BTC USD 21,136.5 Gold USD 1,827.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara Sebatang Rokok Kini Meringkuk Dalam Penjara lebih 9 tahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,554
Points
721
john%20cox.ashx

JOHN COX

LONDON: Gara-gara sebatang rokok, seorang lelaki Britain terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih sembilan tahun kerana membahayakan nyawa ramai orang.

Lelaki itu, John Cox didapati bersalah oleh mahkamah di Birmingham atas kesalahan menyebabkan kebakaran dengan cuai dan pada mulanya dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan pada Januari lalu.

Namun Mahkamah Rayuan pada Khamis, menyifatkan hukuman itu terlalu ringan dan mengubah hukuman Cox kepada sembilan tahun dan enam bulan.

Ini kerana Cox menyalakan rokok di dalam tandas sebuah pesawat dan membuang puntung rokok tanpa dipadamkan ke dalam tong sampah kapal terbang itu.

Tindakannya itu menyebabkan penggera pesawat Monarch Airbus berbunyi dan memaksa kapten penerbangan membuat panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaran cemas selepas krew gagal memadamkan api.

Kejadian itu berlaku ketika Cox menaiki penerbangan dari Birmingham ke Sham el-Sheikh di Mesir pada ketinggian 30,000 kaki, Ogos 2015.

Selepas pesawat itu mendarat, Cox ditahan pihak berkuasa Mesir dan dibawa pulang ke Britain untuk tindakan lanjut.

Mahkamah mendapati, Cox berada dalam keadaan mabuk ketika menaiki pesawat itu dan bertindak agresif serta menggangu penumpang dan krew pesawat. - Metro.uk

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/26/dipenjara-hisap-rokok/#ppoWFYKFUeXyyiuH.99
 
Sponsored Post

chiro

Active+ Member
Messages
3,515
Joined
Oct 9, 2008
Messages
3,515
Reaction score
30
Points
30
bukan semua perokok x cerdik ya.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register