eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengaku ada menerima sumbangan apabila beliau menyampaikan ceramah tetapi menafikan dakwaan ada meminta bayaran bagi sesi berkenaan.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mengambil bahagian dalam acara jalan kaki 'Sixth Batik Fun Walk 2008' anjuran Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) di sini semalam, katanya, beliau biasanya memberi ceramah di sekolah-sekolah dan melakukannya secara percuma.
''Saya telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof dan memberikan penjelasan terperinci dan beliau berpuas hati dengan penjelasan saya.
''Saya harap kami dapat menyelesaikan insiden malang ini kerana kesan negatifnya akan menjejaskan kewibawaan saya untuk terus memberikan ceramah di seluruh negara,'' kata Sheikh Muszaphar berhubung dakwaan beliau menerima bayaran RM8,000 bagi setiap ceramah yang berlangsung selama sejam. - Bernama
Kalau sumbangan tu setakat RM800 untuk satu program aku rasa ok sebagai perbelanjaan dia travel, masa dan 'ilmu' yang dia kasi tapi kalau sampai RM8000 sejam tu dah melampau