BTC USD 108,492 Gold USD 3,357.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara mabuk, salah faham, seorang lelaki warga asing dipukul hingga maut oleh dua lelaki dipercayai warga asing

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,179
Points
266
Awards
1
WhatsApp-Image-2024-07-14-at-9.41.55-AM.jpeg
LOKASI mangsa ditemukan tidak sedarkan diri akibat dibelasah.


SEPANG: Angkara mabuk dan perselisihan faham, seorang lelaki warganegara asing dibelasah sehingga maut oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian di sebuah kilang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi di Kampung Pulau Meranti, Puchong itu, mangsa berusia 30 tahun itu terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Cyberjaya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital tidak lama kemudian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kilang berdekatan kabin penginapan pekerja asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa telah mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan tangan serta tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, kami telah menahan dua suspek utama yang juga lelaki warganegara asing di sebuah rumah di Sungai Buloh.

“Selain itu, enam lelaki lain berusia 30 hingga 45 tahun turut ditahan masing-masing di Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya turut merampas sebatang kayu dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.



Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan.
 
Sponsored Post

Lapan warga asing ditahan kes kematian pekerja kilang​



2725310.jpg

Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Polis menahan lapan lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes kematian melibatkan seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun di Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira jam 11 malam, hari yang sama.

Beliau berkata, pihaknya turut menemukan sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam kawasan pagar kilang berhadapan kabin tempat tinggal mangsa.

"Pada Jumaat, lebih kurang jam9.40 pagi, pihak polis (daerah Sepang) telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya yang memaklumkan bahawa seorang lelaki bukan warganegara telah dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Wan Kamarul Azran berkata, susulan tangkapan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan atau menimbulkan kegusaran awam. - Bernama



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register