi kami sibuk menjaga kebun khurma kami yang sedang masak." Ada yang berdalih tidak dapat meninggal keluarga dan lain-lain lagi.

Mereka dibiarkan oleh Rasulullah s.a.w. sambil berkata: "Allah Ta'ala mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, sila balik..."

Apabila Ka'ab bin Malik bersama dua orang rakannya menyatakan: "Wahai Rasulullah! Kalau saya bercakap benar Rasulullah marah kepada saya.

Kalau saya berbohong, sesungguhnya saya tidak boleh berbohong." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Yang ini lain." Justeru itu Rasulullah s.a.w. mengambil tindakan memulau Ka'ab bin Malik hampir dua bulan.

Orang Islam seluruh Madinah tidak menegur Ka'ab bin Malik dan dua orang rakannya.

Ketiga-tiga orang ini telah dipulau kerana tidak berperang di Tabuq sehingga Allah Ta'ala menurunkan beberapa ayat daripada Surah at-Taubah berkait dengan taubat yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang tidak berjuang di Tabuq.

Orang munafik tidak diambil tindakan (dibiarkan) kerana mengandungi satu hikmat yang besar mudah-mudahan mereka beriman. Dan kalau Rasulullah s.a.w. bertindak ia akan menjadi fitnah yang besar di kalangan penduduk Madinah.

Orang akan berkata Muhamad membunuh sahabatnya yang sentiasa sahaja bersolat di masjidnya. Rasulullah s.a.w. mengetahui sifat golongan munafik kerana diberitahu oleh Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.w. memberitahu nama-nama orang munafik ini kepada Huzaifah Ibnul Yaman, tidak diberitahu kepada orang lain.

Huzaifah menyimpan rahsia golongan munafiq, dia mengetahui nama mereka dan tidak diberitahu kepada sesiapa pun. Sayidina Umar r.a. pernah berjumpa dengan Huzaifah. Sayidian Umar bertanya sama ada namanya berada dalam senarai golongan munafik atau sebaliknya kerana terlalu takutkan Allah SWT.

Dan golongan munafik mendirikan masjid yang dikenali dengan Masjid Dhirar, bertujuan menipu orang Islam sehingga menampakkan mereka melaksanakan kerja-kerja Islam seperti orang-orang yang beriman.

Manakala masjid yang didirikan itu lebih cantik berbanding dengan masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Ketua yang memimpin projek mendirikan masjid ini dikenali sebagai Abu Amir ar-Rahib (Abu Amir Tok Lebai). Masjid didirikan dengan eloknya dan Allah Ta'ala telah menurunkan ayat berhubung dengan masjid yang didirikan oleh orang munafiq ini.

Mereka menjemput Rasulullah s.a.w.datang ke masjid mereka untuk mengiktiraf masjid yang mereka dirikan itu. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. menangguhkan lawatan itu kerana baginda s.a.w. mahu keluar ke Tabuq.
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register