Majlis Syariah United Kingdom baru-baru ini mengeluarkan satu fatwa yang mengejutkan dunia Islam.. iaitu membenarkan anjing yg digunakan utk membantu orang2 buta memasuki kawasan masjid. Fatwa tersebut bagaimanapun tidak memberi keizinan kepada pemilik anjing berkenaan daripada membawa haiwan peliharaan mereka itu ke dlm dewan solat.
Fatwa itu dikeluarkan setelah Majlis Syariah UK mengadakan perbincangan panjang dengan para pemimpin Islam tempatan serta Persatuan Anjing Penunjuk Arah Orang-orang buta selepas mereka menerima aduan daripada seorang pelajar buta bernama Mohamed Abrar Khatri.
Khatri yang menetap di Leicester sebelum itu menghadapi masalah menunaikan solat kerana anjing peliharaan yang digunakan untuk membantunya tidak dibenarkan memasuki kawasan masjid.
Persatuan tersebut nyata gembira dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Syariah UK. Mereka merasakan ini adalah satu tindakan yang besar maknanya dalam membantu orang-orang Islam yang menghadapi masalah penglihatan.
Itu apa yang berlaku di UK. bagaimana pula dengan Malaysia?? adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa serupa?:-?
Sumber: Al-Islam Disember 2008