BTC USD 23,804.9 Gold USD 1,928.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara Dendam Lama, Lelaki Maut Di Tikam Berulang Kali Di Tengah Jalan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
09.12.2022 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki maut ditikam bekas suami kepada isterinya dalam kejadian di Jalan Sudirman, Sumatera Utara, Indonesia pada Selasa. Difahamkan, mangsa, Abdul Aziz, 38, ketika kejadian sedang membawa motosikal bersama isterinya, Atika, sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek yang menendang mereka hingga terjatuh. Suspek yang juga bekas suami kepada Atika kemudian menikam mangsa beberapa kali dan motif kejadian didakwa berpunca daripada dendam lama.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat beberapa kali ditikam di bahagian dada, leher dan anggota tubuh yang lain. Malah, orang ramai yang berada di sekeliling kawasan itu juga tidak berani melakukan apa-apa sehingga mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Tanjungbalai, Eri Prasetio mengesahkan kejadian dan memaklumkan usaha memburu suspek sedang dilakukan. Tambahnya, dia juga enggan mendedahkan secara terperinci berkenaan punca dan kronologi kejadian memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.



Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022/12/09/anwar-bakal-dapat-majoriti-usul-undi-percaya
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register