BTC USD 55,278.9 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anjing kene lastik dengan abang posmen

Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,359
Reaction score
186
Points
83
Kesian brader tu...
Bagi aku xde la teruk sgt... Bukan anjing tu kena terajang pun..
Aku rasa anjing tu cuma terkejut je... Buat teruk owner dia..lenkali junpa posmen tu lastik dia balik settle..
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
Posmen lastik anjing guna gelang getah digantung tugas

WhatsApp-Image-2021-02-24-at-7.53.48-PM-e1614168752122.jpeg


JOHOR BAHRU – Seorang posmen Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang disyaki terlibat dalam kejadian melastik anjing menggunakan gelang getah digantung tugas sementara.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya yang bertugas di Pos Malaysia cawangan Kluang digantung tugas sementara bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan.

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” kata kenyataan itu.

Aksi posmen itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Kluang dekat sini.

Semalam, kelab pencinta haiwan, Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video di Facebook memaparkan tindakan posmen tersebut.

Susulan kejadian itu, anjing berkenaan didakwa mengalami kecederaan pada mata kiri akibat perbuatan posmen tersebut.

Tindakan posmen terbabit telah mendapat perhatian dan kecaman pengguna laman sosial selain mendesak supaya tindakan sewajarnya dikenakan ke atasnya.


== kosmo online
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,123
Reaction score
322
Points
51
kalau pecinta haiwan fikir tindakan abang posmen tu jahat..

tak payah la makan ikan, ayam, daging semua..

makan je sayur.. eh sayur tu pun bernyawa.. tak boleh makan juga..

minum air je lah... diorang tak paham hukum alam ker..
manusia kan dalam rantaian makan teratas.. boleh makan itik, ayam, kelawar, tenggiling, beruang, jerung dan segalanya... :D
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
744
Reaction score
230
Points
23
Owner pun jenis keras kepala jugak... Orang tu dah hilang kerja.. Rasanya dah cukup berat pengajaran dia...

Mata anjing dia tu buta ke apa kena lastik... Minta pampasan bayaran klinik cukup kot..


Selagi boleh buat duit
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register