BTC USD 41,646.8 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjuran kelab gay

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Ketika isu pengkid hangat diperkatakan, golongan mak nyah atau pondan di negara ini bagaikan diberi layanan istimewa apabila ada pihak yang ‘bermurah hati’ menyediakan pertandingan khas untuk memilih ratu cantik di kalangan mereka.

Menerusi penyertaan dalam pertandingan ‘ratu cantik pondan’ itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan selain meraih pelbagai gelaran seperti Queen of the Year (Ratu Tahun Ini) dan All Star (Bintang-bintang).

Berdasarkan maklumat diterima daripada sumber, wartawan Metro Ahad berjaya menyusup masuk ke sebuah kelab di ibu kota yang kini ‘ligat’ memulakan misi mencari bakat baru pondan untuk dimahkotakan sebagai ratu cantik.

Bagaikan ‘kebal’ daripada penguatkuasaan undang-undang, iklan mengenai pertandingan itu ditampal di papan kenyataan di luar kelab berkenaan sehingga mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang.

Berdasarkan iklan berkenaan, peserta hanya dikenakan wang pendaftaran serendah RM30 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM2,000 untuk tempat pertama, RM500 (kedua) dan RM300 (ketiga).

Foto wajah finalis dan ratu pondan bagi pertandingan tahun lalu diabadikan di satu sudut khas di dalam kelab itu termasuk barisan ratu pondan yang menyertai pertandingan satu kategori khas pada Jun lalu.

Seorang pengunjung yang ditemui berkata, pertandingan dijangka lewat dimulakan kerana masih menunggu penyertaan daripada golongan terbabit, paling awal pertandingan dijangka bermula pada jam 12.30 tengah malam.

Begitupun, seawal jam 10 malam, kelihatan beberapa pengunjung mula memasuki kelab berkenaan untuk berhibur terlebih dulu sebelum melihat pertandingan berkenaan.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Didi, 23, itu berkata kelab berkenaan adalah kelab yang cukup terkenal di kalangan golongan homoseksual gay.

“Kelab ini sudah lama beroperasi dan tidak keterlaluan dikatakan ia kelab gay paling lama bertahan di ibu kota. Setiap tahun memang ada pertandingan ratu cantik pondan di kelab ini,” katanya.

Seperti diberitahu Didi, wartawan Metro Ahad memasuki kelab berkenaan pada jam 12.30 malam tetapi pertandingan belum dimulakan.

Begitupun, suasana kelab tetap meriah apabila pengunjung yang semuanya lelaki berhibur mengikut alunan rentak disko bersama ‘pasangan’ masing-masing.

Bukan saja warga tempatan, tetapi warga asing termasuk Mat Salih dan warga Afrika turut mengunjungi kelab berkenaan. Malah, ada yang berpasangan dengan warga tempatan tanpa segan silu bercengkerama seperti pasangan kekasih.

Di sudut tertentu yang lebih gelap dan menempatkan kerusi dalam kelab itu, kelihatan beberapa pasangan gay asyik bercumbu rayu tanpa dipedulikan pengunjung lain.

Kelibat peserta yang hadir bersama jurumekap dan beg besar berisi pakaian dan aksesori mula kelihatan sekitar jam 1 pagi.

Pada jam 2 pagi, disaksikan kira-kira 100 penonton, pertandingan yang dinamakan Extreme II Faces, bermula dan peserta diperkenalkan pengacara majlis. Memandangkan pertandingan diadakan untuk peringkat pertama, hanya tiga peserta mengambil bahagian.

Seorang daripada tiga peserta berkenaan adalah pelajar kolej, manakala dua lagi tidak diberitahu pekerjaan mereka.

Untuk sesi pengenalan, ketiga-ketiga peserta tampil dengan berpakaian ‘gaun malam’ sambil berjalan dengan gaya ‘catwalk’ persis model.

Peserta kemudian dikehendaki menyanyi secara ‘miming’ mengikut rentak lagu yang disampaikan. Dua daripada peserta memilih lagu Datuk Siti Nurhaliza dan seorang lagi membawa lagu Erra Fazira.

Bagi sesi kedua iaitu penampilan gaya lelaki, seorang ‘ratu cantik pondan senior’ yang memakai gaun yang amat seksi membuat penampilan khas dengan nyanyian ‘miming’ lagu Inggeris dan tarian mengghairahkan.

