BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ann Joo pula dapat kontrak TNB-ECRL bernilai RM297.9 juta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,677
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,677
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
Ann Joo dapat kontrak TNB-ECRL bernilai RM297.9 juta

Ann Joo Resources Bhd.
Ann Joo Resources Bhd.
KUALA LUMPUR: Ann Joo Metal Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ann Joo Resources Bhd memperoleh kontrak pembinaan RM297.9 juta daripada anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Ann Joo Resources berkata kontrak itu adalah daripada anak syarikat TNB, Tenaga Switchgear Sdn Bhd yang membabitkan pengelektrikan stesen pengantara di sepanjang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu dan Pahang.

Maklumat itu berkata, unit Ann Joo itu bersama rakan konsortium dari Indonesia, PT Lumintu Insan Mandir dianugerahkan projek reka bentuk dan binaan untuk elektrifikasi stesen 'feeder', termasuk stesen pensuisan 132kV, talian penghantaran atas, pemasangan kabel bawah tanah dan kerja-kerja berkaitan.

Stesen 'feeder' yang terbabit ialah FS03 Sungai Tong, Terengganu; FS04 Merchang, Terengganu; FS05 Kemasek, Terengganu; FS07 Gambang, Pahang dan FS08 Maran, Pahang.

"Projek elektrifikasi ECRL dijangka siap pada 31 Mei 2026 dan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan 2024 dan 2025," kata makluman itu.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register