BTC USD 26,527.4 Gold USD 1,965.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara Hospital Tutup, Ibu Muda Terpaksa Tanggung Aib Terberanak Depan Orang Ramai

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
03.12.2022 - Global, Seorang ibu muda Indonesia terpaksa menanggung malu selepas melahirkan anak di khalayak ramai susulan hospital di Tapanuli Tengah, Indonesia dilaporkan tutup pada Khamis. Lebih menyedihkan, wanita itu bertarung nyawa tanpa bantuan petugas kesihatan dan kelengkapan perubatan. Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 30 saat sebelum tular di media sosial. Menerusi video berkenaan, wanita itu kelihatan lemah dan tak bermaya sambil ditemani seorang lelaki dipercayai suaminya.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Yetina Hulu, 21, ke hospital berkenaan untuk memeriksa kandungan namun mendapati hospital tersebut tutup. Lebih parah, wanita itu tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum terberanak di pekarangan hospital. Bagaimanapun, keadaan wanita dan bayi yang dilahirkan itu tidak dapat dipastikan. Orang ramai juga menyeru pihak hospital mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut termasuk menyoal mengapa pusat kesihatan terbabit ditutup.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register