Ya tuan..saya suka tgk cara jual emas..
Nampak mcm tuan yg paling murah..
Telah bergiat dgn jualan emas since 2010...gud..
Mungkin suatu hari nanti kita boleh berurusan..
Saya teringin nak jadi mcm tuan..tauke emas bergerak..
asalam tuan2 ambe nak bertanya,ambe nk melabur dalam emas dlm jangka masa 1-2 tahun,sbb ambe jenis x suka simpan duit dalam bank nti cepat susut hehe.Jadi bila ckup tahun ambe akan jual smua mas2 tu utk buat modal Kawin, Jadi pada pandangan tuan2 pelaburan emas 916 atau 999 yang mana lebih menguntungkan ATAU lebih baik???
Pendapat saya kalau nak labur dlm masa 2 thn ni, kena fikir dan survey habis-habis tentang kenaikan harga emas ni.
Jangan beli barang kemas utk pelaburan singkat.Nanti menyesal tak sudah.Memang barang kemas boleh gadai, tetapi anda hanya dapat
70~80% saja dari harga barang yg anda beli, bayangkan harga emas turun semasa anda memerlukan wang, bagaimana?
Lagi pulak barang kemas memang susah nak jual balik, kalau ada yg terima pun dia beli dgn harga POTONG KEPALA kita.
Tambah la time harga macam sekarang ni turun naik. Kalau tak percaya try beli barang kemas HARI ini dan jual MINGGU depan, anda boleh tau langit tinggi rendah.
bagi pendapat aku kalau nak simpan jugak, kena beli emas 999 gold bars ataupun gold coin dari Public Gold ataupun buka Akaun simpanan emas dari UOB.
Ataupun kalau berani boleh main EMAS MAYA.
Yang lain semuanya karoot, sebab benda ni kena cerita fakta bukan nya
pandangan sesetengah pehak, apatah lagi dari reka cipta sesetengah penjual-penjual emas yang pandai mempengaruhi kita.
nak untung emas macam mane pun perlu ada jual beli.bukan beli,lepas 2 tahun jual.cba byng kn yng beli 2 tahun lepas,skrng nak jual.untung ke x jual dngn hrga sekarang mcm nie
emas sebenarnya bagi den tak sesuai untuk buat pelaburan. lebih kepada simpan nilai.
kalau memang nak melabur dgn tempoh singkat, spread paling penting.
kalau tempoh yang lama, harga paling penting. ni dah boleh anggap sebagai simpanan dan simpan nilai. method camni, tak perlu banyak2. agihkan setiap bulan 10% dari nilai bersih wang simpanan untuk beli emas. jadi, kemana pun harganya nak pergi, tetap tak merunsingkan.
tak perlu nak pajak memajak emas ni, sebab cajnya tinggi.
kalau hanya mampu 1 gram sebulan, beli je 1gram. BC gold amanah, sri ayu dgn nubex ada jual 1gram.
kalau nak berniaga, try jadi dealer dulu. tak perlu ada holding costs.