BTC USD 61,315.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ANGKASA Rancang Buka 200 Rangkaian Coop Farmasi

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

ANGKASA rancang buka 200 rangkaian Coop Farmasi

Oleh Sariha Mohd Ali- September 15, 2021 @ 12:57pm
[email protected]

angkasa_1631681831.jpg


Abdul Fattah (kiri) yakin perniagaan farmasi mampu memberi pulangan baik kepada koperasi dan ahlinya.


KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) merancang membuka 200 rangkaian farmasi di seluruh negara dalam tempoh empat tahun lagi dalam usaha melebarkan sayap perniagaan koperasi bagi menambah pendapatan mereka.

Langkah itu selaras pelan strategik Rancangan ANGKASA 2021-2030 bagi menjadikan koperasi pilihan utama perniagaan, sekali gus memenuhi Dasar Keusahawanan Negara bagi merealisasikan koperasi sebagai penggerak ketiga kuasa ekonomi.

Setakat ini, lapan farmasi dengan jenama Coop Farmasi sudah dibuka iaitu empat milik penuh ANGKASA dan baki empat lagi milik koperasi, manakala satu lagi Coop Farmasi akan dibuka di Felda Sungai Koyan 3, tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata jaringan Coop Farmasi menerusi projek perniagaan Pharma Wellness ANGKASA adalah inisiatif pihaknya menyediakan akses kesihatan kepada anggota koperasi dan masyarakat di seluruh negara, sekali gus menjadi hub pembekalan barangan farmasi kepada farmasi milik koperasi lain.

Beliau berkata, paling menarik, 6.5 juta ahli koperasi yang memegang kad keahlian farmasi diberi diskaun harga 15 peratus bagi setiap pembelian ubat-ubatan, manakala masyarakat setempat yang turut memiliki kad berkenaan mendapat potongan harga 10 peratus.

Katanya, perniagaan farmasi ini membolehkan koperasi seluruh negara meneroka bidang perniagaan baharu yang dapat menjana pendapatan, sekali gus memberi pulangan lebih baik kepada ahlinya.

"Industri farmasi komuniti ini menawarkan peluang perniagaan sangat berpotensi untuk dikembangkan kerana ia berupaya memberi pulangan baik atas pelaburan dibuat.

"Susulan itu, ANGKASA mengorak langkah menceburi bidang ini dan mahu mewujudkan 200 rangkaian farmasi terbesar negara dengan jenama Coop Farmasi, sekali gus membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara profesional kepada masyarakat.

"Paling penting, kita memberi keistimewaan kepada ahli koperasi seluruh negara dan masyarakat setempat menikmati kemudahan ditawarkan dengan potongan harga, selain koperasi menjana sumber pendapatan baharu lebih menguntungkan.

"Sejajar perubahan trend masa kini, kita turut menawarkan perkhidmatan pembelian ubat-ubatan secara dalam talian bagi kemudahan orang ramai," katanya kepada BH, hari ini.

ANGKASA setakat ini memiliki keahlian 14,629 koperasi di seluruh negara. Pembabitan ANGKASA dalam industri farmaseutikal menjadikan sektor koperasi sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain dapat menyediakan 1,000 peluang pekerjaan

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, 47 peratus koperasi di seluruh negara turut terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama bagi yang terbabit dalam aktiviti pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman kerajaan membuka sektor pelancongan secara berperingkat memberi harapan baharu kepada koperasi berkenaan memulihkan operasi mereka.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register