BTC USD 60,689.6 Gold USD 1,793.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara banjir: Rumah runtuh masuk sungai

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Angkara banjir: Rumah runtuh masuk sungai

JITRA: “Kira-kira lima minit selepas kami keluar rumah, saya mendapat panggilan yang memaklumkan rumah kami runtuh ke dalam sungai,” kata Siti Nor Shamima Zulkafli, 18, yang nyaris maut bersama suaminya, Mohd Shafari Shukur, 25, dan anak lelaki mereka berusia satu setengah tahun apabila rumah mereka yang terletak di tebing Sungai Pelubang, Kampung Pelubang, di sini, runtuh ke dalam sungai itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga beranak itu baru lima minit meninggalkan rumah berkenaan untuk membeli barang keperluan harian di pekan Kepala Batas, di sini.


“Panggilan daripada abang itu cukup mengejutkan. Apabila kami berpatah balik saya terkejut apabila hanya bahagian ruang tamu yang tinggal, manakala bahagian lain sudah ‘hilang’.

“Mujur kami tergerak hati untuk keluar pada waktu itu, jika tidak entah apa akan jadi kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian semalam mendapati separuh daripada rumah mangsa runtuh sedalam hampir 20 meter ke tebing sungai itu. Selain itu, sebahagian daripada kedai makan di sebelah rumah mangsa turut runtuh ke dalam tebing itu, manakala sebuah lagi rumah di situ mengalami keretakan serius.


Kejadian itu dipercayai berlaku akibat mendapan tanah di tebing sungai seluas kira-kira 10 meter itu berikutan dilanda banjir sejak 2 November lalu.

Siti Nor Shamima yang juga suri rumah berkata, akibat kejadian itu, hampir semua barangan seperti perabot dan peralatan elektrik baru dibeli musnah menyebabkan mereka kerugian besar.


-- H.Metro
 
Sponsored Post

ilhamic

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2009
Messages
7,370
Reaction score
52
Points
70
apa lagi YB kwsn tersebut..tunaikan tggungjawab anda.
 

snipers

Active Member
Joined
Oct 25, 2007
Messages
1,474
Reaction score
15
Points
25
Isshh laa, kalau aku jadi PM, aku tak peduli mangsa ni pas ker amno ker pkr ker pkn ker, yg penting kita sebagai warga malaysia kena tolong masa diorng ni susah,

Rumah dah musnah sekelip mata, jangan duk tuding jari, orng tu kena tolong, orng ni kena tolong, kita yg patut pergi tolong tanpa disuruh, korng tak kena banjir hanya tahu tuduh menuduh, yg kena ni menderita tiada rumah, korng masih gaduh sana pas sini amno. pala b.u.tuh hampa.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
Isshh laa, kalau aku jadi PM, aku tak peduli mangsa ni pas ker amno ker pkr ker pkn ker, yg penting kita sebagai warga malaysia kena tolong masa diorng ni susah,

Rumah dah musnah sekelip mata, jangan duk tuding jari, orng tu kena tolong, orng ni kena tolong, kita yg patut pergi tolong tanpa disuruh, korng tak kena banjir hanya tahu tuduh menuduh, yg kena ni menderita tiada rumah, korng masih gaduh sana pas sini amno. pala b.u.tuh hampa.

klau ditakdirkan tidak sihat....pastikan tpm dan org2 bawah yng buat kejer...jgn "MEM" yng buat kerja...:">:">:">
 

snipers

Active Member
Joined
Oct 25, 2007
Messages
1,474
Reaction score
15
Points
25
Aku bengang betul lah , isu banjir di politikan. tuduh orng sana, tuduh orng sini. gaduh pasal parti. woii.. ni nyawa orng weh... giler ker korang.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register