Annuar Musa mendakwa Maria ada kaitan dengan CIA

Recommended Brokers


sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,900
Reaction score
252
Points
81



Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mempunyai kaitan dengan biro perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Katanya, Maria, bersama dengan arwah suaminya Yunus Lebai Ali, ada kaitan dengan CIA melalui pembabitan dalam beberapa NGO pada 1980-an, seperti National Institute for Electoral Integrity (NIEI).

Menurut Annuar, NIEI ditaja oleh Asia Foundation, di bawah National Citizens' Movement for Free Electons (NAMFREL) dan Asian Network for Free and Fair Elections (ANFREL).

Katanya, bekas pegawai CIA, Philip Agee sebelum itu, telah mendedahkan bahawa NAMFREL dan ANFREL adalah 'alat CIA'.

"Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu di teliti lebih lanjut," kata Annuar dalam Facebook malam tadi.

Beliau juga mendakwa bahawa modus operandi CIA telah diambil alih oleh sebuah badan baru yang dinamakan National Endowment for Democracy (NED).

Menurut laman web mereka, NAMFREL, yang berpangkalan di Filipina, adalah perintis dalam pemantauan pilihan raya manakala ANFREL berfungsi sebagai pemerhatian pilihan raya, pembinaan keupayaan dan kempen dan advokasi untuk mempromosi institusi demokrasi.

Annuar juga menegaskan bahawa Maria telah terlibat dalam NGO hak asasi manusia dan NGO feminis yang pro-LGBT, seperti Women Development Collective (WDC), Empower dan Sisters in Islam (SIS).

Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan BERSIH5, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan berhubung dakwaan terlibat dalam "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen".

Ini selepas didedahkan bahawa badan pemantau pilihan raya itu menerima dana daripada Open Society Foundations yang ada kaitan dengan George Soros.


http://www.malaysiakini.com/news/363824
 
Sponsored Post

fpe

Active Member
Joined
May 30, 2015
Messages
1,222
Reaction score
12
Points
25
sama la mcm

muzik rock.agen yahudi...


adoi...
 

hamizahmad

Active Member
Joined
Nov 29, 2013
Messages
1,405
Reaction score
45
Points
30
Pulak dah..
CIA dah..
Lepas ni, KGB plak.
Org x percaya lg..
Mossad terus..
 

prince_smile

Active+ Member
Joined
Apr 30, 2010
Messages
2,831
Reaction score
49
Points
30
Malaysia mana ada deal dgn CIA, hehehe nak gelak aku ni.. Kota xde anta org ke sana kita hebat sendiri kakakakkakakak
 

mr. x

Active Member
Joined
Aug 28, 2007
Messages
1,640
Reaction score
107
Points
33
apa lg saman la 90 juta kalau xbtul,bkn jauh pon dlm malaysia je nuar musa nih..
 

amieshoro

Active Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,481
Reaction score
63
Points
30
wow...
mcm movie jason bourne..

dashat gak maria chin nie...
mesti bole membunuh dengan tangan kosong je
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
877
Points
161
tak kisah ler, CIA pun report kat presiden jugak... presiden releks je main golf ngan jibby, so, takyah kalut sangat...
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,911
Reaction score
167
Points
133
Gomen dok buat projek2 mega dgn dana China Komunis tu takpe? China Komunis ni yg Askar Melayu gadai nyawa tentang mereka, yg bunuh saudara2 muslim Uighur kita, halang mereka berpuasa, beribadat, belajar agama, dera macam hamba abdi....
 

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,900
Reaction score
252
Points
81
next FBI .... next KGB .... next Mossad .... last sekali ada kaitan dgn mahkluk asing
 
Sponsored Post
Top
Log in Register