Sebaik persembahan yang mendapat tepukan dan jeritan penonton itu berakhir kira-kira lima minit kemudian, ketiga-tiga ‘jantan jambu’ peserta Extreme II Faces muncul semula dengan pakaian lelaki yang penuh segak dan bergaya.

Persembahan itu mengakhiri saringan peringkat pertama pertandingan berkenaan dengan keseluruhan sesi hanya mengambil masa setengah jam.

Dua juri terdiri daripada golongan mak nyah mengadili pertandingan dan markah untuk hari berkenaan akan menjadi sandaran kepada ketiga-tiga peserta terbabit untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya.

Pengacara majlis mengumumkan bahawa pertandingan akan diteruskan untuk tempoh beberapa minggu. Peringkat akhir pertandingan belum dapat ditetapkan kerana ia bergantung kepada penyertaan peserta.

Sementara itu, bekas peserta ratu pondan pada 2003, 2004 dan 2005 yang mahu dikenali sebagai Gee, 29, berkata pertandingan ratu cantik pondan seperti itu perlu dibongkar kerana ia sudah lama diadakan di kelab berkenaan.

“Dibandingkan dengan pendedahan ratu pondan di Kelantan sebelum ini, di kelab ini lagi teruk kerana ia turut menganjurkan ratu pondan antarabangsa, terutama dari negara jiran Thailand.

“Ketika ini, ramai di kalangan pondan muda yang terjebak dengan pertandingan ini kerana ingin mendapatkan wang dan ada juga sekadar suka-suka dan mencari kenalan.

“Di situ juga boleh jumpa ‘mak ayam’ yang popular di kalangan pondan. Sebab itu ramai yang ingin menyertai pertandingan itu. Ada antara mereka pelajar universiti dan juga pekerja profesional,” katanya.

Bagi bekas peserta ratu pondan 2005 yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25, dia dan rakan menyertai ratu pondan kerana golongan seperti mereka susah untuk ‘drag’ (memakai pakaian wanita) dan takut diketahui keluarga sebab masih tinggal dengan keluarga.

“Peluang menyertai ratu pondan ini bukan saja beri memberi kepuasan, tetapi dapat ‘lepas geram’ kerana sudah lama memendam hasrat untuk berpakaian dan melaram sama dengan perempuan.

“Sebelum itu, saya hanya memakai pakaian perempuan dan menjadi pondan ketika di rumah kawan kerana takut berbuat demikian di luar rumah, bimbang risau diketahui keluarga.


kalau meronda kat Kajang lepas jam 1 pagi pun berlonggok puak nie. lokasi tepat aku tak nak kasi tau...kang tak pasal dapat dosa promosi lak...
 
Sponsored Post

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
eboss slalu g ker:">:">
 

tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Ha ha sama naik dengan Pengkid...Malaysia Negara Makmur:eek::eek:
 

bahtiar

Active Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
1,872
Reaction score
180
Points
33
ni lagi satu puak nak suruh Allah turunkan bala..kalau yg kena puak2 GAY dan seangkatan dgnya tarak hal la beb...ini..yg tak salah pon nanti turut kena tempias bala.....hakktuihh!! jijik aku!
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Keterbukaan pemimpin kita sekarang yang tak berniat nak benteras masalah ni...Yang jadi siulan hanya anak-anak rempitan. Tu belum yang pesta liar anjuran orang-orang terkemuka...
 

Darkjahatz.inc

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2008
Messages
475
Reaction score
0
Points
10
HEHEHE..
Dulu aku pernah terpergi ye sekali lagi di ulang terpergi satu majlis pertandingan ratu cantik lelaki berpewatakan wanita di sebuah hotel di kl..Yang joint fulamak kala pompuan.. yang menarik nye ramai artis berpewatakan adik2 malam tuh. yang keras pun ada gak...
chis membe aku.. free2 aku kena game malam tu...
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Telah diberi pengajaran terhadap kaum2 yg terdahulu yg melakukan perkara yg amat Allah murka....
Tak mustahil Malaysia, pd ketika akan datang akan ditimpa kemurkaan ini jika pihak yg mempunyai kuasa tidak membenteras dan memberi bimbingan Islam sewajarnya...janganlah bila para barisan malaikat bersedia melaksanakan perintah Allah menghukum kita di Malayaisa ini...kita masih lagi mengambil sikap acuh tidak acuh terutama pihak yg berkuasa...kita bersyukur bumi Malaysia ini masih ada alim ulamak yg menadah tangan berdoa utk kesejahteraan tetapi sehingga bila jika kemurkaannya melebihi kasih sayangnya pd ketika kelak?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register